h Bobo Kini Artis Naungan MIG?
Ha2.. korang nampak x gambo atas ni? haaaaa.. bagi yang perli2 BOBO tu.. cer tengok ni.. heeee.. rezeki BOBO lea nmpknya..
Kuasa laman perkongsian Youtube nyata membawa tuah buat Bobo apabila dia kini dilaporkan secara rasmi telah menjadi ‘talent’ atau artis di naungan syarikat Metrowealth International Group (MIG) yang dimiliki Mejar David Teo.
Perkara ini berikutan terdapat sekeping gambar yang dikongsikan Bobo bergambar dengan David Teo bersama-sama dokumen yang mungkin mengandungi kontrak buatnya itu.
Nama Bobo menjadi bualan hangat seluruh rakyat Malaysia selepas videonya meniru gerak bibir serta menari sakan mengikut alunan lagu Sayang yang dipopularkan oleh penyanyi Indonesia, Shae tersebar di laman Youtube.
Selain video Sayang, Bobo juga pernah membikin video lagu Stay nyanyian Rihanna dan Teman Pengganti yang dipopularkan oleh Black dan Malique.
Tahniah diucapkan buat Bobo dan semoga bakatnya yang terpendam dapat dicungkil dengan baik oleh pihak pengurusannya nanti.-mynewshub-