RESEPI MASAK LEMAK CILI API
DAGING SALAI + PETAI

Sebelum ni TB selalu buat masak lemak cili api guna resepi yang TB selalu buat tu.. sebab tekak hubby hanya suka yang tu.. makan bertambah-tambah tapi mulut tu.. susah betul nak bagi markah full.. hahaha.. tinggi betul citarasa dia.. mentang-mentang pandai masak.. tahu je rasa apa yang kurang.. Tapi pelik jugak, bila tetamu datang makan.. siap puji melambung-lambung... Sampai malu pulak TB dengar berulang kali dok puji kata sedap kuah lemak daging yang TB buat tu.. 

Pujian yang lain macam rasanya.. haha.. tak habis kat situ.. bila balik kampung pun diorang dok peringat pasal gulai lemak daging tu.. adoi.. teman rasa takde terhiris jari kot masa memasak tu.. hahahaha.. kot la macam citer raja bersiung tu.. hahaha.. terhiris jari, darah terjatuh setitik dalam periuk gulai lemak daging.. hahahaha.. adoi.. mulalah nak merepek.. 

Tapi ni TB jumpa satu resepi yang TB nak try pulak.. sebab ada letak petaiiiii.. yessss petai .. m,y favourite.. makan sikit nak lagi.. makan lebih.. tanggunglah dek badan sendiri.. dia punya angin kus2.. pingsann.. 

Bahan-bahan :
๐Ÿ‘‰1/2 kg daging
๐Ÿ‘‰Serbuk kunyit dan garam halus (lumur pada daging)
๐Ÿ‘‰5 papan petai (ambik isi shj)
๐Ÿ‘‰Santan*
๐Ÿ‘‰Kunyit hidup*
๐Ÿ‘‰1 labu bawang besar *
๐Ÿ‘‰6 biji cili padi*
๐Ÿ‘‰1 biji cili besar*
๐Ÿ‘‰Sedikit belacan
๐Ÿ‘‰2 batang serai (diketuk)
๐Ÿ‘‰2 keping asam keping
๐Ÿ‘‰Garam
๐Ÿ‘‰2 biji tomato (belah 6)
๐Ÿ‘‰2 biji cili besar hijau (belah 2)

Cara membuat :1)Gaging digaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam,kemudian disalai/bakar..bila dh siap salai/bakar,hiris nipis2.
2)Blender bahan yg bertanda * dan tuangkan dalam periuk.
3)kemudian masukkan daging dan serai.
4)masak dgn api sederhana,biar mendidih.Masukkan petai,asam keping dan garam.Biar masak seketika
5)Sebelum padam api masukkan cili hijau dan tomato.













Post a Comment

Terbaru Lebih lama

TB MOBILE

tengkubutang nity

GA New