MACAM2 HOBI.. DARI YANG MURAH HINGGA KE MAHAL

Di sebalik peredaran zaman dengan munculnya pelbagai gajet elektronik yang menjadi kegilaan ramai, masih ramai sebenarnya yang setia dengan hobi mengumpul barang kegemaran tidak kira, mainan, barang antik, hiasan mahupun fesyen. Ada yang menganggap hobi mengumpul barangan merupakan hobi yang kolot dan membazir, tetapi ia sebenarnya membina sifat yang baik seperti disiplin dalam menjaga koleksi mereka.
Dari barangan yang biasa dikumpul terutamanya barang antik dan mainan, hinggalah kepada barang yang tidak terlintas di fikiran untuk dikumpul seperti botol minuman air berkarbonat, kad bilik hotel dan lencana besi sekolah.

Bagi mereka yang sering ke luar negara, pelbagai tanda kenangan dibawa pulang seperti pelekat peti sejuk bermagnet, glob salji, rantai kunci dan poskad.

Mainan dilihat menjadi pilihan majoriti pengumpul tegar dimana pelbagai mainan seperti kereta kebal, robot Transformers dan Gundam digilai mereka terutamanya golongan remaja malah penyanyi Ana Raffali turut tidak ketinggalan membina bandar lego sendiri di rumahnya bersama suaminya.
Ada juga mengumpul pelbagai permainan, figura aksi, poster, buku, dan pelbagai lagi berdasarkan filem kegemaran masing-masing seperti filem Twilight yang digilai Azlina Mahbob sehingga mempunyai poster ‘puntianak’ Edward Cullen bersaiz sebenar!
Pengarah filem terkenal, Aziz M. Osman sanggup berhabis duit demi memiliki pedang lightsaber yang menjadi prop sebenar filem kegemarannya, Star Wars 
Manakala Zuhari Mat Daud yang menggemari watak Batman membina sendiri sebuah pesawat Batman iaitu The Bat yang berskala 1/10 menggunakan papan PVC yang dilengkapi dengan lampu serta kipas dalam tempoh kurang seminggu!
Barangan antik terus menjadi pilihan sepanjang zaman dek sejarah yang tersirat pada setiap koleksi tersebut dan nilainya yang semakin meningkat hari demi hari.
Megat Shazrin Khalid sanggup membahayakan nyawanya dikejar anjing malah bertarung dengan ular demi memiliki botol minuman air berkarbonat yang dicarinya dengan menggali di tapak pembuangan botol dan sekitar kilang air botol lama di kawasan kampung yang telah ditutup.

Alicia Chan obses dengan barang kemas vintaj manakala pemilik kedai barangan antik Outdated di Publika, Mohd. Romaizie Muhammad Mustapha gila kumpul mesin taip lama.
Bagi Pengasas dan Pengerusi Yayasan Inovasi dan Keusahawanan Global (GIEF), Datuk Ghazi Sheikh Ramli dia begitu menghargai keunikan buluh sehingga memiliki pelbagai barangan buluh sehingga sarung iPad, iPhone, komputer riba, kalkulator, tetikus dan bekas pemanas air miliknya turut diperbuat daripada buluh.
Begitu juga dengan Natasha Ili Adnan yang mencintai haiwan comel, beruang panda. Dia memiliki pelbagai barangan daripada beruang panda daripada patung, botol air, baju, jaket berhud, beg, alat tulis, lukisan yang berasaskan haiwan hitam putih itu.


3 Ulasan

  1. Hobi AJ...
    Errrrrr.... ADe ke??
    Hehehehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. adaaaa.. ber blog?? ni hobi gak kannn.. kann.. ? heeee..

      Padam
    2. Last time macam-macam hoby ada..sekarang ni kena very selective coz masa tak banyak..nway of coz shopping tetap maintain..tu kira hobby paling atas lah..he..he

      Padam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama