Langkau ke kandungan utama

DAYANA NAFI TULIS PUISI UNTUK ASHRAF, PENULIS SEBENAR ADALAH ANA HAWANA


semua itu fitnah.. kata Ashraf.. last2.. huh..


saat hari bahagia mereka berdua..

Wanita yang bernama Wan Sakinah yang kini sah menjadi isteri kedua Ashraf.. 

ketika berita panas mula tersebar..


hemm.. yekewww.. bestu skrg  pe citer?

 Haii semua.. sorry lama x buka blog ni, entri DOA HARIAN RAMADHAN yg lepas2 ni teman buat autopublish jea sebenarnya..  insyAllah hari ni teman nak blogwalking sikit mana2 yg singgah n komen sini.. hee.. thanx semua.. puasa korang acane? ada yang dah terskip' kah? heee.. 


masa ni rasa  happy jea tengok diorang kan..

okeylah, hari ni teman nak menyingkap kisah pasangan suami isteri yang story mereka Hot didada akhbar ketika ni.. sebelum tu.. korang masih ingat lagi tak masa mula2 berita ni mula bergoncang hari tu..? Ashraf menafikan bulat2 semuanya seolah2 benar cerita tentang skandal tu hanya fitnah saja.. namun di pengakhirannya terjadi disebaliknya.. rasa tertipu tak korang? sesungguhnya pelakon memang pandai berlakon disebabkan itu orang biasa takkan pilih pelakon jadi pasangan hidup.. namun tak semua pelakon begitu.. cuma kebanyakannya jelah.. sorry kalau ada yg terasa..


Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand

baru2 ni gempar citer Ashraf mengaku berkahwin lain di Thailand.. namun kelihatan Dayana hanya buat biasa2 aje masa di mahkamah hari tu.. siap berpegangan tangan lagi dgn suaminya si Ashraf tu.. ( or.. Ashraf yg tarikh tangan dia untuk bawak keluar dari mahkamah tu bg mengelakkan dayana membuat apa2 ulasan selepas hal tersebut terjadi? wallahualamm..) kesian Dayana..

tiba2 semalam kecoh pulak ada puisi hasil nukilan Dayana terpampang di Facebook, kononnya hasil nukilan Dayana.. masalahnya, benarkah hasil tulisan Dayana? hari ni pulak ada berita mengatakan Dayana menafikan yg dia menulis puisi tersebut.. jom baca.. 


Noor Dayana nafi tulis puisi untuk Ashraf Muslim - Satu nukilan puisi yang terpapar di laman utama Facebook Noor Dayana telah tersebar secara meluas di blog-blog dan portal hiburan sekitar petang Khamis.

Ramai menyangka, puisi berkenaan telah ditulis oleh Noor Dayana sendiri dan ditujukan kepada suami sebagai sindiran dan luahan kekecawaannya, namun anggapan mereka semua salah.

Puisi itu sebenarnya ditulis oleh orang lain dikenali Ana Hawana yang ternyata bersimpati dengan Noor Dayana kerana telah dikhianati suami sendiri dengan berkahwin perempuan lain tanpa pengetahuannya.


Berikut ialah isi kandungan nukilan puisi sedih yang terpapar di laman utama Facebook Noor Dayana. Walaupun, puisi ini bukan hasil nukilan Dayana sendiri namun teman  tetap tersentuh dan bersimpati. 

Sucinya aku, kau miliki ketika di Mekah..
aku terima kekurangan kau kerana Allah


tumpang sedih atas berita ni, tabahkan hati yea Dayana.. xtaulah apa tindakan Dayana selepas ni.. relakah dirinya dimadu? hemm.. buat para isteri.. moga dijauhkan dari suami yang menduakan.. (idung belang teman panggil lelaki rupa ni.. cukup2 x berkenan denagn menda2 macam ni.. aish.. ter emo le plak..  STOP!!

Ulasan

  1. sangat bersimpati dengan dayana.... :(

    BalasPadam
  2. kesian Dayana...berat mata memandang,berat lagi bahu memikul
    http://akakdisebalikpintu.blogspot.com/2013/07/tipu-cara-ashraf-muslim.html

    BalasPadam
  3. dari smlm dah agak akan ada statement yg puisi tu bkn dari Dayana. Hihi... bertebaran dah kat FB, blog, i.gram segala dah puisi tu.

    BalasPadam
  4. ceciter, mana ada perempuan2 dalam dunia sama ada yang pertama ke, yang kedua ke, yang ketiga yang nak bermadu dan dimadukan....hu hu hu... mungkin mereka ada cerita yang tak tersingkap dan mungkin ada cerita yang kita tak tau... (wah macam bunyi nak defend jer teman...ekekekeeke....) apa2pun, kita doakan yang baik2 ajerlah...

    BalasPadam
  5. tunggu je kenyataan rasmi dari pihak dayana dan ashraff :) selamat berpuasa teman :)

    BalasPadam
  6. sangat2 simpati..apa2 pun, dayana tetap tak bersalah sebab dia first wife..

    *tmbah duit tabung akk sekali..

    BalasPadam
  7. salam kenal ... done follow u ... no 1022

    BalasPadam
  8. Kakak pun wanita dan isteri org dapat merasa apa yg Dayana rasai. Tapi salutelah Dayana sgt tenang walau dlm hati dia kita tak tahu. Yg isteri ke dua kena sedar dia berkongsi suami tak boleh konker sendiri.

    BalasPadam
  9. salam kenal.. tq follow alycia.. follow u too ;)

    BalasPadam
  10. ntah akak pun geram, masa aritu beria2 ckp fitnah lah itu lan ini lah, tup2 dh nikah kt thailand lak tu, tgk muke mcm beriman gitu kan tp ikut suke jugak... takkan sbb zuriat kot, baru 2thn lbh diaorng kawin ada yg sampai 10thn kawin takde anak ok lg msh blh setia... manusia mmg gitu kot dik

    BalasPadam
  11. haii dear...tq sudi singgah umah saya...kiter dah follow dah...hmmm x tahulah nak kata pasal perkahwinan diorg nie...x tahu siapa yg salah...dan bersalah...hanya diorg yg tahu kott...

    BalasPadam
  12. moge mereke bertige bahgia.. tu je doa saye.. amin..

    salam kenal dari fifi..

    BalasPadam
  13. kesiannya kt dayana.. hurmm itulah nasib seorang perempuan

    BalasPadam
  14. ok dh follow.. tq sbb jd my 7th follower.. huhu.. baru 7.. i ok jew..

    BalasPadam
  15. sana sini citer diorg ni kan... ;)

    BalasPadam
  16. Semoga DAyana lebih tabah melaluinya di bulan ramadhan yg mulia ini ...

    BalasPadam
  17. Remuk redam hati.. Ya Allah, jauhi aku dari ujian berat mcm ni.. ∩__∩

    BalasPadam
  18. Simpati dgn dayana.tuhan yg tahu hatinya kini.

    BalasPadam
  19. Beginilah nasib kita perempuan, lelaki ni kalau dah ada keinginan nak kawin lagi tak usahlah dilarang dirayu, semua tak makan.

    Semoga dayana tabah.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI

  RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI Bahan (Sos): - 3 biji bawang merah - 5 ulas bawang putih - Cili padi merah & hijau - 1/2 inci halia muda - 3 batang akar ketumbar - 3 sudu Palm sugar/brown sugar - 1/2 kiub ayam - 3 sudu sos ikan - 1 sudu serbuk limau nipis - 3 biji limau nipis (ambik jus) - Daun ketumbar (hiris) Bahan (Sotong & inti): - Sotong (perap dengan 1/2 biji lemon & 1 sudu olive oil selama sejam - 2 biji kentang (lenyek & rebus) - 1 mangkuk kecil ayam kisar - 1 biji bawang besar (dadukan) - 3 ulas bawang putih (cincang) - 3 sudu sos tiram - 1/2 kiub ayam - Lada hitam - Daun bawang (hiris halus) Cara penyediaan: 1. Blend bawang merah, bawang putih, cili padi, halia & akar ketumbar. 2. Masukkan bahan blend tadi & masukkan air, palm sugar/brown sugar, sos ikan & kiub ayam. 3. Rebus sehingga likat. Tutup api & masukkan serbuk limau nipis, limau nipis & daun ketumbar. Siap sos. 4. Tumis bawang merah, bawang putih. 5. Masukkan ayam kis...

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR Haaaa.. Entri kali ni TB buat khas buat sahabat teman si 3 suku tu.. Kasih namanya.. anaknya yang hensem bernama Fahri tu suka sangat dengan Dinosaur ni.. Fahri suka panggil "Dino" nama pendek haiwan ni.. Hehehe..  Dah banyak koleksi Dino Fahri kumpul.. Dari Dino saiz kecik hinggalah ke saiz besar, dari yang jenis keras hinggalah ke jenis lembut, siap boleh bergerak-gerak, dan ada bunyi-bunyi lagi..  So, kali ni TB nak tujukan entri ni untuk Kasih dan Fahri.. haha.. korang tengok dan baca tau! hahahaha..  Nama Dinosaur Beserta Gambar  Haaa.. Korang pernah tengok Dinosaur kan? Maksud TB tengok kat Movie la, bukan yang real.. haha.. TB suka tengok Filem kisah Dinosaur ni, macam Jurassic Park tu ke kan.. kartun Dinosaur pun TB sukaaa.. haha.. Antara kartun yang TB suka The Good Dinosaur.. Si Arlo yang bertengkuk panjang tu.. hehehe.. Comel sangat... Jenis ni dipanggil  Brontosaurus tau.. Tapi sebenarnya ...
  Resepi Ketam Masak Pedas Ala Thai Bahan-bahan :- -Ketam -1 Batang Serai (saya blend sekali dgn bwg) -10 keping Daun limau purut -Daun Ketumbar -Cili api (saya tak guna pun) -Bawang Merah blend -Bawang Putih blend -Halia blend -Asam Keping -2 Sudu Serbuk Kari -3 Sudu Cili Giling -2 Sudu Cili Thai (saya guna kiub tomyam maggi) -Gula & Garam sedikit Cara Memasak :- -Rebus ketam -Air rebusan ketam jangan buang, sebab nak diguna sebagai kuah nanti -Panaskan minyak -Masukkan bahan blend dan serai hingga naik bau -Masukkan cili giling dan kari hingga pecah minyak, kemudian Paste cili thai. -Dah pecah minyak masukkan Air rebusan ketam tadi ikut suka byk mana -Masukkan asam keping, gula dan garam. -Masukkan ketam, daun ketumbar dan daun limau purut. -Dah mendidih, tutup api dan tutup periuk, biar bau dan rasa masakan tadi sebati -Enjoyyy Kredit Resepi : mahfuzah ami n