RESEPI KERABU MANGGA SEDAP DAN MUDAH!


RESEPI KERABU MANGGA SEDAP DAN MUDAH!

Simpan dulu resepi untuk Kerabu Mangga.. actually yang makannya TB sorang je pasal tu tak pernah buat kat rumah TB ni.. So, teringin nak makan kerabu mangga la pulak, nak beli memang takkan dapat makan la jawapnya kan.. so kita buat sendiri je nanti.. janji bahan cukup.. dah jadi nanti TB up gambar sekeping kat bawah ni yea.. hehehehe.. jom tengok resepi .. jadikan menu untuk tambah selera berbuka puasa nanti.. haha.. buat bila-bila masa pun boleh weh..





Bahan-bahan
5 biji mangga muda (disagat)
3 biji tomato (dihiris)
7 tangkai cili padi
2 labu bawang besar (dimayang)
2 sudu gula pasir
2 biji limau nipis (diambil jusnya)
2 sudu sos ikan
Sedikit garam (jangan terlalu banyak kerana sos ikan sudah masin)
Kacang tanah goreng (ditumbuk kasar)
Ikan bilis goreng


Cara buat
1. Campurkan cili padi, gula, garam, sos ikan dan air perahan limau nipis.
2. Pastikan secukup rasa dan gula larut.
3. Masukkan mangga, tomato, bawang besar, ikan bilis dan kacang.
4. Gaul sehingga sebati dan boleh dihidangkan.

Sangat mudahkan. Kalau takde mangga boleh juga digantikan dengan epal hijau. Pun sodap juga.



Credit Gambar dan Resepi :



0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama