Langkau ke kandungan utama

DOAKAN BUTANG SEMBUH DARI SAKIT

Butang dalam keadaan tak sihat.. tak tahu samada dia kencing tak lawas atau batu karang (hope janganlah batu karang) susah hati teman malam tadi.. pagi ni pun takde perubahan kat butang.. butang dah murung.. taknak makan, taknak minum.. kesian dia dah try kencing tak keluar-keluar jugak.. 

Teman tanya dengan kawan2 di group Kucing malam tadi.. semua dengan baik hati mencadangkan macam-macam petua.. rebus lobak putih then bagi Butang minum, bagi Butang minum air barli, dan ada juga yang suruh bagi Butang minum Air Cuka Epal + Air biasa (Apple Vinegar Cedar + Water).. teman tak tahu sukatannnya.. ada terbaca dalam internet.. 1 sudu kecil dimasukkan ke dalam 1.5 liter air.. ada yang tulis 1ml AVC (cuka Apple) campur 3ml air, dan dalam masa yang sama kena letak 1 sudu AVC dalam makanan wetfood Butang.. 

Teman baru dapat try bagi butang minum AVC tu je malam tadi.. itupun dah termuntah Butang minum.. kesian Butang.. Teman pun tidur tak lena malam tadi.. dengan harapan bangun pagi esok dapat tengok Butang kembali sihat.. tapi.. sebaliknya yang jadi.. Butang jadi semakin kurang aktif.. terbaring je kat luar balcony.. terpaksa fikir jalan lain.. jap lagi nank bawak pi klinik lak.. harap sangat belum terlambat.. dan harap sangat kosnya tak mahal sangat... serta harap sangat Butang boleh sembuh sepenuhnya.. 

Sebenarnya teman memang fobia nak bawak kucing gi klinik, sebab pernah dulu bawak kucing ke klinik, kucing tu tak sembuh n mati.. teman takut jadi macam tu.. teman fobia.. sebab tu teman pilih JALAN TERAKHIR SEKALI ialah bawa ke klinik.. kalau tidak.. memang awal-awal lagi teman dah bawa ke Klinik.. 
 
Harap dapat tengok Butang bermain-main dengan aktif macam dulu, macam dalam gambar atas ni.. Ni tengah fikir macam mana nak bawak Butang ke Klinik.. sangkar kucing tak ada.. maybe letak dalam kotak je kot.. =( .. Moga Allah permudahkan segalanya.. Teman sayang Butang dan kucen kucen lain.. sedih rasa hati ni tengok depa sakit..


UPDATE !!
Dah bawa Butang gi Klinik tadi.. Dr Vet Animal Clinic (depan Festival Mall).. Doktor check ada keras dan ada batu karang dekat pundi kencing Butang.. kena buang cepat batu karang tu takut effect kat buah pinggang nanti.. Kos yang dikenakan hampir RM700.. (Rm665) kos termasuk ubat, operate, dan lain-lain..

Tapi tadi doktor bagi cara lain.. bagi injection dulu dan bagi ubat untuk lawas kencing.. tengok esok macam mana.. kalau Butang tak kencing2 gak.. memang kena bawak lagi sekali untuk operate pulak.. atau sedut batu karang tu bagi keluar melalui saluran Air kencing Butang..

Doktor juga bagi tahu yang masa sedut tu, dengan darah sekali akan keluar.. Ya Allah.. sedihnya dengar.. Harap lepas kena cucuk dan makan ubat tadi, Butang OK lah hendaknya.. kalau boleh taknak bawak operate.. teman fobiaaa.. tak sanggup kehilangan Butang .. sekarang nak bersiap balik rumah.. nak sangat tengok Butang dah OK.. lepas ni kena beli makanan yang kurang kandungan garam.. wetfood ke atau ada satu produk tu.. 

ENTRI BERKAITAN :


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 


Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. Cepatt.. 
KLIK

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page

Ulasan

  1. semoga butang cepat sembuh...
    butang kuat.. jangan buat ur mummy susah hati..
    mmg mcm ni lah kita bila kucing yg kita syg tak sihatkan..
    susah sgt hati ni.. kalau bleh nk iktiar mcm2...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq diyana.. Harap butang kuat.. Memang kita pun turut stress bila kucen kita sakit kan.. Rasa nak demam dah teman ni..

      Padam
  2. Siannya butang. Ena kalau jalan buntu bawak pergi ke klinik je sebab lagi lambat lagi menderita kucing tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Esok memang nak bawak gi klinik untuk keluarkan batu karang tu.. Memang kesian ena.. Butang pun tengah tahan sakit tu

      Padam
  3. insyaallah semoga butang cepat sembuh

    BalasPadam
  4. esok lusa pulih lah tu... dia dok balkoni yer... tu tanda dia nak sembuh sendiri... kalau dia hilang... hmmmm susah nak cakap... saya pun tak suka bawak kucing pegi klinik sebab banyak kali dah mati... mahal pulak tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul.. Teman memang fobia bawak kucen gi klinik sebab kebanyakan yang abah teman bawak dulu.. Semua tak hidup lama

      Padam
    2. Betul tu.. Teman fobia anto kucen ke klinik..

      Padam
  5. sian nya butang , semoga butang cepat sembuh ya , Ya allah lindungi lah butang . Amiin :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq emma.. Hope Allah mendengarNya.. (SUDAH TENTU LA KAN) Aamiinnn

      Padam
  6. Insyaallah. .nekcik bawak kucing kna batu karang ke vet ok..dia kluar seedak serdak..klau biarkn dia nnti kna operate kluarkn batu...takpe tawakkal..klau da sampai ajal...nak wat camna....tapi llau biarlkn lagi terseksa dia x boleh kencing

    BalasPadam
    Balasan
    1. Isi kotak pun xpe..nnti kat vet tu dia asa sangkar

      Padam
    2. Klinik muezza kat gombak tu dlam rm80..klau tak operate

      Padam
    3. Terima kasih nekcik.. Tadi dah bawak gi klinik kat danau kota.. Doktor cucuk n bagi ubat.. Tp xde perubahan.. Esok nk.bawak gi buang batu karang tu

      Padam
    4. Tadi pakai sangkar lama yang dah rosak.. Repair balik n cuci bersih bersih.. Dah bole pakai..

      Klinik muezza dekat je dengan umah..

      Padam
  7. semoga butang kembali sihat & aktif!!!

    ~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

    BalasPadam
  8. alalala yer ker? hurmmm semoga Butang cepat sembuh yerrr :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq harith.. Dah berkoyan koyan.nangis n stress.. Sampai depan doktor pun nanges.. Memalukan toi

      Padam
  9. Semoga butang cepat sembuh. Inshaa Allah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq Nurul kerana mendoakan.. Moga Allah beri keberkatan dalam hidup nurul

      Padam
  10. Balasan
    1. Berat mata mandang, berat lagi bahu mikul ni nad..

      Padam
  11. akak doakan semoga butang cepat sembuh dan deria mcm dulu... :'(
    akak pun ada sekor kucing namanya ateh....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mekaseh kak.. Butang baru jalani rawatan buang air kencing yangtersekat dalam pundi kencing tadi.. (26/2/2015-khamis-jam 9am)

      Padam
  12. Salam, alahai kesiannya... :( sy xtahu..sbb xpernah jadi kucing camni..hmm..sy pun fobia jugak, bawak kucing g klinik, elok lepas baik tu, dia meronta smpi pintu sangkar patah, dan dia lari entah ke mana...terus hilang..:'( harap butang sihat ya..

    BalasPadam
  13. dala nama butang. comel betul namanya. tak ada butang, nanti tinggal tengku saja. sihatlah butang \(^__^)/

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI

  RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI Bahan (Sos): - 3 biji bawang merah - 5 ulas bawang putih - Cili padi merah & hijau - 1/2 inci halia muda - 3 batang akar ketumbar - 3 sudu Palm sugar/brown sugar - 1/2 kiub ayam - 3 sudu sos ikan - 1 sudu serbuk limau nipis - 3 biji limau nipis (ambik jus) - Daun ketumbar (hiris) Bahan (Sotong & inti): - Sotong (perap dengan 1/2 biji lemon & 1 sudu olive oil selama sejam - 2 biji kentang (lenyek & rebus) - 1 mangkuk kecil ayam kisar - 1 biji bawang besar (dadukan) - 3 ulas bawang putih (cincang) - 3 sudu sos tiram - 1/2 kiub ayam - Lada hitam - Daun bawang (hiris halus) Cara penyediaan: 1. Blend bawang merah, bawang putih, cili padi, halia & akar ketumbar. 2. Masukkan bahan blend tadi & masukkan air, palm sugar/brown sugar, sos ikan & kiub ayam. 3. Rebus sehingga likat. Tutup api & masukkan serbuk limau nipis, limau nipis & daun ketumbar. Siap sos. 4. Tumis bawang merah, bawang putih. 5. Masukkan ayam kis...

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR Haaaa.. Entri kali ni TB buat khas buat sahabat teman si 3 suku tu.. Kasih namanya.. anaknya yang hensem bernama Fahri tu suka sangat dengan Dinosaur ni.. Fahri suka panggil "Dino" nama pendek haiwan ni.. Hehehe..  Dah banyak koleksi Dino Fahri kumpul.. Dari Dino saiz kecik hinggalah ke saiz besar, dari yang jenis keras hinggalah ke jenis lembut, siap boleh bergerak-gerak, dan ada bunyi-bunyi lagi..  So, kali ni TB nak tujukan entri ni untuk Kasih dan Fahri.. haha.. korang tengok dan baca tau! hahahaha..  Nama Dinosaur Beserta Gambar  Haaa.. Korang pernah tengok Dinosaur kan? Maksud TB tengok kat Movie la, bukan yang real.. haha.. TB suka tengok Filem kisah Dinosaur ni, macam Jurassic Park tu ke kan.. kartun Dinosaur pun TB sukaaa.. haha.. Antara kartun yang TB suka The Good Dinosaur.. Si Arlo yang bertengkuk panjang tu.. hehehe.. Comel sangat... Jenis ni dipanggil  Brontosaurus tau.. Tapi sebenarnya ...
  Resepi Ketam Masak Pedas Ala Thai Bahan-bahan :- -Ketam -1 Batang Serai (saya blend sekali dgn bwg) -10 keping Daun limau purut -Daun Ketumbar -Cili api (saya tak guna pun) -Bawang Merah blend -Bawang Putih blend -Halia blend -Asam Keping -2 Sudu Serbuk Kari -3 Sudu Cili Giling -2 Sudu Cili Thai (saya guna kiub tomyam maggi) -Gula & Garam sedikit Cara Memasak :- -Rebus ketam -Air rebusan ketam jangan buang, sebab nak diguna sebagai kuah nanti -Panaskan minyak -Masukkan bahan blend dan serai hingga naik bau -Masukkan cili giling dan kari hingga pecah minyak, kemudian Paste cili thai. -Dah pecah minyak masukkan Air rebusan ketam tadi ikut suka byk mana -Masukkan asam keping, gula dan garam. -Masukkan ketam, daun ketumbar dan daun limau purut. -Dah mendidih, tutup api dan tutup periuk, biar bau dan rasa masakan tadi sebati -Enjoyyy Kredit Resepi : mahfuzah ami n