Nuff

05 September 2018

HARRAZ TEWAS AKHIRNYA.. MAKAN UBAT KLINIK PADA USIA 1Y 10M



HARRAZ TEWAS AKHIRNYA..
MAKAN UBAT KLINIK PADA USIA 1Y 10M

Huuu.. balik raya haji tahun ni rasa tak seronok pulak bila turn beraya di Ipoh kami terpaksa sibuk ke Klinik n Hospital kerana Harraz demam panas yang luarbiasa.. Luarbiasa maksud teman harraz tak pernah demam yang susah nak surut macam tu.. Bila dah mandikan pun still pana stak turun, bila dah jerlum dan basahkan badan dia still tak jugak turun suhu.. kalau turun pun sekejap je lepas TB bagi harraz tidur kat luar beranda sebab kat situ ruang udaranya terbuka.. sejuk sikit berbanding dalam rumah yang berkuap sebab atap bumbung rumah di kampung agak rendah.. so, panas tu terasa sangat.. Lepas tu kami pun baring diluar sampai petang dan suhu harraz memang rendah masa tu, lega lah sekejap kan.. tapi bila dah petang, suhu tu mula naik balik.. dah start cuak balik sebab suhu naik bukan sikit-sikit.. 38.7 macam tu.. dan akhirnya cecah 39.. risau TB masa tu..

 


1ST TIME HARRAZ DEMAM PANAS DAN KENA MAKAN UBAT KLINIK

Setelah bertahan dari makan ubat klinik akhirnya Pada umur 1 tahun 9 bulan bertarikh 24.8.2018 ( Jumaat 9.00 malam ) Harraz tewas juga akhirnya kerana cuaca yang panas sangat-sangat di Taiping dan Ipoh buat suhu badan harraz panas hingga mencecah 39.4'C. Kami terpaksa ambil keputusan bawa Harraz ke hospital / emergency kerana kami risaukan kesihatan harraz yang demam panas dan suhu tidak turun-turun walaupun dah kerap jerlum dan bagi mandi. Suhu Harraz turun kejap dan kemudian naik balik..

Sebelum tu 23.8.2018 ( Khamis - petang ) kami bawa harraz ke Klinik sebab masa tu badan harraz memang dah start panas dari dalam ETS dari Taiping nak ke Ipoh lagi.. dan kami pergi klinik pun sebab suhu badan harraz dah cecah 39, maka bawak harraz ke klinik.. cadang nak pi klinik yang biasa family TB pi tu.. Klinik S.K. ONG di Jelapang, tapi Klinik tu tutup pulak dah.. pukul 3 baru dia buka sedangkan harraz macam perlu di check segera seba suhu danh tinggi sangat.. target kami nak masuk ubat bontot je cadangnya utnuk turun kan suhu.. 

So, kami pun buat keputusan bawa harraz ke klinik Dilip di Taman Meru, sampai-sampai je klinik tu.. MasyaAllah.. penuh.. ramai giler manusia.. rasa tak sanggup nak tunggu.. then kami pun pi klinik lagi satu tu.. iaitu Klink Safri Hamimah di Taman Meru juga. Hari tu Klinik tu orang tak ramai.. hati jadi ragu-ragu gak nape tak ramai orang.. hemm.. tapi disebabkan harraz pun dah mengamok2 panas.. kami terpaksa pilih klinik tu.. Harraz menangis2 jerit2 tak tentu pasal tak tahu kenapa.. TB pun risau dah.. lepas tu kami pun masuk bilik dan doktor check suhu harraz, suhu dah turun pulak.. mungkin sebab dalam aircond tapi doktor tetap bagi ubat bontot sebab sebelum sampai suhu harraz dah 39. dan doktor cuba nak check lidah dan anak tekak harraz tapi tak berjaya sebab harraz mengamok.. 

Masa tunggu nurse panggil ambil ubat harraz menangis tak henti2.. sampailah hubby suruh TB baca apa yang patut.. TB pun azan kat telinga harraz dna baca zikir yang selalu TB nyanyi untuk harraz.. terus harraz senyap sampai kami sampai rumah.. harraz sampai terlena..

Harraz dah start makan ubat
TB bagi harraz makan ubat mengikut sukatan yang diberi namun, suhu masih tidak turun turun jugak, kami risau dan malam tu kami ambil keputusan bawa harraz ke hospital bahagian emergency.. dan doktor check harraz.. dan tanya kami berapa dos ubat demam yang kami bagi harraz.. Kami kata 2.5ml dan doktor kata ia tidak mencukupi untuk budak sebesar harraz.. dia tanya tinggi dan berat harraz, dan dia kata lagi untuk saiz harraz dos yang sesuai ialah 5ml lebih, adoi.. patutlah demam tak surut-surut.. tak cukup dos rupanya... dan doktor juga mendapati harraz ada jangkitan di tonsil nya.. tonsilnya dah merah.. patut lah suhu turun naik.. dan doktor pun bagi ubat demam dan ubat antibiotik.. ubat demam kena makan sampai hararz baik demam, manakala antibiotik harraz kena makan selama 7 hari .. sehari 3 kali .. 



