Nuff

04 Mei 2019

Jatuh Cinta dengan A’bloom by Althea






Jatuh Cinta dengan A’bloom by Althea


Syoknya dapat produk terbaru dari jenama A'bloom terus dari Althea Korea! A'bloom adalah jenama sendiri di bawah Althea Exclusives so ia adalah produk yang berasingan daripada semua produk Althea yang lain (Koleksi Althea).

Produk-produk itu juga telah dilancarkan secara rasmi di semua laman Althea pada 23 April yang lepas.. Haaa.. so, jangan lupa lihat promo di website Althea sebab ada promosi best untuk pembeli yang cepat.. kenapa kena cepat? sebab tawaran tersebut sangat terhad.. rugi tak grab tau!

TB dah unboxing Box Althea minggu lepas, dan ada produk yang TB dah try..  Best sangat tau..


Ok jom tengok apa ada dalam box ni.. ada produk yang comel sangat tau! iaitu :




  • A'bloom BHA Blackhead Blaster
  • A'bloom Giant Meringue Puff
  • A'bloom Baby Meringue Puffs


Mask Althea A'bloom
  • A'bloom Moisturizing Watermelon Mask Sheet
  • A'bloom Nourishing Avocado Mask Sheet
  • A'bloom Brightening Lemon Lime Mask Sheet
  • A'bloom Anti-Blemish Peach Mask Sheet


A'Bloom Meringue Puff

Sangat-sangat la geram TB dengan puff ni.. Harraz pun asik nak main dengan puff ni.. Mana taknya cute sangat.. Haa.. Kalau korang nak tahu.. A'bloom Meringue Sponge Puff ni telah diilhamkan dari baking meringue cookies. Sekali tengok dah macam kuih pau yang berwarna pink kan! Dah la gebu gebas.. geram pulak rasa nak makan.. hahahaha..


Puffs meringue diperbuat daripada span bukan lateks dengan sifat hidrofilik yang akan mengembang 1.5 kali lebih besar apabila direndam dengan air, kegunaan puff ni akan membantu menjadikan solekan kita lebih sempurna pada kulit.


Ada 2 cara nak guna  Meringue  Puffs ini:

1. Rendam dalam air, untuk mendapatkan efek solekan kulit lembap dan berkilat
2. Tak Perlu Rendam dalam air, untuk mendapatkan efek solekan kulit matte dan sempurna.

Kalau TB, TB belum pernah lagi try rendam dalam air.. dan belum pernah tengok efek apabila dah rendam dalam air.. So tak dapat nak cerita macam mana result dia.. Tapi kalau tak rendam dalam air, TB rasa senang juga nak blend kan krim/foundation ke wajah menggunakan meringue puff ni.. rata dan lembut je puff ni.. syok pulak rasa.. hehe..


Haa.. TB ada record video cara menggunakan Meringue  Puffs jom tengok kat bawah ni..

A'bloom Meringue Puffs datang dalam 2 saiz : 
Giant and Baby.


A'bloom Giant Meringue Puffs

Haaa.. Giant Meringue Puff ni dengan Baby Meringue Puff ni TB dah guna.. memang Best sebab lembut dan gebus.. hahaha.. berapa kali nak ulang daaa.. yess.. memang gebuss.. haha.. Giant Meringue Puff ni TB gunakan untuk meratakan foundation atau concealer di wajah, dengan saiznya yang besar tu, ia membuat kan aplikasi solekan lebih cepat di kawasan luas seperti seluruh wajah dan leher. Dan bahagian ujung runcing tu TB guna untuk kawasan kecil di bawah mata dan dekat hidung.


A'bloom Baby Meringue Puffs

TB suka yang ni sebab .. alalalala.. cute sangatt weh.. Harraz pun asik sebut Cute.. Cute.. hahaha.. Haa.. TB gunakan yang kecik comel ni untuk ratakan krim/ foundation pada bahagian bawah mata, celah hidung , celah bahagian hujung mata dan juga TB gunakan untuk merahkan pipi juga guna Baby Meringue Puff ni.. Sebab dia comel sangat.. TB rasa lagi sangat-sangat sayang nak guna.. haha..


Masa mula-mula dapat ni memang TB geram sangat-sangat tau tengok bentukcute sangat ni..Tapi tak sempat nak belek-belek harraz dah asyik main je.. dah macam barang mainan dia pulak.. mana tak nya..lembut giler.. harraz panggil cute span.. hehehe


BHA Blackhead Blaster

Haaa.. bagi sesiapa yang ada masalah blackhead, whitehead, kulit mati dan sebagainya.. korang patut try yang ni sebab magic stick ni berfungsi untuk merawat komedo/blackhead, whiteheads, kulit mati tau,  ia juga amat sesuai untuk pengunaan harian.

TB memang suka produk yang macam BHA Blackhead Blaster ni sebab TB pun ada masalah blackhead dan whitehead yang teruk juga.. Almaklumlah jenis kulit yang berliang pori besar la katakan.. haha.. So TB  sentiasa menantikan produk yang benar-benar berfungsi untuk membersihkan atau mengurangkan saiz liang pori TB . Jadi BHA Blackhead Blaster ini sangat TB suka nak cuba kerana apabila kotoran dikeluarkan, TB percaya liang-liang akan mengecut.


BHA Blackhead Blaster ini mengandungi bahan BHA Asli untuk membersihkan liang untuk membersihkan kulit mati, jugaa mengandungi Apricot Seed Powder bagi membantu mengeluarkan sebum yang berlebihan, tekstur dia bewarna hitam apabila disapu di wajah, kerana ia mengandungi Arang yang bertindak menyerap kotoran di liang, Manakala Tea Tree Oil yang terdapat didalamnya juga sangat baik untuk menenangkan serta mencegah sebarang kemerahan dan kerengsaan pada kulit.

Yang ni pun TB suka tau.. hai.. siapalah yang tak suka benda-benda yang cute dan comel dari Althea kan.. lepas tu so handy nak bawak ke sana kemari.. saiz kecil je, letak dalam beg ke poket ke.. amat mudah kan..

CARA NAK GUNA :







Dah Bangun Sahur keee.. Dah Sahur? Sahur Apa Hari Ni? TB Nak Share Pasal Produk Althea Korea Yang Terbaru Ni.. Dari Brand A'Bloom Yang Comey Ni. . . . Ini adalah salah satu produk terbaru dari @altheakorea, A'Bloom BHA Blackhead Blaster. . . A'Bloom BHA Blackhead Blaster ni tugasnya untuk buang blackhead dan whitehead serta kulit mati tau.. Ia mengandungi White Willow (Natural BHA), Charcoal, Apricot Seed dan Tea Tree Oil .. . . Jom tengok macam mana cara nak guna.. tengok sampai habis tau.. dan tekan ❤ sekali.. hehe.. . . Ia sangat mudah digunakan. Korang hanya perlu bersihkan wajah korang dengan pembersih muka biasa korang kemudian basuh muka korang dengan air suam. . . Lepas tu, terus sapu produk pada bahagian muka korang yang korang target ada Blackhead/Whitehead seperti hidung, pipi, dahi dan dagu. Kemudian urut selama 1 minit. Last sekali, basuh dengan air suam. . . Best sangat sebab ia berfungsi dengan jayanya walau hanya dengan 1 kali penggunaan. Boleh nampaklah kesannya sebab blackhead berkurangan. . . Yang pasti takde rasa pedih atau sakit pun kat muka lepas guna ni. Korang patut cuba juga.. . . Korang boleh baca review TB di blog TB nanti untuk mengetahui produk lain yang dikeluarkan dari Koleksi A'Bloom . . Psstt.. sorry video tu macam lari sikit editing tang caption tu.. haha.. dah edit2 terlupa nak adjust yang satu tu.. . . #altheakorea #altheahaul #kbeauty #altheaangels #altheangel #A'BloomBHABlackheadBlaster #BHABlackheadBlaster #Blackhead #Whitehead #kulitmati #charcoal #apricotseed #teatreeoil #whitewallow #NaturalBHA #altheabeautyhaul #authentic #beauty #a
A post shared by TENGKUBUTANG (ღ˘⌣˘ღ) (@tengkubutang) on


Haa.. cara nak guna pun senang jugak tau.. Apa yang korang perlu lakukan ialah hanya perlu lembapkan muka korang dengan air suam, kemudian lap bagi kering.. lepas tu barulah tenyeh benda ni kat bahagian muka, hidung, pipi, dagu dan dahi korang atau tempat-tempat yang korang rasa ada whitehead blackhead tu,





Masa tenyeh tu korang tak rasa apa.. tapi lepas beberapa saat akan rasa berangin.. dan korang boleh tengok pada kulit muka korang akan keluar macam putih-putih atau hitam-hitam.. haaa.. itulah blackhead dan whitehead korang.. best kan!

Lepas tu korang perlu urut secara rata ke seluruh wajah selama 30 saat dan bila dah selesai 30 saat korang boleh bilas dengan air. Siap!

Apa yang TB boleh katakan ialah TB suka sangat produk ni... betapa lembutnya guna produk ni! Masa pakai ni tiada rasa kerengsaan, tiada rasa kemerahan dan tiada rasa kekeringan. Kalau mengikut pengalaman TB sebelum ni menggunakan produk lain yang seakan-akan BHA Blackhead Blaster ni, Produk itu buat kulit TB kering dan pedih. tetapi tidak pada BHA Blackhead Blaster ni.. Mungkin bahan-bahan yang lembut yang terdapat dalam kandungan BHA Blackhead Blaster ni menjadikan kulit TB serasi dengannya dan liang pori TB jadi bersih serta lembut!

Kesan guna   BHA Blackhead Blaster  bukanlah 100% boleh hilangkan whitehead atau blackhead kita tau.. kang korang kata teman ni propa je lebih lak, haa.. tapi kesan guna nya memang sangat puas hati sebab ia memang keluarkan whitehead dan blackhead kita pada bahagian tersebut. Korang hanya perlu buang je whitehead blackhead tu.. dah macam petik buah.. geram tengok tauu.. hahahaha.. Macam TB.. TB ada cotton bud untuk cuci blackhead atau whitehead yang keluar tu.. so, amat mudah la nak bersihkannya..

Apa yang pasti.. sesiapa yang ada blackhead sampai hidung pun nampak hitam dengan bintik-bintik blackhead tu.. korang patut try this tau.. sebab ia lansung menjadikan hidup korang bersih terus.. try lah!   


Refreshing Skin Fruit Mask Pack

Sheet Mask A'bloom yang menyegarkan bagi TB kerana ia mempunyai kuasa antioksida yang kuat untuk buah-buahan dan kuasa menenangkan dari tumbuh-tumbuhan semulajadi untuk menjaga setiap masalah kulit seperti penghidratan, pemakanan, pemutihan dan kecacatan.

Sheet Mask A'bloom ini dihasilkan dari fabric mesra alam mesra alam 100% bertindak untuk menjadikan essence meresap terus ke wajah dengan berkesan.

Haa.. Untuk pengetahuan korang, Essence pada topeng A'bloom ni diformulasikan dengan mengurangkan kelikatan yang terdapat dalam krim.


Sheet Mask A'bloom ada 4 variasi :

1. Avo-Cuddle-Me-Nourishing Avocado Mask Sheet

Mask Ini mengandungi ekstrak Avocado yang kaya dengan protein, dimana ia membantu mencegah anti-penuaan dan antioksidan kuat dengan tocopherol vitamin E.

Disyorkan untuk kulit kering, Mask ini juga mengandungi ekstrak hibiscus flower yang mengandungi Antocyanin, antioksidan untuk mengelakkan kulit daripada penuaan.

Unsaturated fatty acid / Asid lemak tak tepu pada topeng ini memberikan rasa berseri dan keanjalan pada kulit.


2. AC-Me-Peach Anti Blemish Peach Mask Sheet

Kacang kaya dengan kelembapan dan vitamin A retinol membantu mengawal minyak dan mengimbangi keseimbangan keseimbangan air dalam kulit memberi kelembapan, dan membersihkan kulit untuk kejelasan yang lebih baik

Mask ini juga mengandungi ekstrak tea tree untuk membantu pensterilan dan menjaga kawasan yang ada masalah dan berjerawat.

Mask ini membantu menormalkan kitaran salin kulit dengan menghalang masalah dan memelihara sel-sel kulit mati, memberikan kulit yang licin dan terhidrat.


3. Water-Me-Long Moisturizing Watermelon Mask Sheet

Diformulakan dengan ekstrak tembikai dan lavender, ia menghidrat dan melembapkan kulit.

Tembikai kaya dengan air yang sangat baik untuk melembapkan dan menenangkan kulit semasa cuaca panas.

Mask ini mengandungi asid amino asli : Betain dan Citrulin yang membentuk membran pelembab semulajadi pada kulit, menjadikan kulit lembap dan licin.

Juga mengandungi ekstrak lavender untuk melegakan kulit sensitif dan memberi kesegaran.



4. Sparkle-Me-Bright Brightening Lemon Mask Lime Mask

Lemon dan Lime mempunyai vitamin C yang tinggi untuk membantu membaiki dan melindungi kulit dari kerosakan UV.

Vitamin C juga berfungsi dalam penghasilan melanin menjadikan kulit yang cerah dan anjal.

Mask ini juga mengandungi ekstrak teh hijau yang juga kaya dengan ramuan vitamin C untuk mengawal pengeluaran melanin dan penjagaan kulit.

Mencerahkan dan memudarkan masalah kulit kusam dengan dos double Vitamin C dari lemon dan ekstrak kapur. Ia juga membantu menghilangkan bintik gelap juga.


Pengalaman dan Ulasan dari TB sendiri :

Dulu TB tak berapa tahu tentang keperluan Mask untuk melengkapkan rejim kecantikan kita, Lepas kenal Althea baru TB ternampak bermacam-macam mask yang dijual di Althea dengan harga yang murah pulak tu.. Dan ternampak kawan-kawan pun rajin review tentang mask.. buat TB tertarik nak mencuba.. Try cuba satu terus suka dan memang terasa keperluan pula untuk ber mask setiap minggu.. hahaha..

Sekarang ni bagi TB Mask adalah satu kemestian di rejim penjagaan kulit TB. TB akan pakai Mask sekurang-kurangnya seminggu sekali. Kadang-kadang kalau mood free dan rajin, boleh jadi 2-3 kali seminggu bergantung kepada kondisi kulit TB ni la. Kadang rasa muka macam dah kusam sikit ke.. dan nampak kering ke kan, TB akan pakai mask untuk kembalikan kesegaran kulit disamping memelihara dan mencerahkan kulit.


Mask ni best sebab kita boleh rasa sejukkk je bila pakai mask ni.. Rasa segar dan tenang je wajah kita bila ber mask .. dan paling TB suka mask ni juga mempunyai penyerapan yang hebat. Mudah menyerap dalam kulit antara kebaikan mask yang TB cari.. 

Setiap Mask ni mengandungi 25gram essence! Macam biasa lah.. seperti selalu.. TB akan gunakan semua essence yang ada hingga kering packet tu.. haha.. Selain pada muka, lebihan essence tu TB akan sapukan pada leher dan juga tangan.. rugi weh kalau buang .. haha..

Dan hasilnya? Kulit TB jadi lembut dan lembap semula.. yeayy.. 

Oh ya.. Kalau korang rasa Mask-Mask ni akan ada bau buah seperti gambar buah yang tertera pada paket mask ni.. haha.. korang jangan terkejut pulak ye bila buka dan pakai takde bau buah tu ye.. Sebab semua mask nya berbau seakan-akan bau masam masam-masam jeruk. Tapi bagi TB ITS OK Jewww.. hehehe.. yang penting khasiat dia sampai ke muka.. 

