Nuff

19 Jun 2014

Syuhada Baharudin | Martias Mohd Ali --- Bersemadilah Dengan Tenang Disana

Buat semua rakan2 yang mengenali arwah, Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat sahabat Blogger kita Syuhada Baharudin yang telah kembali ke Rahmatullah.. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.. 
arwah Martias Mohd Ali - 30 Mei 2014
Dan tak lupa juga mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Martias Mohd Ali iaitu suami kepada Blogger Mak Dara (a.k.a kak adza Irdawati Adenan) juga.. moga arwah tenang di sisi Penciptanya... semoga keluarga kedua2 yang menghadapi dugaan ini tabah menerima ketentuan ilahi.. 

buat Mak Dara, i know.. kasih sayang dan kenangan bersama yang tersayang takkan luput sampai bila2.. Semoga Mak Dara Cekal dan tabah menempuh hari2 yang mendatang.. (sampai sekarang masih terasa sebak dengan apa yang Mak Dara terpaksa lalui..tak sanggup rasanya teman berada di tempat Mak Dara.. namun sangat kagum dengan ketabahan Mak Dara.. kuatkan semangat ye.. Allah knows better than us..)
Arwah Syuhada Baharudin - 18/6/2014
Dulu, sebelum blog arwah bertukar ke Wordpress domain sendiri (.com) (Syuhadabarahudin.com) teman selalu singgah blog arwah, walaupun ketika itu blog arwah terlalu baru lagi.. tetapi teman suka singgah dan baca entri2 yang ditulis oleh arwah.. 

Kerana banyak sangat ilmu dan tips2 motivasi yang teman dapat disana.. dan sememangnya teman kagum dengan kejayaan arwah dalam dunia perniagaan,betapa bertuahnya arwah menjadi insan berjaya sewaktu muda lg,

Yang teman respect.. Walaupun arwah seorang yang berjaya namun dia tak pernah nak memandang rendah pada yang lain.. dia seorang yang humble sangat..

Teman yang tak rapat dengan arwah.. tetapi rasa mula menyukai arwah dengan sikap humble arwah.. tetapi apa daya kita.. tak sempat nak mengenali lebih dekat.. Allah lebih menyayangi Syue.. Selamat bersemadi dengan tenang disana Syue.. 

Entri yang teman pernah buat untuk arwah Syue.. masa Syue mula2 ber blogging.. 

-->Blog Baru Tapi Banyak Info % Motivasi
--> Syuhada Baharudin, Cepatlah Bangun

dan entri yang lagi satu ialah entri yang teman buat khas untuk ditujukan buat Syue ketika Syue sedang koma.., dengan harapan bila Syue sedar, dapatlah dia baca entri ni yang ditujukan khas buat Syue.. Namun.. kita hanya merancang.. tetapi Allah juga yang menentukan setiap yang berlaku.. 

Ternyata hidup ini amat singkat dan DIA panggil kembali sesiapa sahaja yang DIA mahu. 

Related Posts

26 ulasan:

  1. al fatihah
    moga rohnya dicucuri rahmat Allah

    BalasPadam
  2. dalam kenangan..al-fatihah untuk arwah en.martias dan allahyarhamah syuhada baharuddin..moga ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh dan solehah

    BalasPadam
  3. Salam takziah tuk keluarga kak Syuhada....

    BalasPadam
  4. Ena pun sangat terkilan sebab ena baru je dapat berkenalan dengan kak syuhada. Ya Allah. Serius ena sedih sangat. namun, Allah lebih menyayangi dia. Al-Fatihah. Salam takziah untuk keluarga arwah

    BalasPadam
  5. inna lillahi wa inna ilaihi raajiu'n... al fatihah.. moga ditempatkan bersama org2 yg beriman

    BalasPadam
  6. inna lilahi wa inna ilahi raajiu'un..salam Takziah.untuk keluarga arwah..

    BalasPadam
  7. semoga arwah ditempatkan bersama para solehah :) ameen.....

    BalasPadam
  8. Al-Fatihah untuk kak Syu.. moga keluarga dowang tabah. Aminn...

    BalasPadam
  9. Al fatihah kepada mereka yang mendahului kita semua.... Sayu..

    BalasPadam
  10. ajal, maut...semuanya rahsia Allah...kita pun kena sentiasa siapkan diri...tenang la kalian berdua...semoga syurga buat kalian...alfatihah

    BalasPadam
  11. Innalillahi wainna ilaihi rajiun...Dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita kembali. Semoga roh arwah Kak Syu ditempatkan di kalangan para syuhada'

    BalasPadam
  12. Al-Fatihah untuk arwah. semoga tenang disana

    BalasPadam
  13. Al-Fatihah.. Salam takziah buat keluarga arwah.

    BalasPadam
  14. أَعْظَمَ اللهُ أَجْرَكَ = “Semoga Allah membesarkan ganjaran pahala engkau”
    Semoga dikurniakan kesabaran kepada keluarga gemulah...

    BalasPadam
  15. alfatihah, salam takziah utk keluarga arwah

    BalasPadam
  16. Alfatihah...semoga rohnya mereka tenang di sana.

    BalasPadam
  17. Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un (انا لله وانا اليه راجعون) 

    BalasPadam

٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥
adik2, kakak2, abg2, ibu2, bapak2, pakcik2, dato2, tan sri2, maceh sebab sudi singgah n follow, meh lea komen sekali yea.. u olz mmg da gajus eh silap da gojes in da world lah! thanxxxx.. muah3 100000000000X buat u olz...!
٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ ٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥

nuffy2

GA New