Langkau ke kandungan utama

RAHIM HANYA SATU, TIADA GANTI..

RAHIM HANYA ADA SATU..TIADA GANTI LAGI..JAGALAH IA SEBAIKNYA......
Assalammualaikum.. hari ni teman rasa nak share tentang artikel or info ni buat tatapan rakan blogger semua.. x kira blogger lelaki or blogger wanita?. Masing2 patut baca ni.. teman sendiri pun baru terbaca artikel ni, itupun setelah terjumpa di wall sahabat teman.. perkongsian yang berharga bagi teman..

 thanx buat sahabatku NuruL sebab sudi share info2 berguna ni bersama kawan2 yang lain serta teman sendiri.. Tak pasti nurul jumpa artikel/info ini dimana tapi teman terpanggil untuk Jadikannya sebuah entri dan share bersama korang semua.. terutamanya blogger wanita Supaya kita  tahu apa yang kita x tahu selama ni, supaya kita sedar apa yg kita x sedar selama ni, supaya kita amik berat apa yg kita anggap perkara remeh sebelum ni.. sama2 lah memanfaatkan ilmu yg kita dapat bersama ini.. Untuk adik2 yg belum mengerti apa2 pun bole baca.. untuk pengetahuan dimasa hadapan kelak.. Ilmu kan tiada batas.. Jom baca.. moga jadi info berguna buat kita2 semua... bissmillahirrahmanirrahim.. 

"Tiada sesiapa memahami sakit senggugut, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit mengandung, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit bersalin, sama ada normal atau ceaser, kecuali wanita.
Even dalam proses pecah dara pun, tiada siapa yang tahu sakitnya pecah dara, 
kecuali wanita.Bagitahu saya, adakah pengalaman2 yang mereka lalui ini terlalu enteng?
 Terlalu minimal? Terlalu sedikit?

Lalu berhakkah satu2 pihak mengatakan wanita berpantang ini hanya melalui salah satu proses yang BIASA? Tidak perlu dijaga? Tidak perlu dimanja? Tidak perlu berpantang?
"Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid."Sungguh tinggi darjat wanita.

Lalu mengapa ada wanita sendiri yang mengabaikan darjat yang disediakan untuknya?
Mengapa ada suami yang dengan senang-lenangnya melayan ibu di dalam pantang seperti hamba?Jangan hanya kerana sang ibu sudah boleh berjalan, boleh makan, boleh tersenyum, boleh ketawa, kalian menganggap dia kuat. Sedangkan kalian tidak dapat membayangkan bagaimana nyawa mereka dihujung jantung semasa meneran dan mengeluarkan bayi mereka di dewan bersalin. Sedangkan kalian tak tahu bagaimana perut mereka dilapah 7 lapisan, termasuk rahim dihiris, satu persatu demi menzahirkan seorang anak.Dan kepada wanita. Rahim anda hanya sebesar buah pear. Disitu anda melayan suami saban malam, mengeluarkan darah haid saban bulan, mengeluarkan bayi saban tahun. Sebiji buah pear, mengeluarkan seorang manusia?

Lalu, jika dapat difikir menggunakan akal, jika dapat dihisab menggunakan fikiran, betapa tenatkah rahim anda sekarang? Atau akan datang?
Maka, sayangilah rahim anda. Janganlah ditenatkan lagi rahim yang sudah bekerja keras setiap detik untuk anda. Berpantanglah.

Dan untuk suami yang menganggap ini semua perkara enteng. Bukan sesuatu yang enteng melahirkan anak yang tak tahu mengenang pengorbanan rahim seorang wanita, iaitu rahim ibu2 kalian. Jika tiadapun perasaan malu, sekurang2nya adalah sedikit perasaan kesian. Jika anda masih layak bergelar suami.
Ada sebab mengapa syurga di bawah tapak si pemilik rahim."

Lagi satu teman nak korang tengok.. video saat2 kelahiran baby.. kalau BERANI, klik kat link bawah ni untuk lihat video saat2 ibu2 melahirkan baby.. 
VAGINAL BIRTH (child birth)

err.. teman x berani tengok.. takott.. bagi yang sebijik penakot macam teman silalah klik Video kat bawah ni jea yea.. jangan risau.. bukan baby betul.. klik jea ok.. SEBELUM TU, KLIK PAUSE DEKAT LAGU BACKGROUND TEMAN ni.. baru feel tengok video nih.. heeee... 

Ulasan

  1. hello there..thanks for drop by at my blog... :)

    BalasPadam
  2. berpantang...hee insyaAllah nanti dah ada baby, cik siti akan berpantang.....^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yea.. bagus.. itulah yg sebaiknya.. pantang betui2 tau.. he2..

      Padam
  3. Jom buat kempen "Sayangilah Rahim Anda" hehe tapi nanti lelaki yg bernama Rahim perasan pulaks :p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihihi... ramai pulak lelaki nama Rahim menjeling kanggg... =p .. jom kempen jommm...

      Padam
  4. Balasan
    1. Makanya.. jom kita start jaga rahim kita.. klu kita x jaga, xde org lain pun nk jaga utk kita kan miza.. tuan punya diri lebih tau apa kesannya kelak.. so.. tepuk dada tanya selera.. heeee...

      Padam
  5. senggugut tak sama mcm sakit sembelit ok! hihi :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tau xpe.. bg kaum adam yg x pernah merasa senggugut ni jangan lea ingat ia sakit2 biasa hokeh.. hihihi

      Padam
  6. entry yg sgt menarik!!
    sgt bagus utk wanita2 muda skang..ramai yg tak berpantang sgt selepas bersalin..huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul.. klu teman.. insyaAllah teman nk pantang elok2 mcm org dulu2.. hope dipermudahkan segalanya.. aminnn

      Padam
  7. Assalamualaikum kak tengku. subhanallah. sheila mohon share juga yaaa :)

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum . terima kasih :) entri yang best . nak share ya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam.. thanx yunk.. ok.. share aje.. moga manfaat buat semua..

      Padam
  9. mama pernah terbaca entry ni, tah bila ,lupe.. bagus sangat.. sedih pun ada..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan.. teman baru terbaca semalam.. itupun dkat wall fb sahabat teman, selamz ni teman x pnh nk amik kisah sgt dgn dgn hal2 mcm ni.. rupanya adz impak besar klu di remeh temh kan..

      Padam
  10. sobsss....
    teringat saat bertarung nyawa untuk Nuqmans =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yea.. pasti itu kenangan yg xkan dilupakan bg setiap ibu yg melahirkan.. kan..

      Padam
  11. Thanx semua yg singgah sini n baca entri serta komen disini.. teman udah kunjungbalas korang lik..

    BalasPadam
  12. sememangnya lelaki wajib menghormati wanita kan kan kan....

    BalasPadam
  13. Infοгmative articlе, totally ωhаt I wanted tο find.


    Mу weblog; foreign tгaνel;safe travel; (ilioi4senat.com)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI

  RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI Bahan (Sos): - 3 biji bawang merah - 5 ulas bawang putih - Cili padi merah & hijau - 1/2 inci halia muda - 3 batang akar ketumbar - 3 sudu Palm sugar/brown sugar - 1/2 kiub ayam - 3 sudu sos ikan - 1 sudu serbuk limau nipis - 3 biji limau nipis (ambik jus) - Daun ketumbar (hiris) Bahan (Sotong & inti): - Sotong (perap dengan 1/2 biji lemon & 1 sudu olive oil selama sejam - 2 biji kentang (lenyek & rebus) - 1 mangkuk kecil ayam kisar - 1 biji bawang besar (dadukan) - 3 ulas bawang putih (cincang) - 3 sudu sos tiram - 1/2 kiub ayam - Lada hitam - Daun bawang (hiris halus) Cara penyediaan: 1. Blend bawang merah, bawang putih, cili padi, halia & akar ketumbar. 2. Masukkan bahan blend tadi & masukkan air, palm sugar/brown sugar, sos ikan & kiub ayam. 3. Rebus sehingga likat. Tutup api & masukkan serbuk limau nipis, limau nipis & daun ketumbar. Siap sos. 4. Tumis bawang merah, bawang putih. 5. Masukkan ayam kis...

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR Haaaa.. Entri kali ni TB buat khas buat sahabat teman si 3 suku tu.. Kasih namanya.. anaknya yang hensem bernama Fahri tu suka sangat dengan Dinosaur ni.. Fahri suka panggil "Dino" nama pendek haiwan ni.. Hehehe..  Dah banyak koleksi Dino Fahri kumpul.. Dari Dino saiz kecik hinggalah ke saiz besar, dari yang jenis keras hinggalah ke jenis lembut, siap boleh bergerak-gerak, dan ada bunyi-bunyi lagi..  So, kali ni TB nak tujukan entri ni untuk Kasih dan Fahri.. haha.. korang tengok dan baca tau! hahahaha..  Nama Dinosaur Beserta Gambar  Haaa.. Korang pernah tengok Dinosaur kan? Maksud TB tengok kat Movie la, bukan yang real.. haha.. TB suka tengok Filem kisah Dinosaur ni, macam Jurassic Park tu ke kan.. kartun Dinosaur pun TB sukaaa.. haha.. Antara kartun yang TB suka The Good Dinosaur.. Si Arlo yang bertengkuk panjang tu.. hehehe.. Comel sangat... Jenis ni dipanggil  Brontosaurus tau.. Tapi sebenarnya ...
  Resepi Ketam Masak Pedas Ala Thai Bahan-bahan :- -Ketam -1 Batang Serai (saya blend sekali dgn bwg) -10 keping Daun limau purut -Daun Ketumbar -Cili api (saya tak guna pun) -Bawang Merah blend -Bawang Putih blend -Halia blend -Asam Keping -2 Sudu Serbuk Kari -3 Sudu Cili Giling -2 Sudu Cili Thai (saya guna kiub tomyam maggi) -Gula & Garam sedikit Cara Memasak :- -Rebus ketam -Air rebusan ketam jangan buang, sebab nak diguna sebagai kuah nanti -Panaskan minyak -Masukkan bahan blend dan serai hingga naik bau -Masukkan cili giling dan kari hingga pecah minyak, kemudian Paste cili thai. -Dah pecah minyak masukkan Air rebusan ketam tadi ikut suka byk mana -Masukkan asam keping, gula dan garam. -Masukkan ketam, daun ketumbar dan daun limau purut. -Dah mendidih, tutup api dan tutup periuk, biar bau dan rasa masakan tadi sebati -Enjoyyy Kredit Resepi : mahfuzah ami n