Nuff

01 Jun 2015

Gugusan Manjoi Dalam Sinar Harian 31 Mei 2015

Pintu gerbang memasuki ke Gugusan Manjoi

Gugusan Manjoi masuk paper Sinar Harian semalam.. Huhuhu.. Adik teman yang share kat teman semalam.. Aloh.. Rindu pulok kat kampung teman tu haaa.. Untuk sape-sape yang dok kampung yang sama dalam gugusan manjoi ni.. Meh kita baca sejarah dan asal usul nama "Manjoi" tu.. Hehehehe
GUGUSAN Manjoi adalah gugusan perkampungan Melayu dalam bandar terbesar di negeri ini di mana keluasannya hampir 580 hektar.

Di dalam gugusan ini wujud enam buah kampung iaitu Kampung Manjoi, Kampung Tengku Hussein, Kampung Sungai Tapah Tambahan, Kampung Seberang Sungai Tapah, Kampung Datuk Ahmad Said Satu dan Dua serta Kampung Dato’ Ahmad Said Tambahan Dua dan Jelapang Baru.

Setiap kampung berkenaan mempunyai sejarah kewujudannya tersendiri sehingga terbentuk satu gugusan perkampungan yang masih dipertahankan sehingga hari ini.

Petemuan bersama Ketua Kampung Manjoi, Syed Fairuz Syed Abas membolehkan Sinar Harian mencungkil sejarah kampung berkenaan untuk dikongsi bersama.

Syed Fairuz berkata, kampung itu diasaskan oleh Uda Kidal atau Tok Manjoi yang berpindah bersama isterinya Teh Manja, dari kampung asalnya yang terletak di Bota.

Menurutnya, kampung ini diasaskan Uda kidal sekitar awal 1900 lalu.

"Mengikut kisahnya, Uda Kidal bersama beberapa rakannya telah merantau ke luar daerah kelahirannya bagi memulakan kehidupan baharu.

“Malah nama Manjoi itu juga diambil dari nama isterinya yang dipanggil Manja atau ‘manje’ (dalam loghat Parit), dan akhirnya daerah berkenaan disebut sebagai Manjoi,” katanya.

Syed Fairuz berkata, penempatan asal Manjoi bermula di Kampung Tengku Hussein, kerana Raja Hussein mula-mula membuka penempatan di kawasan berkenaan.

Jelasnya, ketika aktiviti melombong bijih timah giat dijalankan di kawasan berkenaan sekitar zaman 40-an dan 50-an, penempatan di situ mula berkembang.

“Ketika itu, penduduk di kampung ini tidak ramai iaitu kira-kira 20 keluarga sahaja dan kawasan penempatan tersebut kita panggil Manjoi Lama.

“Kemudian pada awal 60-an, bermulalah penempatan baharu dibuka di kawasan Manjoi Seberang yang kemudiannya ditukar kepada Manjoi sahaja untuk meringkaskan panggilannya,” katanya.

Syed Fairuz menambah, enam Kampung di bawah Gugusan Manjoi memiliki ketua kampung yang dilantik kerajaan negeri bagi memudahkan  urusan pentadbiran.

Menurutnya, kerjasama yang baik antara semua ketua kampung dilihat sebagai satu kaedah terbaik dalam memastikan pembangunan dan kemajuan gugusan perkampungan tersebut pada masa hadapan.

“Alhamdulillah, masyarakat hidup dalam suasana harmoni biarpun terdapat enam kampung berlainan.

“Ia dilihat selaras dengan pesanan Tok Manjoi yang mahu generasi hari ini tidak bergaduh sesama sendiri dan dapat menjaga tanah di gugusan perkampungan berkenaan, agar tidak terlepas kepada pihak lain,” katanya.

Pembangunan semakin pesat

Mengulas dari segi pembangunan Gugusan Manjoi, Syed Fairuz berkata, pembangunan di gugusan perkampungan berkenaan begitu pesat melibatkan pelbagai infrastruktur seperti pasar raya, sekolah rumah kedai dan lain-lain lagi.

Jelasnya, kini penduduk boleh berbangga kerana telah memiliki pusat membeli belah iaitu Pasaraya Mydin yang terletak bersebelahan Pejabat Daerah dan Tanah  Kinta.

“Selain itu, kewujudan pasar, deretan kedai, klinik kesihatan, sekolah termasuk Pusat Pendidikan Al-Barakah yang diasaskan penceramah terkemuka, Datuk Mohd Kazim Elias, turut  melambangkan kemajuan di gugusan perkampungan berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu, Syed Fairuz berbangga dengan Padang Lintau yang  kini sedang dibaik pulih kerana melahirkan ramai pemain bola sepak terkemuka sekitar zaman 80-an dan 90-an lalu.

Menurutnya, padang itu bakal berubah wajah apabila dinaik taraf menjadi Stadium Mini Padang Lintau.

“Di Padang Lintau, menyaksikan kelahiran ramai pemain bola sepak terkemuka Perak malah ada yang pernah mewakili skuad kebangsaan.

“Antaranya Allahyarham Baharin Khamis, Abdul Rais Rashid, Ahmad Shahrul Azhar, Khalid Jamlus, V.Saravanan, Hardi Jaafar, Indraputra Mahyuddin dan ramai lagi,” katanya.

Selain itu, beberapa artis terkemuka tanah air juga merupakan anak kelahiran Gugusan Manjoi.

Syed Fairuz berkata, ramai artis-artis terkemuka tanahair era 80-an dan 90-an lalu seperti Aris Ariwatan, ND Lala, Azizul Khamis, Khairil Khamis dan dua kumpulan rock lagenda tanah air SYJ dan May berasal dari gugusan itu.

“Kita berbangga kerana di Gugusan Manjoi  telah lahir ramai artis terkenal tanah air.

“Sebelum itu, kita juga ada kugiran. Kalau tak silap namanya kumpulan Manjaria,” katanya.

Perancangan pembangunan sentiasa ada

Sementara itu Adun Manjoi, Mohd Ziad Zainal Abidin berkata, pihaknya memang memiliki perancangan pembangunan dan kemajuan Gugusan Manjoi pada masa hadapan.

Malah katanya, perancangan bagi memajukan gugusan itu sentiasa ada demi memastikan kesejahteraan hidup rakyat di sekitar kawasan berkenaan.

“Perancangan masa depan untuk gugusan ini sentiasa ada dan kita mahu pastikan Gugusan Manjoi terus membangun seperti kawasan lain,” katanya.

Note: huhuhu.. Teman pulak rasa kelakar baca part yang  kumpulan rock lagenda tanah air SYJ.. Errr.. SYJ tu bukan maharajalawak punya peserta tu ke?????  Ke teman yang silap?? Huhuhu..  

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

JOM CANTIK & KURUS DENGAN 
PANACEA BEAUTY

Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 


Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. Cepatt.. 
KLIK

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page

Related Posts

3 ulasan:

٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥
adik2, kakak2, abg2, ibu2, bapak2, pakcik2, dato2, tan sri2, maceh sebab sudi singgah n follow, meh lea komen sekali yea.. u olz mmg da gajus eh silap da gojes in da world lah! thanxxxx.. muah3 100000000000X buat u olz...!
٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ ٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥

nuffy2

GA New