Senarai Barang & Perkhidmatan Yang Tiada GST

Senarai Barang Dan Perkhidmatan Yang 

Dikecualikan Cukai GST |

1. Barang makanan asas seperti beras, gula, garam, tepung, minyak masak, kacang dhal, 

rempah ratus, ikan msain, cencalok, budu dan belacan.

2. Bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik setiap bulan bagi pengguna

3. Perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan seperti pengeluaran passport, perkhidmatan kesihatan dan pembelajaran di sekolah.

4. Perkhidmatan pengangkutan seperti bas, keretapi, LRT, teksi, feri, bot dan tol lebuhraya.

5. Jual beli dan sewa rumah kediaman

6. Perkhidmatan kewangan terpilih



Sebenarnya teman pun antara sebilangan orang yang tidak memahami sebetul2 nya konsep GST tu dan apakah kebaikan GST itu.. Namun apabila membaca entri Aynora Nur, teman dapat sedikti gambaran yang sebenarnya tentang GST.. apa2 pun, meh teman kongsikan entri yang Aynora Nur kongsikan ini.. entri ini 100% pure dari blog http://www.aynorablogs.com/ .. Silalah singgah ke sana kerana ada bermacam2 lagi cerita hebat untuk korang tatapi dan baca.. Jom kita fahami apa itu GST, baca sampai habis untuk gambaran sebenarnya tentang GST.. 



Jadi, seperti yang anda baca, barangan atau perkhidmatan yang merupakan keperluan asas tidak dikenakan cukai. Di Australia, umpamanya, barangan dan perkhidmatan yang tidak dikenakan cukai termasuk barangan makanan asasi (kecuali makanan tersedia, makanan bawa-balik, snek, alkohol dan minuman ringan), perkhidmatan kesihatan, ubat-ubatan, pendidikan dan penjagaan kanak-kanak, utiliti, barangan tertentu yang dibekalkan oleh pertubuhan amal dan agama, dan barangan dan perkhidmatan yang dieksport. GST hanya dikenakan kepada barangan atau perkhidmatan mewah yang mampu dibeli oleh pengguna berpendapatan tinggi. Di samping itu perniagaan kecil juga dikecualikan daripada GST.



Namun terdapat beberapa persoalan yang perlu dipertimbangkan dalam konteks Malaysia pada waktu ini. Jom baca pandangan sesetengah pihak yang saya ambil dari sumber FB, internet dan bacaan umum yang lain:



1. Soal pertama , apakah memperkenalkan GST atau apa juga cukai untuk menambah hasil (pendapatan) perbendaharaan tidak akan menambahkan bebanan ke atas rakyat. Pada hakikatnya tiada cukai yang tidak membebankan.



2. Kedua, pelaksanaan GST jika tidak diawasi dengan ketat akan diperalat dan dimanipulasikan oleh pengeluar, pengedar dan peruncit untuk menipu (profiteering).



Di sinilah kita meletakkan satu lagi penanda aras kepada KPI Perdana Menteri kerana dia juga adalah Menteri Kewangan. Idea dan pelaksanaan GST kini menjadi tanggungjawab mutlak beliau.



3. Dan ketiga, tambahan hasil cukai daripada GST akan hanya memanfaatkan pembayar cukai dan rakyat jelata jika dibelanjakan dengan berhemah. Setakat ini rekod pencegahan pembaziran dan penggunaan berhemah tabungan negara oleh sektor awam belum cukup meyakinkan.



Dalam ketidakpastian inilah pihak kerajaan nampaknya terpaksa membuka ruang untuk pihak masyarakat awam dan swasta serta persendirian berpartipasi untuk memberi maklum balas mengenai pelaksanaan GST. Untuk ini pihak kerajaan telah mengumumkan penubuhan Panel Penyemakan Sistem Percukaian termasuk Akta Cukai Pendapatan 1967 yang dianggotai oleh 8 orang , 3 orang dari sektor awam dan 5 dari sektor swasta. Timbalan Ketua Setiausaha Kementeri Kewangan dari Bahagian Cukai akan mempengerusi Panel ini.



4. Selanjutnya isu yang berbangkit lagi ialah sejauh mana pendapatan individu atau syarikat dapat disimpan bila cukai pendapatan dikurangkan dalam regim percukaian GST? Yang menjadi kekhuatiran lagi ialah bila syarikat mengambil kesempatan untuk menaikan harga barangan dan perkhidmatan akibat pengumuman awal ini, seperti yang berlaku di beberapa negara ini.



Kini syarikat menunggu pengumuman selanjutnya untuk bersiap memohon lesen mengutip GST dari para pembekal, pengeluar, pemborong , peruncit serta pengguna.



5. Jika dilihat dari satu sudut percukaian GST berdasarkan kepenggunaan nampak semacam lebih adil. Ini adalah kerana ada beberapa katagori dalam masyarakat yang tidak membayar cukai.



Pelaksanaan GST di negara ini merupakan satu langkah wajar memandangkan kebanyakan negara lain telah melaksanakannya. Di samping itu, jaminan kerajaan untuk mengecualikan cukai tersebut terhadap barangan dan perkhidmatan keperluan asas bertujuan untuk tidak membebankan pengguna berpendapatan rendah di samping mengelak berlakunya inflasi.



Ada yang mengsyaratkan jika diuruskan dengan baik dengan kerjasama pelbagai pihak, GST mampu meningkatkan hasil negara melalui peningkatan kadar pematuhan cukai. Di samping itu, sistem ini juga dapat memastikan setiap perniagaan menyimpan rekod kewangan dengan lebih sempurna. Walaupun pelaksanaan sistem GST dianggap mencabar, tempoh yang selesa sebelum pelaksanaanya membolehkan setiap lapisan masyarakat diberi pengetahuan mengenainya.



Sebagai kesimpulannya, GST bukanlah satu agenda kerajaan untuk meletakkan bebanan ke atas bahu pengguna semata-mata. Kita tidak perlu melenting jika tidak tahu pokok pangkal sesuatu polisi diperkenalkan. Dapatkan bahan bacaan dan penerangan daripada pihak yang arif. Ketika mula-mula kerajaan mahu mengenakan GST kepada barangan dan perkhidmatan yang kita gunakan, saya dan rakan-rakan sekelas (ketika MBA dahulu) pun ikut menentang. Kemudian kami diberikan penjelasan dan cara kiraan GST dilakukan, barulah hilang rasa kebimbangan tersebut.



GST adalah langkah jangka panjang kerajaan untuk meningkatkan ekonomi serta memberikan persekitaran hidup yang lebih selesa kepada kita, rakyat Malaysia.

Entri sebelum ini ---> 

1 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama