RESEPI MEE HAILAM
Sebelum ni TB ada up juga Resepi Mee Hailam rasanya.. tapi setakat ni tak pernah cuba lagi.. yang selalu TB buat ialah Sizzling Mee atau Mee Wantan.. Boleh search dekat blog TB ni nanti ye resepi nya.. yang tu memang sedap.. sampai kami masak kat Ipoh la untuk hidang kat semua.. Tapi kena pilih mee yang jenama TB guna tu.. baru sedap.. kalau tukar mee lain rasa dia tak sedap pulak.. wallahualam..
Bahan-Bahan:
π1/2 paket mee kuning
π10 ekor sotong/udang (potong nipis)
π2 keping fish cake
π250 gm sawi hijau
π100 gm kobis
π3 s/b kicap pekat
π1 s/b sos tiram
π1 ketul kiub ayam
π4 ulas bawang putih (ketuk)
π4 ulas bawang merah (hiris)
π3 sudu besar minyak
π1 cawan air
π1 sudu tepung jagung (bancuh dengan air dulu)
πGaram
Cara Memasak:
1. Rendam mee dengan air panas. Cuci dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga wangi.
3. Masukkan air, sotong dan fish cake. Biarkan sehingga lembut.
4. Masukkan kicap, sos tiram dan kiub ayam. Kacau rata. Masukkan pula kubis dan sawi.
5. Perasakan garam. Kemudian, masukkan bancuhan tepung jagung dan angkat. Hidangkan.
Catat Komen