Haa.. apa kata korang masukkan mask ni dalam ke rezim kecantikan korang sebab TB yang dah merasa ber mask ni rasa macam nak ber mask hari-hari je, takkan korang tak terasa nak try? nak pulak Althea ada buat offer tu.. haa.. cepat-cepat grab! Mask ni penting sebab ia mampu menyuburkan kulit kita tau..

Jom tengok cara TB pakai mask pulak.. hehehe


View this post on Instagram

Yeayyy.. Akhirnya dapat gak up video ni... Video TB try pakai A'bloom Moisturizing Mask Sheet dari @altheakorea ni.. Besttt.. Dah lama buat video ni tapi bila nak up tak lepas2.. haha.. memory tak cukup.. sedih tb tau kena delete file2 semata2 nak up video ni.. nak tunjuk kat korang.. haa. sila lihat dan kasi ❤ banyak2 yea.. . . A'bloom Moisturizing Mask Sheet ni ada 4 variasi : - Water-Me-Long (watermelon) - Ac-Me-Peach (Peach) - Sparkle-Me-Bright (Lemon/Lime) - Avo-Cuddle-Me (Avocado) . . Dalam video ni TB try yang Sparkle-Me-Bright (Lemon/Lime) tu.. . . Haaa.. buat korang yang tak tau tu.. Althea sedang buat promosi untuk Mask ni.. . . 10+10 A’bloom masks applicable for 10pcs sets ONLY. Apply coupon code ABMASKS during checkout. Limited to one order per customer and maximum 4 sets per customer . . 𝑻𝒉𝒂𝒏𝒌 𝒚𝒐𝒖 @altheakorea 𝒇𝒐𝒓 𝒕𝒉𝒆 𝒄𝒖𝒕𝒆𝒔𝒕 item 𝒆𝒗𝒆𝒓, . #althea #altheaangel #kbeauty #altheahaul #altheakorea #altheaangels #kbeauty #saranghae #abloom #abloom #AbloomMoisturizingMaskSheet
A post shared by TENGKUBUTANG (ღ˘⌣˘ღ) (@tengkubutang) on


Mengenai Promosi Althea dan A'bloom

Althea adalah platform membeli-belah dalam talian di mana kita boleh membeli kosmteik, alat solekan, skincare / set penjagaan kulit dan penjaga badan anda dari pelbagai jenama yang terdapat di Korea, dihantar terus dari Korea ke tempat korang.

Nak shopping barang di Althea ni senang sebab Althea dah ada aplikasi untuk IOS dan Android. atau korang juga bolehlawati website Althea di www.myalthea.kr

Rugi korang tak shopping dekat Althea ni, sebab dalam shopping tu pun ada kod promosi untuk korang tebus.. dan ada pelbagai produk dan jenama boleh didapati disitu.

Haaa.. Ok lah.. dah puas membebel .. sekarang TB nak bersiap untuk beli barang dapur sempena meraikan bulan ramadhan yang bakal tiba ni.. 

Tapi sebelum terlupa.. TB nak share dengan korang tentang promosi hebat untuk meraikan pelancaran A'bloom, korang boleh menikmati ganjaran beli 1 pek topeng (10) dan anda akan mendapat 10 lagi !! 10 + 10 .. wahhh tak percaya?? jom pi website Althea sekarang.. cepat2 grab nanti kehabisan stok!!

Cara nak dapatkan ganjaran 10 mask tu ialah.. korang hanya perlu masukkan kod tersebut: ABMASKS semasa checkout nanti.. jangan lambat-lambat nanti out of stock yeee.. 


#AltheaKorea #AltheaAngels #AltheaAbloom.



Related Posts

21 ulasan:

  1. banyak betul produk althea sekarang ni ya? semua berkuality dan mendapat respon positif dari pengguna. saya masih belum try. ada niat nak beli mask nanti

    BalasPadam
  2. bestnya jadi angles althea. mcm2 produk dapat ya. nak jugak jadi angels. dah lah ramai bagi feedback positif pasal produk2 althea. nie yg rasa mcm nak cuba jugak. nanti nak try dorg punya eye mask lah.

    BalasPadam
  3. banyak betul produk Althea ni ek, jeles ahkak tau.. mask dia ramai orang kata bagusss

    BalasPadam
  4. Orang perempuan suka lah kalau dapat produk dari Althea ni hehehehe Jelous kita tau nak juga produk penjagaan untuk lelaki pula hehehe best lah kotak cantik..

    BalasPadam
  5. Swmua barang2 ni sis dah ada dah, cuma belum ada masa kelapangan nak mencuba. Macam mana pun kena cuba gak ni..baca review ni mcm best je produk ni

    BalasPadam
  6. Muka tb makin cantik tau.. Kita pun suka prpduk baru althea ni.. Cute miut.. Maringue puff tu rasa geram je.. Hehehe.. Kita belum pakai lagi.. Mask tu dh pakai.. Hehw

    BalasPadam
  7. Saya pun suka pakai mask. Selalu borong mask bila pergi hong kong. Tapi mask brand ini tak pernah try lagi. Should give a try soon.

    BalasPadam
  8. Macam2 produk althea yang menarik ditawarkan dinosaran. Paling penting harganya cukup berpatutan dan berbaloi

    BalasPadam
  9. Rawlins dah try semua.
    BHA Blackhead Buster - memang senang, mudah dan cepat!
    Baby Puff - senang nak pakai untuk bahagian mata
    Giant Puff - laju je bila nak ratakan foundation kat muka.
    Paling LOVE adalah mask dia - memang muka rasa dewy gile lepas pakai.

    Thanks A'Bloom!

    BalasPadam
  10. Ala bestnya .Mimi tak buat entry lagi ni. Dah buka kotal tapi nak guna tu rasa sayang plak. Comel je.. ala ala tak boleh jadi ni

    BalasPadam
  11. Alamak kak TB, nak tengok jugak gambar gambar barang tu. Orang cakap comel comel sayang nak guna ni. Tak pernah tengok lagi

    BalasPadam
  12. produk althea ni tak pernah tak best..tak mengecewakan..byk produk althea yang sesuai dengan el..tp yang set abloom ni el tak dapat..haha..nti share ok

    BalasPadam
  13. Banyaknye review produk list. Hehe.. nampak bagus ye sebab banyak feedback positif yang ena baca. Harga pon affordable.suka packaging semua nampak cute.

    BalasPadam
  14. Baru lepas pakai mask tu.. Sejuk2 syok sgt

    BalasPadam
  15. First time dengar nama produk Abloom ni. Kalau Althea mestilah produk Korea kan? Bolehlah cuba puff tu, nampak gebu sangat.. Geram pula dibuatnya

    BalasPadam
  16. dah masuk dalam cart nak beli yag BHA tu dengan mask...saya pun dah addict dengan produk althea ni lagi2 bila nampak ada tawaran pastu free shipping pulakkk

    BalasPadam
  17. sukanya yang produk utk whitehead tu. mudah je cara nak apply ya. althea nie mmg produk dia bagus2. plus comel2 packaging dia. suka betul tengok !

    BalasPadam
  18. I tried some of their masks before and really like it too. Althea has many great korean beauty products at good price.

    BalasPadam
  19. Bagus betus produk Althea ni, harga dia pun berbaloi dengan kualiti sesuai dengan kulit oramg Asia

    BalasPadam
  20. Produk Althea ni review semua hrst best. Kita ni dok terpengaruh sokmo. Puff tu nampak lembut betul. Nak cari laaaa

    BalasPadam
  21. bestnya dapat produk althea. Comel jek packaging siap dengan puff pink. Sya penah pakai BHA memang bagus menanggalkan blackhead

    BalasPadam

٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥
adik2, kakak2, abg2, ibu2, bapak2, pakcik2, dato2, tan sri2, maceh sebab sudi singgah n follow, meh lea komen sekali yea.. u olz mmg da gajus eh silap da gojes in da world lah! thanxxxx.. muah3 100000000000X buat u olz...!
٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ ٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥

nuffy2

GA New