Nuff

26 Disember 2012

PETUA HILANGKAN LEBAM BAWAH MATA


SEBELUM DAN SELEPAS RAWATAN.. kikikiki..
Rutin yang memerlukan anda bekerja di depan komputer, kurang tidur dan kekurangan nutrisi akan menyebabkan mata letih. Bila hal ini berterusan, kesan lebam bawah mata pun mulai muncul.
Bilamana lebam bawah mata tu mula kelihatan, anda tentu panik, kan? Segan pun ada gak. Tapi nak buat camne, anda sendiri yang mengabaikan kesihatan mata.
Bila bekerja di depan komputer, susah nak berhenti. Walaupun sekejap aje. Secara tak langsung, anda sebenarnya memaksa mata untuk terus bekerja. Mata anda pun tahu letih gak.
Jika terus dipaksa, corak kulit bawah mata akan kebiruan atau bertambah gelap. Ini kerana berlakunya pembesaran pembuluh darah. Semakin banyak darah yang ada di kawasan bawah mata, itu yang membuatkan warnanya kelihatan lebih gelap berbanding warna kulit muka yang lain .
Justeru, untuk hilangkan lebam bawah mata yang kelihatan, anda amalkanlah beberapa perkara;

1. Banyakkan meminum air kosong.
Lebih lebih lagi jika anda seorang aktif melakukan pelbagai aktiviti. Pengambilan air kosong amat baik untuk menjaga kesegaran kulit mata.

2. Makan sayur-sayuran hijau
Andainya anda kurang nutrisi, mulai sekarang tambahkan sayuran hijau dan makanan yang kaya dengan antioksidan dalam menu harian.

3. Gunakan timun atau tomato
Hirisan timun ataupun tomato boleh anda tekapkan pada kedua-dua mata selama beberapa minit. Ataupun boleh tekapkannya semalaman sebelum masuk tidur.

Namun begitu, lingkaran hitam bawah mata juga disebabkan oleh faktor keturunan. Cuba lihat pada mata ayah dan ibu anda. Adakah bahagian bawah mata mereka ada rona hitam?

Jika ada dan seawal usia remaja rona hitam telah muncul di bawah mata anda, berkemungkinan besar ia adalah faktor keturunan.
Namun salah satu faktor yang menyumbang mata lebam ialah.. suka tido lambat.. macam teman sekarang ni lea.. hih3.. so.. jgn tido lewat yea.. tido lea awal sikit.. jangan jadi macam org kat bawah ni.. hih3.. 





Related Posts

4 ulasan:

٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥
adik2, kakak2, abg2, ibu2, bapak2, pakcik2, dato2, tan sri2, maceh sebab sudi singgah n follow, meh lea komen sekali yea.. u olz mmg da gajus eh silap da gojes in da world lah! thanxxxx.. muah3 100000000000X buat u olz...!
٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ ٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥

GA New

Innity Mobile

nuffy2

BV2019 - 2