Senarai Pemenang Gegar Vaganza 2020

Senarai Keputusan Pemenang Gegar Vaganza 2020

Selesai sudah Gegar Vaganza Musim Ketujuh.. Dimana semua artis-artis yang bertanding berjaya membawa pulang hadiah masing-masing berupa wang tunai juga Trofi (bagi juara). TB pun tengok juga tadi sebab nak tengok juga Noraniza Idris buat persembahan rap tu.. Tak rugi tengok sebab memang best jugak kak ani rap.. 

Selain tu nak tengok artis-artis lain yang bat persembahan. Rata-ratanya ok persembahan diorang tapi TB paling suka Bila tengok Mus berentap dengan Oja dan Cliff Umar.. Sebab TB suka lagu Nico tu.. TB pun membesar sama dengan lagu NiCo tu.. Haha.. Terbaik.. 

Linda Nanuwil

Selain tu TB suka tengok Gegar Vaganza ni sejak dari awal semata-mata sebab suka tengok Linda Nanuwil yang cantik tu.. Awet muda dia kan.. dari AF2 sampai sekarang muka sama je.. Umur 36 dah sekarang dan masih bujang pulak tu.. Yang lain tu TB tak ikut sangat.. Memang Gegar Vaganza kali ni.. TB tak fokus pun pada persembahan artis2 ni.. Just sebab nak tengok Linda Nanuwil je.. Hihihi.. Linda lagi... 

Then hari ni sebab Final, TB tengok jugalah.. Nak tahu jugak siapa yang Juara tu.. Mana tahu Noraniza Idris yang kisahnya viral baru-baru ni yang buat dia jadi juara? Hehehe.. Kalau menang tu rezeki dia la kan.. Tapi bila tengok persembahan kak ani tadi, TB terhibur sangat.  Not bad.  Pandai kak ani rap.. 

Ok jom lihat Senarai Keputusan Pemenang Gegar Vaganza 2020 dibawah :

Tempat ke Tujuh - RM5,000 - Asheera 

Tempat ke Enam - Rm10,000 - Oja

Tempat Ke Lima - RM 15,000 - Linda Nanuwil

Tempat Ke Keempat - RM20,000 - Noraniza Idris

Tempat Ke Tiga - RM30,000 - Ayu Damit

Tempat Ke Dua - RM50,000 - Mus

Tempat Pertama / Juara  - RM 100,000 - Cliff Umar

Tahniah Cliff Umar.. Tak sangka Cliff Umar yang menang Juara.. Rezeki Cliff tu.. Buat Linda nanuwil pulak, walaupun tak menang Juara.. Tapi katanya tiap-tiap minggu menang product cuckoo .. wah lengkap satu set dia dapat.. rezeki.. lepas ni katanya nak keluarkan album dari komposer Ajai.. Tahniah.. terus berkarya yea.. katanya ada bakat tulis lirik dan cipta lagu jugak.. 



Post a Comment

Lebih baharu Lebih lama

TB MOBILE

tengkubutang nity

GA New