Seksanya TB nak bagi harraz makan ubat.. sebab harraz tak suka rasa ubat tu.. dia menangis dan meronta sampai TB rasa stress sangat-sangat nak paksa dia makan ubat.. Sejak harraz makan ubat dia mula menunjukkan tanda protes pada TB, TB risau dia bencikan TB kerana paksa dia makan ubat sebab nampak sangat dia taknak senyum dan melawan bila TB marah dia buat something yang TB tak suka.. Allah.. TB menghitung hari demi hari agar cepatlah abes tempoh makan ubat ni.. TB nak jalin hubungan yang macam dulu dengan harraz.. nak tengok harraz ceria.. senyum dan mengusik menyakat TB macam dulu.. 

Doktor tegur kami tentang kenapa bagi ubat bontot sedangkan harraz boleh je makan dan minum melalui mulut, sepatutnya bagi makan ubat melalui mulut sahaja.. Kami pun tak tahu nak kata apa sebab kami memang takde pengalaman bagi harraz makan ubat, maka kami ingatkan itu je cara terbaik untuk turunkan suhu harraz yang dah 39 masa tu.. dan pada 23.8.2018 (sehari sebelum bawa emergency hospital)  dah 2 biji ubat bontot masuk.. tapi memang kami jarakkan dalam 12-13 jam.. itu pun sebab suhu harraz tak turun-turun, naik ke 39 balik.. Selepas bagi ubat kali kedua, suhu badan harraz turun sekejap.. kemudian tak lama pastu naik balik.. Allah.. TB keep jerlum kepala harraz sebab risau kena tarik.. bahaya bahagian kepala ni.. TB berjaga sampai jam 5 pagi, suhu harraz dah surut sikit, TB pun terlelap.. tak sedar.. badan TB pun dha start tak sihat.. TB demam juga.. suhu 39 jugak.. tapi TB kena usaha sihatkan badan sebab TB nak jaga harraz.. 

pukul 6 lebih hubby pulak check suhu harraz dan rasa badan harraz panas balik.. masa tu check 39.4 .. Allah.. terus TB bangun dan jerlum balik.. TB bawa harraz duduk dan baring kat depan beranda sebab kat situ udara terbuka dan bersih.. kalau dalam rumah terpekong.. panas..

Masa duduk diluar suhu badan harraz turun sebab udara segar dan sejuk sikit kat beranda tu..  Suhu harraz ok sampailah petang tu dia naik balik.. bukan naik sikit tapi naik banyak, 38.7 terus ke 39, aduh.. risau datang balik.. dan TB memang risau kalau siang pun dah 39, kalau suhu kemuncaknya tengah malam berapa pulak naiknya? masa tu lah kami buat keputusan keep jerlum, jerlum dengan air bunga raya, air beras lah, air asam jawa.. mandi dengan air lemon.. semua tak jalan..

Akhirnya kami ambil keputusan bawa ke hospital.. dan bermulalah selepas tu harraz start makan ubat antibiotik untuk surut kan tonsil yang bengkak tu..



dan Hari ni 31.8.2018 adalah hari terakhir harraz makan antibiotik dia.. lepas ni TB tak perlu nak berperang dengan harraz dah.. kadang-kadang TB kesian tengok harraz tengah happy-happy main mainan dia tiba-tiba dia nampak TB pegang ubat tu dia mula tunjuk muka sedih dan lari menyorok..

Last day.. (hari ke 7).. (25.8.2018-31.8.2018) Start demam... 24.8.2018 (Khamis) Dalam train dati taiping nak balik ke ipoh suhu dah panas.. mood takde.. sampai ipoh mandikan air suam n jerlum.. suhu tinggi jadi 39 tak turun2.. bawak pi klinik biasa.. bagi ubat bontot.. x jalan.. tgh mlm naik 39 balik.. masuk ubat bontot lagi.. x jalan gak.. bagi ubat demam .. pun x jalan.. esoknya pi bawak pi hospital emergency.. doktor check kata ada jangkitan pada tonsil.. dan ubat demam yang kami dapat dari klinik ti tak cukup dos untuk saiz.. berat n tinggi3 harraz.. so sebab tu suhu tak turun2. dapat ubat demam n antibiotik lain.. kena habiskan antibiotik selama seminggu.. baru lah suhu harraz turun.. tapi antibiotik tetap kena habiskan jugak.. hari ni last.. Alhamdulillah.. #harraz30juzuk #cute #white #cuteboy #babyboy #happy #family #smile #preciousmoments #love #mylovelyson #vsco #wednesday #morning
A post shared by TENGKUBUTANG (ღ˘⌣˘ღ) (@tengkubutang) on

Harapan TB, biarlah ini kali terakhir harraz makan ubat klinik.. harap lepas ni harraz sihat walafiat dan kuat sistem imunnya.. kalau ditakdirkan demam juga, moga dapat sembuh demam secara alami seperti sebelum sebelum ni.. tanpa makan ubat klinik.. Aamiinn  .. 

 CERITA BALIK KAMPUNG - KL - TEPEN - IPOH - KL
saja nak tepek sini dulu.. nanti TB sambung ceritanya di entri lain.. takut terlupa.. haha.. 18.8.2018 (Sabtu) jam 11.00 malam kami naik ETS balik Taiping . Sampai di Taiping jam 1.30 pagi. Tunggu Teksi, Grab, My Car lansung takde. Tunggu sedara / adik beradik datang ambil pun tiada sebab masing-masing sibuk dengan persiapan raya dan tiada masa nak tengok fon.. Penjaga Stesen Keretapi Tutup Kipas, Nyamuk dan panas buat harraz tak selesa.. Menangis.. nak pulak dia mengantuk dan penat mungkin sebab dia lansung tak tidur dalam ETS sepanjang perjalanan.  Pukul 3.30 pagi baru sampai rumah Taiping, nasib baik ada kawan anak saudara hubby yang sudi jemput kami.. syukur Alhamdulillah.. kalau tidak kami bajet tidur di stesen tu sampai pagi.. cuma agak panas dan banyak nyamuk je lah.. pengajaran buat TB dan hubby agar lepas ni standby kipas kecik untuk emergency macam tu.. kesian harraz.. 

Bila dah sampai rumah, budak kecik yang tadinya mengantok.. hemmm.. ligat pulak dia bila dah sampai rumah mak mertua, berjalan ke depan ke dapur..punya suka rumah luas.. huhu.. 



Related Posts

10 ulasan:

  1. aduhaiii...sedih betul kan bila tgk anak kecik demam...macam kita boleh la tahan...kalau budak nak terangkan pun dia tak reti...harap-harap takde pape yg teruk :)

    BalasPadam
  2. Hehe harraz tak mau makan ubat yeee.. Babap montot dia nanti.. Haha.. Insyaallah semoga harraz tak demam lagi okay

    BalasPadam
  3. Allahu kesian harraz..budak2 kecil ni mmg payah mkn ubat.tp x mkn nti hal lain plak jadi..seriau..

    BalasPadam
  4. Alahaiii kesiannya. Memang tak sanggup tengok anak demam, lagi2 bila anak dah tak aktif dan menangis jerk. Tak tidur malam dibuatnya

    BalasPadam
  5. Anak demam memang merisaukan kak.
    Tapi kalau tak bgi ubat, xtahu brapa lama baru boleh ok kan.
    Tapi jgn risau.. Mungkin harraz demam haritu sebab penat + kena aircond tgh mlm kan dlm ets. Pastu berubah cuaca pulak.

    BalasPadam
  6. Aduh! kesian nyer kat baby Harazz, takpe la mungkin ubat doctor lebih cepat sembuh. Hopefully he recover fast fast.

    BalasPadam
  7. Allahu.. Kesiannya Harraz. Semoga segera sembuh. Musim sekarang nih TB

    BalasPadam
  8. Emi pun baru sembuh dari demam gak ni. Suhu tinggi sangat sampai rasa mcm tak blh nk kawal sgt dah, terus pi hospital mtk warded for the first time. Takut jd lain pulak kat rumah sorg2 takde org jg. Kat hosp ada nurse. Tobat serik demam teruk2. Ini kita yg dewasa. Yg kecik mcm harraz tu lg la kesian. Moga2 harraz x demam dh lepas ni

    BalasPadam
  9. semoga harraz cepat sembuh..haritu pun fariza demam..selepas dah lama tak demam..balik kampung masa raya korban..cuaca sana panas malam sejuk..lepas tu balik kl..panas ya amt..terus dia demam..batuk, selsema..bawk pergi klinik dia masa dia baby..hahaa..makan ubat terus dua hari baik..alhamdulillah..

    BalasPadam
  10. Kalau kecik2 demam kesian kan dekat budak , kita yang demam pun tak larat apa lagi budak. Semoga cepat sembuh

    BalasPadam

٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥
adik2, kakak2, abg2, ibu2, bapak2, pakcik2, dato2, tan sri2, maceh sebab sudi singgah n follow, meh lea komen sekali yea.. u olz mmg da gajus eh silap da gojes in da world lah! thanxxxx.. muah3 100000000000X buat u olz...!
٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ ٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥

GA New

Innity Mobile

nuffy2

BV2019 - 2