Hilangkan Bintik-Bintik Hitam, Age Spot, Hiperpigmentasi dengan Rapid Age Spot Correcting Serum - Murad



Hilangkan Bintik-Bintik Hitam, Age Spot,  Hiperpigmentasi dengan Rapid Age Spot Correcting Serum - Murad


Hai korang semua.. hehe.. semalam TB ada share dengan korang tentang satu produk yang berfungsi untuk membantu menghapuskan tanda-tanda penuaan kulit untuk mereka yang dah semakin berumur tu.. hehehe.. macam TB lah kan.. Sejak akhir-akhir ni macam-macam masalah kulit datang.. Masalah seperti pigmentasi / tona kulit tidak rata, masalah jeragat dan bintik hitam.. waduhh yang ni memang susah sangat TB nak cari solution dia tau! fedup dah rasa tau! Dah try macam-macam tapi still takmau juga hilang bintik hitam tu..

Haaa.. kemudian TB terbaca tentang Rapid Age Spot Correcting Serum dari jenama penjagaan kulit dermatologi terkemuka di dunia, iaitu Murad. Macam menarik je baca review-review dan testimoni mereka yang pernah guna Serum ni.. TB excited sangat nak cuba.  Haaa.. kalau korang nak tahu Rapid Age Spot Correcting Serum ni secara klinikal telah terbukti dalam masa seminggu. dapat mengurangkan tanda bintik-bintik gelap, bintik-bintik penuaan dan  juga hiperpigmentasi tanpa penggunaan Hydroquinone.



Diperkayakan dengan teknologi NHP-3 proprietari jenama (campuran tiga bahan utama: Niacinamide, Hexylresorcinol dan Plankton Extract), Rapid Age Spot Correcting Serum berfungsi membetulkan tona kulit tidak sekata, sementara vitamin C yang kaya dengan antioksidan, Oligopeptida dan mutiara cahaya yang halus dan meninggalkan kulit wajah kelihatan berseri dan lebih cerah.
Oh ya.. Rapid Age Spot Correcting Serum  ni juga sesuai untuk semua jenis kulit. Korang boleh cuba! 

Dan yang paling penting.. ianya Bebas dari gluten, parabens, sulfat, phthalates dan hydroquinone.

Seperti yang TB nyatakan tadi, serum yang terbukti secara klinikal ini menggunakan teknologi NHP-3 proprietari-tuntutan jenama disokong oleh lebih daripada 10 tahun penyelidikan-sebagai alternatif kepada hydroquinone untuk membantu menyamakan tona kulit dan mengurangkan bintik-bintik gelap. 

So, TB dah guna selama hampir satu minggu  ( kalau ikutkan TB lebih suka ambil masa kira-kira dua minggu untuk melihat perbezaan dalam kulit TB ), tapi untuk entri ini TB akan nyatakan perubahan-perubahan pada kulit wajah TB setelah  TB menggunakan Serum ini selama hampir seminggu.. Haa.. Nanti untuk seterusnya TB akan update disini juga, selepas 2 minggu penggunaan ye.. 

Mengurangkan kedutan dan Kulit Nampak Sekata
Haa.. Untuk masalah kulit TB yang kaya dengan bintik-bintik hitam ni, serta ada la sikit-sikit kedutan di wajah serta tona kulit tidak rata.. tapi masalah kedutan dan tona kulit tidak rata tu memang nampak berkurang dan makin anjal kulit tapi untuk bintik-bintik hitam pulak pastinya semua orang tahu yang ia adalah masalah kulit yang bukan calang-calang mudah untuk diperbetulkan.. haha.. kena disiplin kalau guna apa-apa produk pun..

Tapi Lepas Tb guna Rapid Age Spot Correcting Serum ni, TB dapati bintik-bintik hitam pada kedua belah pipi TB nampak berkurangan dan semakin pudar.. walaupun tidak hilang sepenuhnya namun TB yakin dengan penggunaan yang berterusan serta disamping consume suplemen bersesuaian, bintik-bintik hitam tu dapat dihapuskan.. insyaAllah.. dapat kurangkan pun TB dah bersyukur.. Malah, TB ada terbaca juga ada kajian klinikal yang dilakukan oleh jenama mendapati bahawa selepas enam minggu penggunaan berterusan, keterlihatan bintik-bintik gelap pada wajah pengguna telah berkurang dengan ketara. Jom kita tengok bukti di bawah ni :


Teruja TB tengok tauuu.. ada juga kawan-kawan yang guna produk dari Murad ni dan mengatakan ia sangat berkesan dan semulajadi dapat menyelesaikan masalah kulit.. 


TB suka sangat kandungan dalam dalam serum ni sebab selain ada Vitamin C, oligopeptida dan mutiara yang bercahaya halus juga berfungsi untuk memberi penampilan kulit yang lebih cerah untuk kulit yang lebih muda dari masa ke masa. Cewahh.. siapa yang taknak cantik dan kulit kelihatan muda sentiasa kan.. hehehe.. biar umur je lanjut.. janji wajah masih ayu gitu.. amboii.. jom beli serum ni cepat !



Oh ya.. lupa pulak nak cerita tekstur Rapid Age Spot Correcting Serum ni, Haa.. tekstur dia best sebab ia meresap ke dalam kulit, tidak melekit dan senang diratakan pada kulit.. Botol yang TB guna ni berkapasiti 30ml dan boleh tahan sebulan ikut pada penggunaan, ala.. Pakai sikit je.. nipis-nipis pun dah ok.. 

Ha.. lagi satu TB suka dengan botol dia yang bewarna oren (warna kegemaran TB) yang senang digunakan, just picit je dikatas penutup tu.. dan TB tak risau nak bawak travel sebab ia kecil dan paling penting takde kerisauan kalau dia tumpah ke apa kan.. sebab botol dia kedap .

Cara Guna :
Haaa.. Dari segi penggunaan pula , TB syorkan korang apply serum diwajah selepas cuci muka, pagi dan malam. Selepas bersihkan wajah, apply serum dan urut secara merata ke muka, leher dan dada. Gunakan pelindung matahari pada siang hari. Pada waktu malam, ikuti dengan pelembap.

Haa.. macam TB katakan diatas, pada siang hari selepas apply serum ni, korang kena juga apply sunblock ke atau krim siang sebab bahan-bahan berkhasiat dalam serum ni boleh membuat kulit menjadi lebih sensitif terhadap matahari sebaik sahaja selepas digunakan, jadi pastikan korang tetap memakai pelembap dan pelindung matahari apabila menyapu krim ini pada waktu siang / malam .

Bahan-bahan yang terkandung dalam Serum ni:
Air / Aqua / Eau, Glycerin, Dimethicone, Pentylene Glycol, Niacinamide, Butylene Glycol, PPG-5-Ceteth-20, Triglyceride Capric / Capric / Capric / Capric Triglyceride, Hexylresorcinol, , Ekstrak Plankton, Asid Soy Amino, Lecithin, Squalane, Dimethicone, Urea, Asid Amino Ragi, Trehalose, Inositol, Taurine, Betaine, Natrium PCA, Hydroxyethyl Acrylate / Natrium Acryloyldimethyl Copolymer Taurate, Polysorbate 60, Ammonium Acryloyldethyltaurate / VP Copolymer, Xanthan Gum , Natrium Benzotriazolil Butylphenol Sulfonate, Fluorphlogopite Sintetis, Natrium Hidroksida, Disodium EDTA, Etilhexylglycerin, Phenoxyethanol, Fragrance (Parfum), Limonene, Merah 4 (CI 14700), Kuning 5 (CI 19140), Titanium Dioksida (CI 77891).

Ok.. bagi korang yang nak dapatkan Rapid Age Spot Correcting Serum  korang boleh dapatkan di link-link dibawah ni ye..


30ml 

FACEBOOK: 

INSTAGRAM: 


#MuradMalaysia







18 Ulasan

  1. Serum yg mcmni bgus sebenarnya. Testimoni pun nmpk jujur. Takdak la hilang zaapp muka ploles terus licin mcm cermin, huhu

    BalasPadam
  2. Persediaan untuk menghadapi masa tua. Ini pun dah start ada kedut2 bila senyum, kan.

    BalasPadam
  3. bila usia makin bertambah ni memang kena guna serum macam ni.. baru lah dapat melambatkan proses penuaan..

    BalasPadam
  4. Bagus produk mcm ni. Nak menampakkan kulit kita sentiasa awet muda . Boleh la cuba di rumah. Tapi kena check jugak dulu, takot tak sesuai dgn kulit kita

    BalasPadam
  5. Sebelum ni dengar je tak pernah cuba. Tapi ramaikata bagus produk ni. InShaaAllah nak cuba jg lah

    BalasPadam
  6. Produk murad memang bagus sebab tu bertahan bertahun-tahun kat pasaran kan..tp xpernah try yang ni..ada rezeki boleh cuba..

    BalasPadam
  7. brand murad ni memang famous dan trusted..rasanya ramai yang pernah guna and semua bagi feedback yang positif sebab keberkesanannya...tak pernah guna siri ni..tapi nampak menarik

    BalasPadam
  8. Baru haritu tengok kawan try guna brand murad ni. Nur tak pernah guna lg tp tengok kesan penggunaan dia, wow jugaa! Menarik ni.

    BalasPadam
  9. Produk Murad memang bagus kan. Mimi pun banyak juga guna produk Murad ni. Best best semua. Walauoun harganya agak mahal tapi fungsinya sangat bagus. Mimk memang nak trylah serum Murad ni.

    BalasPadam
  10. Murad ni mmg dari dulu semua org puji keberkesanan dia kan. Nak try gak la nanti. Harga dia ok tak?

    BalasPadam
  11. Wow terbaik kesan dia ye. Saya pun pernah dengar jenama Murad ni. Nampak berkualiti dan berkesan. Now dah ada serum baru yang bantu hilangkan age spot pula . Terbaik Murad!

    BalasPadam
  12. Murad ni jenama yang dah lama berada kat pasaran dan juga memang diyakini kita selalu tengok banyak klinik murad juga kat luar sana kali ni ada produk untuk bintik hitam ok lah kalau kat badan boleh pakai juga ker huhuhuhu...

    BalasPadam
  13. Belum pernah cuba produk murad ni. Selalu jugak dengar nama produk ni. Bolehlah saya suggest produk ni pada keluarga saya nnti.

    BalasPadam
  14. Selalu dengar pasal jenama murad ni. Tapi x pernah Cuba. Dengar banyak feedback positif pasal produk ni. Teringin nak cuba

    BalasPadam
  15. Produk Murad memang best. Sis pun gunakan produk ni tapi yang ni sis belum try lagi. Boleh lah sis cuba nanti, macam bagus je bila sis baca review ni

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama