4 Cara Miliki Pinggang Ramping

Perempuan mana lah yang taknak miliki pinggang yang ramping dan tidak berlemak kan? Kalau tanya semua perempuan, dah tentu semua mahukan bentuk badan yang cantik, betul tak? 

Tapi itulah... nak mendapatkan apa yang di idamkan tu bukanlah sesuatu yang mudah seperti yang di jangkakan. Oleh itu Jom cuba 4 cara yang paling simple dan mudah boleh kita amalkan.

1-      BERENANG
Tekanan di dalam air boleh menyebabkan otot pingang dan perut lebih aktif bergerak. Oleh itu, untuk membakar lemak yang terkumpul di bahagian tersebut lakukan teknik berenang gaya bebas dan kupu-kupu selama 30 minit. Lakukan amalan ini sekurang-kurang seminggu sekali untuk dapatkan hasil yang lebih berkesan. Errr.. Teman tak pandai berenangggg.. huwaarghh

2-      JALAN KAKI
Ribukan tapakmu, jangan berat untuk melangkah ke sana sini. Jika kita berjalan selama 2 km atau 60 minit ia bukan sahaja dapat merampingkan pinggang malah mengecilkan peha dan membakar segala lemak yang terkumpul di bahagian pinggul. Cara ini sangat di sarankan ! heee.. i likeeee

3-      MAKAN TELUR REBUS
Ada yang berkata,telur mampu membuatkan seseorang itu kenyang. Oleh itu, apa kata gantikan pengambilan karbohidrat seperti roti, nasi dan mi goreng dengan telur rebus. Diet ini akan membuatkan berat badan turun dengan lebih cepat dan berkesan. Tetapi itu tidak bermaksud korang perlu berlapar dan tidak mengambil makanan langsung yea! hee.. i like Telur Rebusss!!

4-      BERNAFAS DALAM-DALAM
Jika korang mudah lapar dan tidak boleh kawal pengambilan makanan cuba teknik ini. Pakar Nutrisi dari luar negara mengesyorkan jika kita tarik nafas sedalamnya hingga oksigen masuk ke dalan rongga dada ia akan membantu kita mengurangkan rasa lapar. Sekurang-kurangnya teknik ini dapat menjayakan diet kamu. Teman sedang buat nih.. heee.. berkesan!

5-      MINUM AIR SEBELUM TIDUR
Cara paling senang adalah dengan meminum air sebelum tidur. Ini kerana sewaktu kita tidur, perut dan usus akan di cuci lalu menyingkir toksik melalui air kencing di waktu pagi. Ok.. yang ni paling senang!

Sumber : Karangkraf

4 Ulasan

  1. Salam, haa sy ni Alhamdulillah mmg jenis yg kurus sgt, haha jd mmg tak risau sgt, cuma nak jugak ambil tahu, kot2 tiba2 sy boleh ter-berisi kan..haa...berenang~~sy tak reti berenang..isk3...tp cara bernafas dalam2 tu baru sy tau leh kurangkan rasa lapar, nice..boleh amalkan..hehe..thanx for sharing! :D

    BalasPadam
  2. Nice info ! Hiksss. Part berjalan dengan makan telur rebus tu best. :D

    BalasPadam
  3. Wah... Pinggang ai x smpat nk kmbg.. Hehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama