6 Cara Elak 'Moody' Di Pagi Hari!


Pernah tak korang berhadapan dengan orang yang sering moody di pagi hari atau mungkin kita sendiri yang senang sahaja hilang mood dan stress di awal pagi ?

Opss.. jangan buat camtu yea.. Teman pun baru2 ni je belajar2 nak ceriakan diri setiap awal pagi, macam artikel yang teman baca sebelum ni, sepatutnya pagilah masa yang paling sesuai untuk kita ‘cipta’ mood. Percayalah jika kita mulakan pagi kita dengan muka yang masam dan berduka pasti seharian kita akan jadi tidak tentu arah dan tidak seceria selalu.

Sekarang meh kita baca beberapa senarai rutin yang dikongsikan oleh majalah REMAJA yang teman baca ritu yang boleh kita amalkan supaya pagi kita lebih ceria dan bermakna. 

1-     SIAPKAN PAKAIAN
Sebelum tidur, siap sediakan pakaian yang bakal kita pakai esok hari. Jika ia perlu di gosok, lakukan di waktu malam. Jangan buat keesokannya kerana jika terjadi kes-kes kecemasan seperti baju terbakar atau terkoyak ia akan membuatkan mood kita bertukar menjadi negatif dan akhirnya akan membuatkan kita rasa masam dan tidak ceria.

2-     CHARGE ALATAN ELEKTRONIK
Ambil semua alatan elektronik seperti telefon bimbit, portable wifi, ipod, ipad dan apa sahaja alatan yang kita dan cas ia sehingga bateri penuh. Ini kerana secara psikologi, apabila kita bangun dan kita lihat bateri telefon atau apa sahaja alatan gajet yang ada dalam keadaan full energy akan membuatkan minda kita terasa positif dan lebih bersemangat untuk mulakan hari.

3-     BUAT LIST TO-DO
Untuk mengelakkan rasa tertekan di pagi hari memikirkan apa yang harus kita lakukan, apa kata buat senarai perkara yang perlu kita lakukan supaya memudahkan kita menyelesaikannya. Malah secara tidak langsung ia akan mengaturkan waktu kita dan tidak menyebabkan kita terlupa.

4-     SENYUM
Sebaik sahaja kita buka mata, cuba senyum sambil mengeliat. Perkara ini dapat membuatkan kita teringat perkara-perkara yang indah dan secara tidak langsung akan membuatkan semangat positif mula timbul dalam diri. Jadi elakkan bangun dalam keadaan terpaksa dan muka ‘ketat’ ya!

5-     MANDI SAMBIL MENYANYI
Sewaktu sedang mandi, tiada salahnya jika kita menyanyi. Tak perlu kuat-kuat cukuplah sekadar hanya kita sahaja yang mendengarnya sambil menari sedikit. Jangan malu, tiada siapa yang akan nampak! Bukan apa, ia akan membuatkan lebih segar dan bersemangat untuk terus bersiap. Tak percaya ? Cubalah!

6-     PASANG LAGU KEGEMARAN
Sedang bersiap-siap untuk ke pejabat / kampus, cubalah sesekali pasang radio atau putarkan lagu-lagu kegemaran di ipod kita. Hasilnya sama seperti kita mandi sambil menyanyi. Ngehehehehe...

BACA ENTRI NI JUGAK YE---> 4 CARA BANGUN AWAL

8 Ulasan

  1. hahah terbaiklah!! Nanti ena nak amalkan sebab ena kadang2 kurang bersemangat!

    BalasPadam
  2. klu sy, bangun awal,ngaji atau zikir banyak2 odw kerja :-)

    http://sihatitubahagia.blogspot.com/2014/06/special-ramadhan-fit-challenge.html

    BalasPadam
  3. hahahahah akak ok je... hari apa pun ok, terutama hari jumaat paling best

    BalasPadam
  4. Arol kadang-kadang hilang mood jugak di awal pagi. Nombor satu tue memang selalu buat. Yang lain-lain nanti Arol nak cuba praktikkan. :)

    BalasPadam
  5. Slalu buat list to do tu..mmg klau pagi2 jd blurr tak tau nak buat apa..huhu

    BalasPadam
  6. kalau kita bngun pagi senyap je.. buat dunno..hehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama