ANEKA RESEPI PUDING YANG MUDAH DAN SEDAP!


ANEKA RESEPI PUDING YANG MUDAH DAN SEDAP!

InsyaAllah.. Nanti dapat suasana dapur yang baru, yang luas dan selesa, boleh lah cuba-cuba macam-macam resepi puding ni.. dulu TB selalu buat puding yang simple-simple je... macam puding mangga, puding strawberi tapi takde buah-buah tu.. just perisa strawberi dan mangga je.. anggur pun ada.. teringin nak buat yang ala-ala puding caramel dan puding custard dan puding roti ni.. Rasa terliur tengok..  so.. save sini dulu.. nanti nak tengok balik.. 

Lagi satu puding yang TB selalu buat dulu.. puding cocktail.. suka sebab ada buah-buah tu.. nyum2 je rasa.. hehehe.. kalau buat ni teringat kat sepupu TB yang nama Shukri dulu, dia lah yang jadi tukang rasa puding cocktail yang TB buat hari tu.. hehee.. Tapi sekarang tak tahu lah pi mana shukri tu.. rindu pulak rasa nak bergaduh dengan dia.. itu antara sepupu lelaki paling rapat dulu sebab arwah atok dan opah yang besarkan dia.. hope ada peluang jumpa dia lagi.. hope dia masih macam dulu.. hehehe..

eh.. termelalut plak dah.. jom tengok resepi yang TB teringin sangat nak buat nanti bila dah masuk dapur baru.. yeahhh.. 



Puding Susu Lapis Strawberry

Bahan-Bahan :
20g agar-agar bertali..rendam dgn air 1 jam..kemudian toskan
5 cawan air
1 cawan gula
1 tin susu cair..jadikan 2 cawan..tak cukup tambah air
2 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar tepung kastard..bancuh dgn sedikit air
Secubit garam
10 biji strawberry..kurang pun tak pe..boleh susun strawberry jarang2 dlm loyang
Sedikit pewarna strawberry
Sedikit perisa strawberry

Cara-Cara menyediakan:
1) Masak air dgn agar2 hingga larut agar2..masukkan gula..kacau2 rata

2) Kemudian masukkan susu cair..susu pekat manis..tepung kastard dan juga secubit garam

3) Masak hingga nak mendidih..tutup api

4) Strawberry tadi potong nipis2.. Susun dlm loyang 8x8..loyang bulat pun boleh

5) Ambil 1 cawan adunan agar2 tadi..tuang atas strawberry perlahan2..biarkan sederhana beku

6) Ambil 3 cawan adunan agar2 dlm periuk tadi tuang dlm bekas lain..ambil 1 cawan adunan agar2 blender dgn 1 biji strawberry (potong dulu)..blender hancur..campur sekali dlm bekas 2 cawan agar2 tadi.. Masukkan pewarna strawberry dan perisa strawberry..kacau2 sebati.. Ambil 1 cawan agar2 ni tuang atas puding dlm loyang

7) Ulang semula melapis puding dgn 1 cawan agar2 yg asal..buat sehingga habis adunan tu

Biarkan beku/sejuk..baru masukkan dlm peti sejuk 3-4 jam

9) Keluar dari peti.. Cungkil tepi2 puding dlm loyang..terbalikkan puding tu perlahan2 atas alas yg rata..sedia utk di potong

Kredit resepi ini kepada zura zul via masak apa hari ni


PUDING MANGGA

Bahan-Bahan :
20g agar-agar tali
7 cawan air
1 cawan gula
Sedikit gula batu
3/4 cawan susu tepung.. Akk guna susu tepung fernleaf calciyum sbb bau dia wangi dan sedap
1 sudu besar tepung kastard
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning telur
3 biji mangga (yg manis).. Nak letak lebih mangga pun boleh.. Lagi sedap

Cara-Cara menyediakan:
1) Masak agar2 bersama 7 cawan air hingga larut agar2.. Tuang gula dan gula batu.. Kacau2.. Kemudian tuang susu tepung dan sedikit garam kacau2 bagi sekata/sebati.. Masak sehingga mendidih.. Tutup api

2) Ambik 2 cawan agar2 tadi.. Tuang dlm blender serta 1 biji mangga potong2, tepung kastard dan sedikit pewarna kuning telur blend hingga hancur halus

3) Basahkan loyang.. Tuang 2 cawan agar2 yg bersusu tadi dlm loyang.. Biarkan agar2 tu mengeras sedikit.. Boleh susun perlahan2 mangga yg dipotong dadu atas permukaan agar2 tadi.. Akk susun separuh dulu mangga.. Lepas tu tuang sedikit agar2.. Selebihnya mangga susun semula dan lebihan agar2 tadi tuang habis.. Biarkan agar2 tu mengeras sekejap

4) Agak2 dah beku sedikit agar2 tu.. Tuang agar2 yg diblender tadi perlahan2 atas agar2 susu tadi.. Biarkan sejuk

5) Boleh simpan dlm peti sejuk.. Selepas 3 jam bolehlah dipotong puding ni ikut suka.. Sedia utk menikmatinya

Kredit resepi; Zura zul via mahn



RESEPI PUDING KARAMEL CHANTIK

Bahan-bahan ( untuk dimakan sekeluarga )

Buat Gula Hangus:
3/4 cawan gula-dibuat gula hangus
3 sudu besar air

Cara-cara
1. Sapu loyang bulat 9" dengan sedikit minyak masak
2. letak gula dalam kuali, masak sehingga perang dengan api kecil
3. tambah air satu sudu demi satu sudu , kacau hingga pekat
4. tuang dalam loyang tadi. ketepikan

Bahan-bahan Puding:
1 tin susu cair 400gm
300ml air
3/4 cawan gula pasir
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanilla
6 biji telur A

Cara-cara
1. Ketika ini bolehlah dipanaskan air utk mengukus.
2. satukan tepung kastard, susu ,air dan gula. kacau sampai gula betul2 larut
3. masukkan telur, kacau dengan hand whisk hingga adunan sebati.
4. tapis adunan kedalam loyang yang berisi karamel tadi
5. tutup loyang dengan aluminium foil.
6. Kukus selama 45minit.
7. kalau nak tau puding masak ke tak, cucuk bahagian tengah puding dengan lidi, kalau tak ada apa2 melekat, maknanya puding dah masak
8. tunggu sejuk dahulu barulah boleh di terbalikkan puding yek!



Karemel Puding Roti 

Bahan-bahan:
3 sudu besar gula (dijadikan karamel)
3 biji telur (saya guna gred AA) – dipukul lembut dan ditapis
7 keping roti gardenia – dicarik-carik
1 tin susu cair
1 cawan susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar tepung jagung (optional)

Cara-cara:
1. Masukkan 3 sudu besar gula ke dalam loyang. Panaskan loyang dengan api perlahan. Senget-sengetkan untuk meratakan gula ke permukaan loyang. Tutup api bila gula dah mencair semuanya. Ketepikan.
2. Panaskan kukusan.
3. Masukkan susu cair, susu pekat manis dan roti ke dalam blender. Blend halus.
4. Masukkan telur dan esen vanilla ke dalam bahan blend tadi. Blend sebentar.
5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Saya ambil 2 cawan dan campurkan dengan 1 sudu besar serbuk koko. Kacau sebati dan tapis.
6. Masukkan adunan coklat ke dalam acuan karamel. Kukus 15 minit.
7. Setelah 15 minit, cakar sedikit permukaan adunan coklat menggunakan garfu dan curahkan adunan selebihnya ke atas adunan coklat. Kukus lagi lebih kurang 30 minit dengan api sederhana.
8. Sejukkan terlebih dahulu baru terbalikkan.



RESEPI PUDING ROTI COKLAT PANDAN

Bahan-Bahan :-
4 keping roti putih (sy guna roti Gardenia)
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170 ml susu cair
10 gram serbuk agar-agar
1/2 cawan gula
2 sudu besar butter/marjerin - cairkan
3 1/2 cawan air
2 sudu besar serbuk koko @ 1/2 sudu besar Chocolate Emulco (sy guna Chocolate Emulco)
1/2 sudu besar perisa pandan (sy guna 3 sudu besar jus pandan)
Sedikit pewarna hijau (sy guna pewarna "dark green")

Cara Menyediakannya :-
1. Carik-carikkan roti. Kisar roti bersama 1/2 cawan air, telur, susu pekat & susu cair. Ketepikan.
2. Masak butter/marjerin hingga cair. Ketepikan.
3. Masak serbuk agar2 bersama 3 cawan air dan gula di dlm periuk hingga mendidih.
4. Masukkan bhn yg dikisar ke dlm periuk agar2. Kacau hingga sebati.
5. Masukkan butter/marjerin yg tlh dicairkan td. Kacau hingga sebati.
6. Masak dgn api perlahan sehingga agar2 mendidih. Tutup api.
7. Bahagikan agar2 kpd 2 bahagian. 1 bahagian letak pewarna hijau dan perisa pandan (sy guna jus pandan & pewarna "dark green") dan 1 bahagian lagi masukkan serbuk koko atau Chocolate Emulco (sy guna Chocolate Emulco).
8. Tuang bahagian coklat ke dalam loyang. Biarkan sejuk & keras sedikit.
9. Tuang bahagian hijau ke atas bahagian coklat tadi. Perlu dibuat dgn cepat sbb puding ini cepat membeku.
10. Sejukkan dlm suhu bilik.
11. Apabila telah sejuk, baru simpan di dlm peti sejuk. Enak dimakan ketika sejuk.

Dicuba oleh : Hamidah HA


PUDING OREO LAPIS MILO

Bahan-bahan yang diperlukan:
• 10 grm serbuk agar² (tak kisah jenama apa)
• 1 tin susu cair (400ml)
• Satu bungkus oreo
• Biskut oreo tadi korang patah²kan dua...nak patah kan 4 pun bolehhhh.
• 750ml air
• 150g gula
• 3/4 cawan milo

Cara-Cara membuatnya:
1. Masak serbuk agar² dan air sehingga larut.
2. Kemudian, masukkan gula dan masak hingga larut.
(guna api sederhana je)
3. Lepas tu, masukkan susu cair dan kacau sebati hingga mendidih.
4. Bila dah sebatikan semua bahan² tadi, pisahkan mereka menjadi 2 bahagian..
5. Satu bahagian ni kita campurkan dengan milo dan kacau hingga sebati..(korang kena pastikan takde ketul² milo tau). Campuran milo ni juga korang kena pisahkan jadi 2 bahagian.....satu bahagian untuk lapisan bawah, satu lagi untuk lapisan atas sekali....
6. Bahagian pertama (milo)tadi boleh dituangkan ke dalam acuan..
7. Tunggu sampai mengeras sikit, then tuangkan pula adunan putih tadi....yang takde campuran milo tadi tuuuu..
8. Then taburkan oreo mengikut kreativiti memasing! sepatutnya oreo tu tenggelam dalam adunan putih tu..
9. Then, tunggu lagi sehingga bancuhan mengeras sedikit .
10. lepas tu tuangkan balik baki adunan yang ada milo tadi....
11. Sejukkan sekejap dengan suhu bilik, kemudian masukkan dalam peti sejuk..
12. Hidangkan.



RESEPI PUDING ROTI KARAMEL

Bahan berkaramel:
2 sudu gula.. Masak dalam loyang 8 atau 9 inci atas api perlahan.. Jadikan gula hangus.. Tapi jagan hangus sangat.. Gula dah cair.. Ratakan dlm loyang.. Ketepikan

Bahan A:
20g agar-agar bertali
5 1/2 cawan air
3/4 cawan gula
👉 Masak agar2 bersama air hingga larut agar2
👉 Kemudian masukkan gula.. Kacau2 rata.. Perlahankan api

Bahan B:
5 keping roti gardenia.. Carik-carik kan
1 tin susu cair
1 biji telur
2 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar butter/marjerin
1 sudu besar tepung kastard** bancuh dgn sedikit air
1 sudu besar esen vanilla
Pewarna pilihan.. Akk guna pewarna ungu, pink & kuning

Cara-Cara membuatnya:
👉 Blender bahan di atas kecuali tepung kastard hingga hancur halus
👉 Tuang dlm periuk agar2 tadi.. Besarkan api semula.. Kacau2 rata.. Masukkan tepung kastard.. Kacau sebati hingga mendidih.. Tutup api
👉 Ambil 2 cawan agar2 tuang dlm loyang berkaramel tadi.. Biarkan sedikit beku
👉 Lebihan agar2 tadi bahagi kpd 3 bekas sama banyak.. Warnakan ungu, pink & kuning
👉 Tuang agar2 ungu atas agar2 yg sedikit beku perlahan2 hingga habis.. Kemudian warna pink dan seterusnya warna kuning
👉 Kena buat dgn cepat ye..tapi cermat..Sbb puding roti ni cepat beku
👉 Kalau rasa dah beku.. Panaskan sekejap atas api perlahan
👉 Tunggu beku/sejuk baru simpan dlm peti sejuk
👉 Selepas 2 jam.. Boleh lah telangkupkan puding tu dlm pinggan/alas yg rata.. Potong ikut suka.. Sedia untuk menikmatinya.. :)

Kredit Resepi - Zura Zul



Resepi Puding Karamel

Karamel
4 biji telur
2 cawan susu cair
3/4 cawan gula
Esen vanila

Gula Hangus
3 tbsp gula
2 tbsp air

Cara Membuat

Langkah 1
Masak gula hangus hingga perang dan masukkan sedikit ke dalam bekas.

Langkah 2
Panaskan susu bersama gula sehingga larut.

Langkah 3
Pukul telur bersama esen vanila kemudian satukan dengan dengan susu tadi.

Langkah 4
Masukkan larutan karamel tadi ke dalam bekas. Kukus pada api kecil selama 30 minit.

Langkah 5
Sejukkan dan sedia dihidang.



RESEPI PUDDING BREAD VS CUSTARD


PUDDING ROTI :
8 keping roti
2 cwn susu segar/susu cair
3sb gula
2 sb susu pekat - x bgi pun x pe
2 sudu besar butter cair
2 biji telor saiz AA
garam secukupnya
Kismis

CARANYA:
1. satukan semua bahan di atas kecuali roti dan kismis.
2. Blender sebati. Masukkn dlm bkas lain.
3. Roti carik2 atau ptg 4. Msukkn dlm adunan susu tadi. Layerkn dgn kismis.
4. Bila roti dah serap pada adunan susu. Masukkn dlm loyang yg dah disapu butter dan lapik baking paper. Tekan ckit tuk Ratakan atas roti.
5. panaskan oven pada suhu 170'c api atas bawah.
bakar dengan kaedah water bath selama 45 minit atau sehingga pudding masak bergantung pada jenis oven masing2.

PUDDING KASTARD:

7 gm agar-agar serbuk
2 cawan air
150 gm gula
200 ml susu cair
3sb tepung kastard
1 sudu teh esen vanilla
secubit garam

CARA2NYA

Masukkan air dan serbuk agar2 ke dalam periuk dan masak hingga serbuk agar2 larut sepenuhnya
masukkan gula , susu cair dan tepung kastard yang dilarutkan dengan sedikit air dan masukkan esen vanilla +garam
masak hingga adunan memekat
terus tuang ke atas permukaan puding roti
sejukkan selama 2-3 jam sebelum unmold dari loyang.



Resepi Puding Susu Pandan


Bahan-Bahan Puding Susu Pandan

600 ml air( saya tambah 100ml air)
120 gram gula pasir
8 gram serbuk agar agar(saya guna 10 gm serbuk agar-agar)
3 helai daun pandan
300 ml susu segar
200 ml santan
beberapa titik esen pandan/ pewarna hijau

Cara membuat Puding Susu Pandan:

Satukan serbuk agar2, air dan daun pandan dan masak selama 3 minit atau hingga serbuk agar-agar sebati.

Masukkan gula pasir dan kacau hingga gula hancur, masukkan pula susu segar dan santan. Kacau sebati. Kecilkan api semasa masukkan susu segar dan santan tadi dan kacau perlahan2.

Tapis dan bahagi kepada dua bahagian, satu letak esen pandan dan pewarna hijau, selebihnya biarkan warna asal.

Tuang adunan hijau/pandan kebekas puding yang dikehendaki separuh bekas jer.

Biarkan beku sebentar ( boleh juga letak dalam peti ais supaya cepat beku ) dan cakar sedikit permukaan puding dengan garfu dan tuang baki warna putih atas puding pandan tadi .

Biarkan sejuk dan simpan dalam peti ais, sedap dimakan sejuk2.




Puding 3 Lapis (dalam mould kecil)

Bahan-bahan:-
10g agar-agar (1 paket)
6 cawan air
1 ½ cawan gula (saya guna 1 cawan)
1 tin susu cair (400 ml)
1 sudu tepung kastard
Pewarna-ikut suka

Cara-cara:-
Masakkan serbuk agar2, air, gula, susu cair dan tepung kastard sehingga larut dan mendidih.
Bahagikan agar2 sama banyak dalam 3 bekas yg berlainan dan masukkan warna.
Tuang 1 warna ke dlm acuan dan sejukkan, apabila agar2 hampir beku tuang warna lain perlahan2 supaya warna x bercampur.
Lakukan cara yg sama sehingga habis kesemuanya.
Sejukkan dlm peti



Puding caramel


Bahan karamel:
1/4 cawan gula+1/4 cawan air panas - gula di masak sampai perang.. tuang dalam loyang.. ketepikan

Bahan A:
5 biji telur (3bj ambik putih dan kuning, 2 biji lagi ambik kuning saja), 5 sdb gula - kacau perlahan biar sebati jgn smpi brbuih..ketepikn

Bahan B:
1tin susu cair,1sdt esen vanilla-panaskan sekejap saja

Cara-cara :
masukkan bahan B kedalam bahan A.. kacau sebati lagi.. perlahan-lahan jangan sampai berbuih.. nnti teksturnya tak cantik.. tapis tuang dalam loyang.. bakar guna kaedah steam bath/bain marine pada suhu 200°c -1 jam bergantung pada ketebalan karamel anda (saya guna loyang kecil dan tinggi). dan juga oven anda...permukaan loyang kena balut dengan aluminium foil ye..



PUDING MILO LAPIS OREO

Bahan-bahan
10gram serbuk agar2
750ml air
150g gula
1 tin susu cair (400ml)
3/4cawan milo
satu bungkus oreo (135g) - patahkan dua2

Cara-cara
Masak serbuk agar2 dan air sehingga larut. Masukkan gula dan masak hingga larut. Masukkan susu cair kacau sebati hingga mendidih.
Bahagikan 2 bhgn dan 1 bhgn dicampurkan milo dan kacau hingga sebati.
Bahagikan 1 bhgn milo kpd 2 bhgn. Masukkan 1 bhgn milo ke dlm acuan.
Apabila mengeras sedikit, tuangkan adunan putih tadi. taburkan biskut oreo. Sejukkan sebentar sehingga mengeras sedikit kemudian tuangkan pula baki milo tadi. Sejukkan sekejap dgn suhu bilik kemudian masukkan peti sejuk. Potong dan Hidangkan



PUDING CENDOL

Lapisan Cendol

500 ml air
170 gm gula halus
250 ml air
1 peket agar-agar serbuk ( 10 gm ~ 12 gm )
250 ml santan ~ ita guna santan KARA ( santan KARA ni ita campur air jadikan 250 ml )
secubit garam
30 gm tepung jagung
500 gm cendol

Panaskan 500 ml air dengan gula halus hingga gula larut
Satukan agar-agar dengan 250 ml air dan tuangkan dalam adunan gula, masak hingga agar-agar larut
Satukan santan, tepung jagung dan garam, kacau rata hingga tepung tidak berbintil
Tapis, dan tuangkan dalam adunan agar-agar
Bila didih, tutup api
Biar suam sikit baru masukkan cendol.
Sediakan loyang ukuran 10 x 10 inc
Basahkan dengan air
Tuangkan agar-agar cendol
Biarkan ia mengeras
Sementara lapisan cendol mengeras kita sediakan lapisan gula Melaka

Lapisan Gula Melaka
200 gm gula Melaka
500 ml air
2 helai daun pandan di simpul
250 ml air
1 peket agar-agar serbuk ( 10 gm ~ 12 gm)
250 ml santan pekat ~ ita guna KARA
secubit garam

Panaskan 500 ml air bersama dengan gula Melaka dan daun pandan
Bila gula dah larut, angkat dan tapis
Dalam periuk lain, satukan 250 ml air dan agar-agar serbuk dan masak hingga agar-agar larut
Tuangkan air gula Melaka yang telah di tapis
Tuangkan juga santan dan secubit garam
Kacau senantiasa supaya santan tak pecah

Sebelum tuangkan lapisan gula Melaka ke atas agar-agar cendol, cucuk dahulu permukaan lapisan cendol atau cakar-cakar permukaannya supaya lapisan gula Melaka melekat dan tidak tertanggal nanti.
Kemudian tuangkan lapisan gula Melaka
Biarkan ia sejuk sebelum di dinginkan dalam peti ais.

Tips dan panduan
Untuk mengelakkan cendol mendap ke bawah, pastikan masukkan cendol dalam adunan santan tu apabila adunan santan telah suam.
Kacau rata baru tuang dalam loyang.

Untuk mengelakkan lapisan daripada tertanggal atau tidak melekat. Pastikan adunan lapisan santan ( cendol ) masih suam ketika lapisan gula Melaka di tuang.
Pastikan juga lapisan atasnya di cakar atau di cucuk-cucuk dengan garfu supaya ia melekat dan tidak tertanggal.

 sumber : azlita masam manis



PUDING KARAMEL TANPA TELUR

Bahan A gula hangus:

2 sdb gula pasir

Bahan B puding:
10gm serbuk agar-agar
4 cawan air
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan susu pekat manis
1 tin susu cair
3 sdb tepung kastad
1 sdk esen vanila

Cara-Cara:
1. Mula-mula buat gula hangus seperti biasa. Taburkan gula ke dalam loyang, guna api kecil. Masak hingga gula menjadi perang. Kemudian ketepikan.
2. Satukan semua bahan-bahan B. Kacau di atas api. Adunan mesti dikacau selalu supaya tepung kastad tidak bergentel.
3. Apabila menggelegak dan adunan sedikit pekat, tutupkan api. Tapis dan tuangkan adunan ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi.
4. Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk hingga puding mengeras. Terbalikkan dan bolehlah dihidangkan.



PUDING COCKTAIL

Bahan custard:
2 cawan bird custard
8 cawan air

Cara-Cara:
1. Masukkan bird custard dalam bekas. Masukkan 3 cawan air. Gaulkan sebati hingga tidak berketul.
2. Pada masa yang sama, masak 5 cawan air di dalam periuk hingga hampir mendidih. Kemudian masukkan adunan tepung custard dalam periuk. Masak hingga custard masak, biasanya kita boleh nampak macam ada buih angin di dalam custard tu.
3. Tuang dalam loyang dah sejukkan.

Bahan kuah cocktail:
1.5gm tin susu cair - satu tin berat 410 gram
7-8 sudu gula - bancuh dengan sedikit air panas untuk cairkan gula, boleh tambah lagi jika perlu
1-2 tin fruit cocktail in syrup - berat 410 gram
2 cawan air masak - untuk masuk dalam kuah cocktail, boleh tambah lagi jika perlu, ikut citarasa nak kuah pekat atau cair

Cara-Cara:
1. Campurkan semua bahan dalam bekas. Rasakan manisnya sama ada mencukupi atau tidak.
2. Potong tepung custard yang telah sejuk. Masukkan ke dalam kuah coctail
3. Sejukkan di dalam peti sejuk.


PUDING ROTI MABLE

Bahan-bahan

1 paket agar-agar tali (18g )
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan susu pekat manis
1 tin susu cair
2 sudu makan mentega
3'1/2 cawan air
Pewarna merah
Serbuk koko / cocoa emulco (nk pkai salah satupun boleh...nak pakai dua2 pon boleh)

Cara-Cara:
- cuci agar2...tos airnye...rebus agar2, gula pasir dgn 3 cawan air...rebus sampai agar2 lembut dan cair
- blende roti, susu pekat manis, susu cair, 1/2 cwan air, telur... ketepikan dulu
- bila agar2 dah cair...masukan bahan2 blande tadi...gaul rata (jaga2 api ye..guna api sedang je) tunggu smpai mendidih...masukan mentega gaul smpai mentega
cair...padam api
- bahagikn kepada 3 adunan
- ambil 1 adunan...bubuh pwarna merah
- ambil lagi 1...bubuh koko (kalau guna serbuk koko pastikan bancuh dulu dgn 1 sudu kecil air suam...sbb tak mahu ketul2 nanti)
-1 adunan lagi...biar kaler asli
- ambil loyang...bubuh 1 senduk kaler asli pastu bubuh plak kaler merah dan sterusnye kaler coklat....lapis2kan dia...buat smpai habis...proses ini perlu dlakukan dgn cepat ye...
ok siap....masukan dlm peti...nyum2 hihiii;)

Selamat Mencuba!!




RESEPI PUDING TIRAMISU

Bahan-Bahan:
Susu cair - 3 tin
Susu pekat - 1 tin
Tepung kastard - 12 sudu makan
Air - 1 cawan
Secubit garam
Biskut cream cracker - 1 peket
Serbuk koko/ milo
Coklat rise
Buah2an untuk hiasan.

Cara-Cara Penyediaan:
Satukan semua susu cair dan tepung kastard dalam periuk... kacau bagi rata dulu..
Masukkan susu pekat..rasa nak manis abiskan 1 tin..campur air dan kacau.
Tabur secubit garam...baru letak atas dpur.. Guna api yang perlahan..
Masak sampai bancuhan tu jadi likat.... Dah masak.
Hancurkan biskut letak dalam bekas / loyang.. siram bancuhan tadi..bagi meresap dalam biskut.. tabur serbuk milo... Ulang balik jadi 2 lapisan.
Lapisan atas sekali boleh la hiaskan buah ikut selera masing2..
Dah siap. Letak dalam peti ais..



Resepi Tropical Sundae

Bahan-Bahan:

3 sudu madu
¾ cawan susu segar
250g creamcheese (saya guna Philadelhia)
2 cawan digestive biscuits
½ cawan heavy cream
1 biji rollcake (apa-apa perisa)
Strawberry/Chocolate syrup
3 biji kiwi atau lain-lain buah – potong kecil
Sedikit chocolate rice
Canned whip cream (optional)

Cara Membuat:

1. Campur dan putar madu, susu, creamcheese dan heavycream sehingga lembut dan sebati. Ketepikan.

2. Hancurkan digestive biscuits (nak guna biskut lain pun boleh tapi sebab digestive biscuits ni selalunya hancur dengan cantik & tak berdebu). Ketepikan.

3. Potong rollcake nipis-nipis dan saiz kecil supaya senang nak susun.

4. Sediakan bekas atau jar atau container kegemaran untuk susun semua bahan. Pertama sekali, asukkan rollcake yang dah dipotong kecil, susun dengan teratur.

5. Kemudian tuangkan sedikit campuran creamcheese tadi, gunakan sudu.

6. Masukkan pula strawberry syrup, lapisan tak perlu tebal, nipis sahaja. Masukkan campuran selapis lagi.

7. Susun rollcake selapis. Masukkan campuran bahan tadi lagi. Tabur biskut yang dihancurkan.

8. Masukkan campuran dan ulang proses sehingga habis. Boleh letakkan chocolate syrup untuk lapisan teratas.

9. Letak whipped cream untuk hiasan, tabur choc rice dan susun buah-buahan di atasnya.

10. Bila sudah siap, sejukkan sebentar di dalam peti sejuk. Hidangkan.



Resepi Puding Kastad Berlapis

Bahan-bahan :
25gm agar-agar
4 cawan air
1 cawan gula
100gm mentega
4 biji telur - ambil merahnya sahaja
1 tin (400gm) susu cair
3 sudu besar tepung kastad - dibancuh dengan sedikit air
pewarna merah, hijau dan koko

Cara memasak :
Basuh agar-agar dan masak dengan 4 cawan air hingga hancur.
Bila agar-agar telah hancur, masukkan gula.
Pukul mentega hingga kembang. Masukkan telur dan pukul hingga sebati.
Masukkan susu cair dan campuran tepung kastad. Kacau hingga sebati.
Masukkan campuran ini ke dalam agar-agar yang telah mendidih. Kacau rata.
Bahagikan adunan agar-agar kepada 4 bahagian - 3 bahagian dibubuh warna yang berlainan iaitu merah, hijau dan koko sementara 1 bahagian lagi dibiar dengan warna asal.
Sediakan loyang, masukkan separuh adunan yang berwarna asal. Tunggu sehingga lapisan itu beku, baru masukkan bahagian yang berwarna hijau. Ulang proses dengan bahagian yang berwarna merah dan koko. Lapisan atas sekali, letakkan bahagian warna asal yang berlebihan tadi.
Sejukkan di dalam peti sejuk kemudian bolehlah keluarkan dari acuan.



PUDING KACANG MERAH
Bahan-Bahan
1 cawan Kacang Merah
1 packet / 13g Serbuk Agar-Agar
1 liter Air
240g Gula
1 tin Susu Cair - saya tukar kepada santan
1 sb Tepung Jagung
1 helai Daun Pandan
Sediki Pewarna Merah Jambu
secubit garam - saya tambah
Rebus kacang sehingga empuk.
Ambil 1/2 cwn & ratakan ke dalam acuan.
Blend baki kacang dengan susu, tepung jagung & pewarna sehingga sebati.
Letakkan serbuk agar-agar, air, gula & daun pandan ke dalam periuk & masak sehingga hancur.
Sendukkan +/- 1/2 cawan & tuangkan ke atas kacang merah dalam acuan tadi.
Masukkan campuran kacang merah yang di mesin tadi ke dalam agar2 & masak sehingga mendidih.
Biarkan lapisan kcg merah tadi mengeras sedikit sebelum di tuangkan masakan agar2.
Biar agar2 sejuk di suhu bilik sebelum di masukkan ke dlm peti sejuk.
Hidangkan sejuk... Selamat Mencuba



Puding Castard Fruit Cocktail
Bahan-Bahan
1 cawan tepung castard
5 cawan air ( dah termasuk air fruit cocktail )
5 sudu besar gula pasir

Cara-Cara nya :
Tapis fruit cocktail
Ambil airnya jadikan 5 cawan
Bancuh air tadi dengan tepung castard dan masukan gula
Kacau atas api perlahan hingga masak dan berkilat
Tuang dalam acuan yang disukai
Sejukan sebelum dimakan dengan kuahnya.

Kuahnya :
1 tin susu cair
1/2 cawan gula
2 helai daun pandan
Campur semua bahan2
Kemudian dipanaskan atas dapur hingga naik wap ( jangan dimasak hingga mendidih ye )

Terima kasih Majalah Asuh atas perkongsian



CARA MEMBUAT PUDING MANGGA

Bahan-Bahan :
10 gram agar-agar
5 cawan air
1 cawan gula
1 cawan jus mangga
2 cawan susu sejat
2 camb perahan limau nipis.

hirisan mangga secukupnya.
1. Masak agar-agar sehingga masak
2. Masukan gula dan masak sehingga gula hancur
3. keluarkan 1/4 dari agar-agar tadi ketepikan
4. 3/4 bahagian di letakkan susu cair dan di letakkan perasa manggo dan jus manga
5. 1/4 di letakkan 1 camb gula dan 1/4 cawan air serta warna hijau serta perahan limau nipis




PUDING TIRAMISU
Bahan-Bahan :
Susu cair - 3 tin
Susu pekat - 1tin
Tepung kastard - 12 sudu mkn
Air - 1 cawan
Secubit garam
Biskut cream cracker - 1 peket
Serbuk koko/ milo
Coklat rise
Buah2an utk hiasan.

Cara-Cara nya....

Satukn semua susu cair n tepung kastard dlm periuk...kacau bg rata dlu..
Masukkn susu pekat..rasa nk manis abiskn 1 tin..cmpur air n kacau.
Tabur secubit garam...baru ltak atas dpur.. Gna api yg perlahan..
Masak smpai bancuhan tu jd likat....Dh msak.
Hancurkn biskut ltak dlm bekas / loyang..siram bancuhan td..bg meresap dlm biskut..tabur serbuk milo... Ulang blik jd 2 lapisan.
Lapisan atas sekali bole la hiaskn buah ikut selera masing2... Dh siap. Letak dlm peti ais.. Ptg nnti b'buka dh bole mkn.


Puding roti comel untuk hidangan mnum petang

Bahan-Bahan :
-4kpg roti gardenia
-2bj telor
-1/2 cwn susu pekat
-170ml susu cair
-1/2 sudu bsr esen vanilla
-8gm serbuk agar2
-1/2 cwn gula
-2 sudu besar butter
-3 1/2 cwn air
-pewarna pink & hjau

Cara-caranya :
-didihkn 3 cwn air....(baki lg 1/2 cwn utk blend roti)
-masukkn serbuk agar2 & gula
-blend roti yg dikoyakkn, telor,susu pekat, susu cair ,esen vanilla & baki air 1/2 cwn td
-masuk dlm periuk yg dah mndidih- selalu kacau ya..x mo jd ketol2
-masukkn butter & kacau hingga mndidih
-bahagi kpd 3 bekas utk ltk pewarna (wrna ikut suka ati..)
-cara tuang selang seli sampai habis...
*biar sejuk dulu baru simpan lam peti ess ya..

Selamat mencuba...senang jer!!!




RESEPI PUDING OREO


BAHAN-BAHAN :-
- 1 bungkus @ 10g Jelly Powder - Serbuk Agar-Agar
- 750ml Air
- 160g Gula - kalau tak suka manis boleh letak 140g gula
- 1 tin @ 400g Susu Cair
- 3/4 cup Serbuk Milo
- 1 bungkus (137g) Oreo Cookies
- patah-patahkan OREO tapi biarkan sandwich 2 lapis

CARA MENYEDIA PUDING LAPIS OREO
1. Masak serbuk agar2 dan air sehingga larut.Kemudian,masukkan gula dan masak sehingga gula larut.
2. Masukkan susu cair, kacau sebati sehingga mendidih.
3. Asingkan 2 cwn ke dalam periuk yg lain dan campurkan milo sehingga sebati.
4. Tuangkan 1 cwn campuran milo ke dlm acuan.
5. Panaskan campuran milo yg separuh lagi dgn api paling kecil supaya tidak membeku.
6. Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi.
7. Taburkan biskut oreo.
8. Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.
9. Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dalam peti sejuk



PUDING KOKTEL KASTARD AISKRIM VANILLA

Bahan-bahannya:
1 paket agar-agar strip (30 gram)
6 cawan air
1 ¾ cawan gula
4 sudu besar ais-krim vanilla
1 tin buah-buahan koktel (500 gram) – asingkan airnya untuk disatukan dengan bahan-bahan kisar

Bahan-bahan dikisar (menggunakan blender):
1 tin susu sejat Carnation
Air buah-buahan koktel
3 sudu besar tepung kastard
1 biji telur
¼ sudu kecil vanilla
- Satukan bahan-bahan di atas di dalam blender basah dan blend sehingga semua bahan sebati dan halus.

Cara-cara membuatnya:
1. Basuh agar-agar strip dan rendam lebih kurang 5 minit. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama 6 cawan air dan masak sehingga agar-agar larut.
2. Selepas agar-agar larut masukkan gula. Kacau dan masak sehingga gula larut.
3. Kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi dan kacau sehingga adunan mendidih dan agak kental. Gunakan api yang sederhana dan kacau berterusan kerana ditakuti adunan akan hangit/rentung di dipermukaan periuk.
4. Sejurus sebelum diangkat, campurkan ais-krim vanilla dan kacau lagi sehingga ais krim larut. Kemudian bolehlah ditutup api dan biarkan ia sejuk seketika (lebih kurang 5 minit).
5. Sementara itu jika suka boleh susun dulu buah-buahan koktel di dalam acuan yang sesuai.
6. Setelah itu tuangkan ½ adunan tadi perlahan-perlahan di dalam acuan. Kemudian tambahkan lagi buah-buahan koktel sehingga habis. Kemudian tuangkan baki adunan tadi sehingga habis.
7. Sejukkan di dalam peti ais. Lebih elok jika disimpan semalamam. Sediakan waktu malam dan sejukkan semalaman. Esok dah boleh makan.


3 Ulasan

  1. sedapnya semua, tetapi kenapalah kita cuma suka makan je dari masak sendiri heheheh...

    BalasPadam
  2. Saya suka masak benda yg simple simple je. Bestnya kalau ada org masakkan untuk kita

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama