RESEPI KUIH MASALODEH

Kegemaran TB ni.. Memang nanti nak try guna kacang dal je tu.. lagi satu resepi tu TB akan letak gak nanti kat sini.. Vadey.. yuppp my favourite tuuuu.. nyum2.. 

Bahan-Bahan :
πŸ‘‰300gm kacang dal (rendam semalaman dengan air yang banyak)
πŸ‘‰½ labu bawang besar (dihiris)
πŸ‘‰1 sudu jintan putih (dikisar kasar)
πŸ‘‰1 tangkai daun kari
πŸ‘‰1 tangkai cili cili kering (dihiris nipis)
πŸ‘‰½ sudu teh garam
πŸ‘‰Minyak

Cara Membuat :
1.Toskan kacang dal yang telah direndam semalaman dan biarkan kering sebentar.
2.Kisarkan separuh kacang dal sehingga hancur dan separuh lagi dikisar kasar.
3.Campurkan kesemua bahan ke dalam 1 bekas
4.Gaulkan hingga sebati.Anda akan mendapat adunan yang lembik tapi boleh dibentuk.
5.Gunakan sekeping plastik untuk memudahkan proses membentuk.Basahkan tangan dan plastik dengan air bersih.
6.Ambil sedikit adunan dan bulatkandan leperkan di atas plastik.
7.Gorengkan dalam minyak yang panas sehingga garing keemasan.













Post a Comment

Terbaru Lebih lama

TB MOBILE

tengkubutang nity

GA New