Langkau ke kandungan utama

JOM PRE-ORDER BUKU EKSLUSIF : KEMBARA MENUJU ALLAH BY USTAZAH ASMA HARUN

JOM PRE-ORDER BUKU EKSLUSIF :
KEMBARA MENUJU ALLAH BY
USTAZAH ASMA HARUN





MasyaAllah.. cantiknya Buku ni.. siap ada box lagi.. sesuai untuk dijadikan hadiah untuk anak-anak perempuan yang dewasa.. Seuai untuk hadiahkankepada kawan2, untuk ibu2 dan juga untuk diri sendiri.. Sangat-sangat menarik untuk dibaca kome weh.. muka surat berwarna warni.. cover keras dan tahan, banyak kata-kata motivasi dan kata-kata semangat didalamnya.. teruja nya TB tengok..

Inilah adalah buku terbaru Ustazah Asma bersama karyawan terkenal di Indonesia iaitu Dwi Suwiknyo. Beliau seorang puitis dan mendalam tulisannya. Buku ini mengandungi monolog-monolog hati, kisah-kisah yang menjadi iktibar, bingkisan firman Allah swt & hadis Rasulullah saw. Buku ini diibaratkan sebagai pakej kehidupan seorang hamba dalam mencari keredhaan Allah (mardhatillah). Empat buah ini dipakejkan secara eksklusif dan dinamakan sebagai Siri Kembara Menuju Allah.

Buku ini bermula dengan monolog kerinduan seorang hamba kepada Allah. Ini satu sifat yang wajib kita ada. Tetapi, kita tidak sedar dan kita selalu menafikannya. Kita perlu melatih diri kita supaya sentiasa rindu kepada Allah.

Kita mahukan satu kehidupan yang cukuplah kita dengan adanya Allah. Hidup dengan Allah, kita rasa cukup. Apa yang Allah beri, kita rasa cukup. Apa yang Allah ambil, kita tahu itu yang terbaik untuk kita. Cukuplah Allah bagiku. Tiada apa-apa dalam hatiku melainkan Allah.

Kembara Menuju Allah




"Ya, Allah. Aku Rindu Kepada-Mu."


Kerinduan kepada Allah itu adalah fitrah. Namun, kita tidak sedar dan kita selalu menafikannya.

Buku ini akan membantu kita bagaimana menanam rasa rindu kepada Allah. Kerinduan ini akan membuatkan kita bersiap-sedia menghadapi kematian.

Kerana kita semua tahu, kematian adalah pintu untuk bertemu dengan Allah.


"Ya Allah. Jangan Biarkan Aku Sendiri."


Pada hakikatnya, Allah tidak pernah membiarkan kita bersendirian. Tetapi kita yang sering kali meninggalkan Allah.

"Ingatlah Aku, nescaya Aku ingat padamu, dan bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kufur." - Surah Al-Baqarah, ayat 152.

Kita tidak mahu hidup dalam keadaan dibiarkan oleh Allah dan jauh daripada hidayah-Nya.


"Ya Allah. Bersama-Mu Aku Bahagia."


Inilah fasa seterusnya dalam hidup kita. Kita mahukan satu kehidupan yang cukuplah kita dengan adanya Allah.

Hidup dengan Allah, kita rasa cukup. Apa yang Allah beri, kita rasa cukup.

Apa yang Allah ambil, kita tahu itu yang terbaik untuk kita. Cukuplah Allah bagiku. Tiada apa-apa dalam hatiku melainkan Allah.

"Ya Allah. Kepada-Mu Aku Kembali."


Buku ini sebagai bekalan untuk menghadapi saat kepulangan kita kepada Allah. Semoga kepulangan kita dalam keredhaan Allah.

"Wahai jiwa-jiwa yang tenang. Kembalilah kepada tuhanmu dengan redha dan lagi diredhai-Nya. Masuklah ke dalam golongan hamba-Ku yang berbahagia. Dan masuklah ke dalam syurga-Ku." Surah Al-Fajr, ayat 27- 30.

Daripada Allah kita datang, kepada Allah jualah kita kembali.



"Ya Allah, Aku Bersyukur Engkau Menciptakan Aku."


Aku bersyukur Engkau menciptakan aku untuk lahir ke dunia. ​Dunia ini indah. Tanpa aku lahir ke dunia, belum tentu aku dapat ke syurga.​ Kerana begitulah perjalanannya.

Sudah dinyatakan syurga itu untuk manusia yang beriman. Manusia itu wujud setelah lahir ke dunia.

Tiada yang bernama manusia jika ia tidak pernah hadir ke dunia.

"Ya Allah, Hanya Engkaulah Pemberi Rahmat."


Sesungguhnya bukti kasih sayang Allah itu terlalu luas untuk dibilang. Ada berbentuk kurniaannya rezeki sihat, rezeki kaya, malah diberikan ujian juga termasuk dalam bukti kasih sayang Allah.

Dunia ini penuh dengan perangkap. Kita perlu lekas berhati-hati. Banyak perkara yang mengaibkan di dunia, sebenarnya menyelamatkan aibmu dibuka di akhirat kelak.

Jangan sesekali kita berputus asa dengan rahmat Allah.











PRE ORDER SAHAJA!!
ORDER SEKARANG!! 

UNTUK MEMBELI SILA KLIK LINK DIBAWAH :


Pakej 4 buah buku & Kotak premium ini tidak akan dijual lagi pada masa akan datang. Hanya eksklusif untuk pre-order sahaja. Buku dijangka siap pada 15 MEI 2020.




PRE-ORDER EKSKLUSIF

+ Premium Gift Box
+ 4 Buah Buku Edisi Hardcover
+ Free Shipping ke Seluruh Malaysia
+ Buku Percuma: 150 Tip Menjadi Wanita Dambaan Syurga

Semuanya ini hanya pada harga RM150 sahaja.

Buku dijangka siap pada 15 MEI 2020.

Pakej 4 buah buku & kotak premium ini tidak akan dijual lagi pada masa akan datang. Hanya eksklusif untuk pre-order sahaja. Buku dijangka siap pada 15 MEI 2020.

BUKU PERCUMA

150 Tip Menjadi Wanita Dambaan Syurga

"Bahagia itu dicari-cari. Apa yang dibuat biarlah pasti, agar tenang hati memiliki."

Mudah faham, praktikal dilakukan. Buku ini menggunakan rujukan al-Quran dan hadis sahih dengan dinyatakan penyataan sumber rujukan yang lengkap.

150 tip yang terkandung dalam buku ini merangkumi:

- 25 Tip Menjadi Isteri Solehah
- 25 Tip Menjadi Pemimpin Gaya Rasulullah
- 25 Tip Berhibur Menurut Islam
- 25 Tip Bijak Komunikasi Mengikut Sunnah
- 25 Tip Mudah dan Rajin Solat
- 25 Tip Sihat Akal, Tubuh & Iman Gaya Rasulullah

Masya Allah. Buku ini kecil yang padat dengan ilmu ini diberikan secara PERCUMA bagi setiap pembelian pre-order.







Ustazah Asma Harun

36 tahun yang lepas ustazah lahir di kampung Batu 6, Kuala Terengganu. Ibu tercinta bernama Fikriah binti Awang, seorang guru fizik. Ayah tersayang Harun bin Ismail seorang peniaga (kedai Nasi Ayam Bt 6) dan juga pendakwah. Salasilah, Tok Guru Haji Abbas adalah moyang, Ustaz Haji Awang Abu Bakar adalah datuk ustazah.

Pengajian ustazah bermula daripada PASTI, Darul Taqwa, SMU (A) Darul Anuar Pulau Melaka, SMU (A) Maahad Muhammadi Lilbanat KB, Kolej Universiti Sultan Zainal Abidin (KUSZA), Universiti Al-Azhar Mesir, dan Open Univercity Malaysia (OUM). Doakan rezeki ustazah ke Ph.D. Insya Allah.

Pengalaman bekerja di JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan bermula 2008. Sebagai Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam dan Penolong Pengarah Bahagian Halal. Ustazah meletakkan jawatan pada tahun 2017.

Ketika umur ustazah 22 tahun, saatnya Allah temukan ustazah dengan seorang lelaki, suami, dan ayah yang sangat baik. Tengku Fazli bin Tengku Yahya, orang Kuala Besut, Terengganu. Selalu beliau dipanggil ustaz sebab isterinya ustazah. Beliau seorang pensyarah dalam bidang chemical engineering. Alhamdulillah, ustazah dan suami dikurniakan Allah 7 orang anak, iaitu Atikah, Luqman, Maisarah, Imran, Sofwan, Raihanah dan Fatimah. Atas-atas kebaikan yang Allah beri kepada Ustazah melalui mereka, Ustazah pun mahu lakukan yang sama.

SubhanAllah, ustazah hanya orang biasa-biasa sahaja, yang diberi sedikit kemampuan dan amanah untuk menyampaikan, mohon doakan terus kuat untuk melangkah, mohon teguran apabila ustazah melakukan kesalahan.

JOM FOLLOW LAMAN SOSIAL USTAZAH ASMA HARUN :




UNTUK MEMBELI SILA KLIK LINK DIBAWAH :






Ulasan

  1. Bagusnya buku2 ni mmg sesuai kita baca utk pengetahuan kita dlm bab2 agama

    BalasPadam
  2. Sebuah buku yang bagus dibaca oleh kaum wanita apatah lagi buku ini terhad dan ekskluaif.

    BalasPadam
  3. lawanyaaa siap ada premium gift box sesuai sangat nak jadikan hadiah

    BalasPadam
  4. jarang beli buku siap dengan gift box. minat dengar ceramah ustazah asma. thanks sharing

    BalasPadam
  5. Wow!!!!!! This book looks good. I love the design of the cover, graphic and the packaging too. Bagi hadiah pun bagus Ini. Insya’Allah Saya akan carik Buku Ini. Thank you for sharing.

    BalasPadam
  6. Terima kasih sharing info pasal buku ini. InsyaAllah ada yang berminat akan mendapat manfaat dari perkongsian berkenaan buku ini. Rawlins rasa ok gak kalau jadikan hadiah untuk kawan nie kan?

    BalasPadam
  7. thanks for this info, tak tau pun UA ada keluarkan buku. insyaAllah will get it

    BalasPadam
  8. Saya rasa buku ni sangat menarik lah... cover dan layout dia sangat menarik untuk dibaca dan topik-topiknya pun sangat berguna. Ustazah ni pula memang terkenal dengan perkongsiannya yang menarik

    BalasPadam
  9. The book is beautiful. But I don't think I am going to use it anytime.
    Thanks for sharing! Will share with my Islam friends.

    BalasPadam
  10. Menarik buku Kembara Menuju Allah ni. Design cover buku menarik perhatian and paling menarik siap ada box lagi :)

    BalasPadam
  11. nampak menariklah buku2 nie semua. banyak perkongsian yang baik dan mendekatkan diri kita dengan sang pencipta. nak beli jugaklah nanti

    BalasPadam
  12. suka dgr ceramah ustazah asma harun..oh ada buku ye..tq for sharing

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI

  RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI Bahan (Sos): - 3 biji bawang merah - 5 ulas bawang putih - Cili padi merah & hijau - 1/2 inci halia muda - 3 batang akar ketumbar - 3 sudu Palm sugar/brown sugar - 1/2 kiub ayam - 3 sudu sos ikan - 1 sudu serbuk limau nipis - 3 biji limau nipis (ambik jus) - Daun ketumbar (hiris) Bahan (Sotong & inti): - Sotong (perap dengan 1/2 biji lemon & 1 sudu olive oil selama sejam - 2 biji kentang (lenyek & rebus) - 1 mangkuk kecil ayam kisar - 1 biji bawang besar (dadukan) - 3 ulas bawang putih (cincang) - 3 sudu sos tiram - 1/2 kiub ayam - Lada hitam - Daun bawang (hiris halus) Cara penyediaan: 1. Blend bawang merah, bawang putih, cili padi, halia & akar ketumbar. 2. Masukkan bahan blend tadi & masukkan air, palm sugar/brown sugar, sos ikan & kiub ayam. 3. Rebus sehingga likat. Tutup api & masukkan serbuk limau nipis, limau nipis & daun ketumbar. Siap sos. 4. Tumis bawang merah, bawang putih. 5. Masukkan ayam kis...

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR Haaaa.. Entri kali ni TB buat khas buat sahabat teman si 3 suku tu.. Kasih namanya.. anaknya yang hensem bernama Fahri tu suka sangat dengan Dinosaur ni.. Fahri suka panggil "Dino" nama pendek haiwan ni.. Hehehe..  Dah banyak koleksi Dino Fahri kumpul.. Dari Dino saiz kecik hinggalah ke saiz besar, dari yang jenis keras hinggalah ke jenis lembut, siap boleh bergerak-gerak, dan ada bunyi-bunyi lagi..  So, kali ni TB nak tujukan entri ni untuk Kasih dan Fahri.. haha.. korang tengok dan baca tau! hahahaha..  Nama Dinosaur Beserta Gambar  Haaa.. Korang pernah tengok Dinosaur kan? Maksud TB tengok kat Movie la, bukan yang real.. haha.. TB suka tengok Filem kisah Dinosaur ni, macam Jurassic Park tu ke kan.. kartun Dinosaur pun TB sukaaa.. haha.. Antara kartun yang TB suka The Good Dinosaur.. Si Arlo yang bertengkuk panjang tu.. hehehe.. Comel sangat... Jenis ni dipanggil  Brontosaurus tau.. Tapi sebenarnya ...
  Resepi Ketam Masak Pedas Ala Thai Bahan-bahan :- -Ketam -1 Batang Serai (saya blend sekali dgn bwg) -10 keping Daun limau purut -Daun Ketumbar -Cili api (saya tak guna pun) -Bawang Merah blend -Bawang Putih blend -Halia blend -Asam Keping -2 Sudu Serbuk Kari -3 Sudu Cili Giling -2 Sudu Cili Thai (saya guna kiub tomyam maggi) -Gula & Garam sedikit Cara Memasak :- -Rebus ketam -Air rebusan ketam jangan buang, sebab nak diguna sebagai kuah nanti -Panaskan minyak -Masukkan bahan blend dan serai hingga naik bau -Masukkan cili giling dan kari hingga pecah minyak, kemudian Paste cili thai. -Dah pecah minyak masukkan Air rebusan ketam tadi ikut suka byk mana -Masukkan asam keping, gula dan garam. -Masukkan ketam, daun ketumbar dan daun limau purut. -Dah mendidih, tutup api dan tutup periuk, biar bau dan rasa masakan tadi sebati -Enjoyyy Kredit Resepi : mahfuzah ami n