Nuff

15 September 2014

CEGAH DARI TERKENA BISA CHARLIE / ROVE BEETLE

Haii.. tetiba lak nak tahu lebih lanjut pasal si Charlie ni.. ni semua gara-gara Blogger Eyma Lydia yang mengadu terkena asid Charlie di wajahnya... kat atas dahi Eyma kot rasanya.. tak ingat dah.. lama dah Eyma post pasal ni.. 
Cuma baru2 ni lak teman nak tahu lebih lanjut pasal Charlie ni lepas tengok ada kawan post gambar diatas bersama seorang baby yang terkena bisa asid Charlie ni.. seram tengok gambar baby tu, kesiaan sangat2 tau, so, teman taknak letak gambar baby tu kat sini.. korang google lea sendiri ye..

tQ buat Eyma (pemilik blog http://www.eymalydia.com/ ) sebab buat teman mengenal si Charlie ni, kalau tak teman sendiri taktau apokobondo eh Charlie ni.. Serius, teman baru 1st time dengar nama Charlie ni dari Facebook Eyma la.. kalau tak, bukan takat nama, jumpa pun tak pernah.. taktau rupa mana si Charlie ni.. or..

Maybe pernah jumpa tapi anggap i serangga biasa aje.. bila tanya kat hubby teman, dia kata dia pernah kena, bengkak tangan dia katanya.. Aishh.. nampaknya teman ketinggalan jugak kali ni.. heee.. tapi takpe.. teman masih yakin yang ada diantara kita diluar sana (yang tengah baca entri ni, masih tak kenal siapa Charlie itu.. heee) apa-apa pun jom baca dan lihat gambar camne rupa si Charlie ni, at least kalau terserempak, korang tau apa nak buat kan.. 
Rove Beetle atau nama lain Charlie sangat beracun (Racun Charlie bersamaan dengan 12 kali ganda racun Cobra) . Orang Melayu panggil SEMUT SEMAI / SEMUT KAYAP. Terdapat lebih kurang 47,000 jenis spesis untuk serangga ini. Saiznya yang kecil kurang 1cm. Charlie kebanyakkan dijumpai di padang padi, padang sekolah dan hutan. 

Charlie dewasa boleh hidup sehingga 40-60 hari.
Di bawah sayap keras ini terdapat sepasang sayap lutsinar yang dilipat kemas. Selalunya, kumbang ini kelihatan merangkak dengan pantas di kawasan sekeliling dengan menyembunyikan sayapnya dan sekali pandang ia lebih menyerupai semut. Apabila diganggu kumbang ini akan menaikan bahagian abdomen supaya kelihatan seperti kalajengking untuk menakutkan musuh.
Cecair hemolimf yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) kumbang ini mengandungi toksin sentuh haiwan yang paling berbisa di dunia.
Toksin ini dikenali sebagai 'pederin' (C24 H43 O9 N) dinamakan dalam tahun 1953. Ia mempunyai tahap keracunan 12 kali lebih tinggi daripada venom ular tedung. 
Kumbang rove yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih lagi mempunyai ketoksinannya. 
Persentuhan dengan kumbang ini semasa bergerak atau tidur, menghancurkannya pada badan atau mengosok dengan jari yang kotor akan menyebabkan konjunktivitis dan penyakit kulit yang teruk yang dikenali sebagai 'dermatitis linearis', 'paederus (kumbang rove/ staphylinidae) dermatitis', 'whiplash dermatitis' dan sebagainya. *Rujuk Gambar di Bawah*

Waduh.. macam tu kesannya kalau terkena asid Charlie ni yea.. memang nampak berbisa tu.. mesti gatal tu kan.. kalau garu, tu yang jadi macam tu kot.. So, untuk mengelakkan kita dari terkena benda yang sama, lebih baik mencegah daripada mengubati kan..

Kesukaan Charlie ialah :
Tertarik pada cahaya lampu waktu malam. 

Cara-Cara untuk mengelak Charlie dari mendekati kita :
  • Oleh kerana kumbang ini tertarik kepada cahaya pada waktu malam, tutup atau kurangkan penggunaan lampu dan tutup semua pintu / tingkap semasa epidemik kumbang tersebut. 
  • Gunakan jaringan nyamuk yang halus, semburan aerosol serangga, perangkap berpelekat dan sebagainya. *guna aerosol itu payah sikit. dia susah mati sebab dia lasak* 
  • Jangan duduk berhampiran dengan cahaya/ lampu, jangan memukul kumbang yang terdapat pada badan, cuma hembus/ tiup untuk menghindarinya. 
  • Jika tersentuh dengan kumbang ini, basuh segera kawasan yang bersentuhan dengan sabun dan air. KALAU ADA RASA GATAL OR SUSPEK GATAL-GATAL PI MANDI TERUS.
  • Letak bedak biar dia kering, tangan tu jangan menggatal pergi mengurut / mengusik / menggaru or sewaktu dengannya.
  •  Sesiapa yang mengalami alahan kulit yang teruk mestilah mendapat rawatan perubatan.
Yang Charlie Tak Suka ialah :
* ubat gegat tahu? Ala, yang macam mentos tu lerr. Bau dia busuk kan? Mmg betul, elakkan ubat gegat tu terkena cahaya matahari. Kalau kena cahaya matahari,habis bau ubat gegat bilik korang nanti. *

TIPS - TIPS untuk menyelamatkan diri daripada Charlie ~
  • Sebelum tidur, make sure katil korang "clear" daripada Si Charlie.
  • Kalau Charlie masuk bilik, buat cool sudah, jangan kecoh, tutup lampu untuk 10-15 minit. Pintu & tingkap make sure buka biar dia keluar bilik. 
  • Kalau jumpa Charlie singgah dekat badan, jentik je, jangan menjerit / pukul sampai penyek, sebab Charlie rasa tergugat kalau dengar bunyi bising ( jeritan ) and dia akan terus sengat. Kalau pukul sampai penyek, bila abdomen dia pecah, BISA dia akan mengalir di badan kita. Mulalah penyakit gatal sana sini. 
PLEASE TAKE NOTE : CHARLIE SEBENARNYA TAKDE MASALAH, TAK MEMBAWA MUSIBAH, DIA MENJADI BAHAYA BILA BAHAGIAN ABDOMEN YANG MENGANDUNGI HAEMOLIF AKA RACUN TU PECAH & RACUN TU LEKAT DEKAT KULIT KITA. 

KEPADA SESIAPA YANG DAH TERKENA GIGITAN CHARLIE ITU, NAK BUANG PARUT CHARLIE, DISINI TEMAN SHARE KAN LIST UBAT-UBAT YANG BERKESAN :) (info dari Blogger Min)

UNTUK HILANGKAN PARUT :

CALAMINE CREAM 
*BELI DI PHARMACY*
ALOE VERA GEL ( FRUIT OF EARTH )
*BOLEH DIDAPATI DI GUARDIAN / WATSONS BERHAMPIRAN*
YOGURT NATURAL 
*APA-APA JENAMA BOLEH DIGUNA TAPI MAKE SURE DIA ASLI , JANGAN BELI YANG BERPERISA*

*SELAIN MENGHILANGKAN PARUT, YOGURT BOLEH DISAPUKAN DI MUKA UNTUK DIJADIKAN MASK & MENGALUSKAN KULIT MUKA *


TERKENA GIGITAN / SENGATAN / RACUN SERANGGA :

FUCICORT

GENTAMICIN

Terima kasih buat Blogger Min kerana entri beliau telah memberi bermacam2 tips dan info tentang si Charlie ni.. lepas dah baca, semakin berhati2 nak pastikan tempat tido dan kawasan dalam umah bersih sebelum duduk dan tidur.. 

Credit To :

Related Posts

46 ulasan:

  1. assalamualaikum TB...bahaya juga si charlie ni...

    BalasPadam
  2. bahayanya charlie ni..tq ya share

    BalasPadam
  3. charlie ni kalau kena macam terbakar je, takde la sampai gelembung2 tu... tapi kalau boleh, elakkan laa, sebab kulit manusia ni lelain kan kak butang, ada yang macam sensitif sangat....

    BalasPadam
  4. Aduh.. anak akak pun penah kena di muka. Anak pula g6pd. so x leh sesukq hati ambk ubat tqhan sakit. So doc bg ubat sapu and then observe jika makin teruk. ingat melepuh kena air panas..rupa2nya charlie punya penangan. Bila dah kering, akak sapukan vit e shaklee+ cocoa butter oil beli di pharmacy. Alhamdulillah..bekas takde dah skrg di muka.

    BalasPadam
  5. terima kasih atas info ni... kakak sy.. n husband dia kne gigit.. n ank dia yg baru 7month pon da terok kt mukaa.bby ni.. bari dpt info. thankz ya

    BalasPadam
  6. kat mrsm kota putra ni banyak ngat...wak lex wak peace!!

    BalasPadam
  7. Sengat die sgt serius pada kawasan kulit lembut dan berlemak..akan jadi mengelembung dan berair bile atau die akan melepuh mcm kne air panas. Kalau pd kawasan yg kurg lembut effect die hanya merah dan pedih je. Tapak tgan dan tapak kaki antara kawasan yg xde effect pd racun die..so boleh pijak begitu sahaja tp die mmg lasak sush nak mati..

    BalasPadam
  8. Saya baru kena semalam ni area muka. Erghh sakit hatii betoii. :((

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya sapu pada anak butter cocoa oil + vit E shaklee. boleh baca di SINI. http://azlinahamdanstory.blogspot.my/2014/11/tak-sanggup-tengok-muka-di-cermin-gara.html

      Padam
  9. saya baru kena semalam..arini baru nampak kesan.mcm mna nk buat ni??

    BalasPadam
  10. saya kena 1 badan dgn muka..hampehh betoi si carlie ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun kena byk bahagian.. cuma muka jer tak kena..

      Padam
  11. Ada sapa2 tahu x. Nak hilangkn kesan parut Charlie ni

    BalasPadam
  12. Ada sapa2 tahu x. Nak hilangkn kesan parut Charlie ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. shuada.. boleh baca ni.. ini yang akak buat untuk hilangkan parut charliepada muka anak akak. http://azlinahamdanstory.blogspot.my/2014/11/tak-sanggup-tengok-muka-di-cermin-gara.html

      Padam
    2. Salam..pkai apa yer sis..nk hilang kn kesan charlie tu..muka,dgn tgn sy lebam2..

      Padam
    3. saya sapu pada anak butter cocoa oil + vit E shaklee. boleh baca di SINI. http://azlinahamdanstory.blogspot.my/2014/11/tak-sanggup-tengok-muka-di-cermin-gara.html

      Padam
  13. Baru je kena 2 hri lepas. Melepuh macam kena api di muka sampai ke dada. Ini angkara tidur buka tingkap sebab musim panas. Kena air pun pedih. Kalau perempuan yang terkena memang memalukan sebab kesannya huduh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya sapu pada anak butter cocoa oil + vit E shaklee. boleh baca di SINI. http://azlinahamdanstory.blogspot.my/2014/11/tak-sanggup-tengok-muka-di-cermin-gara.html

      Padam
  14. Mmg pernah jumpa beberapa kali dlm bilik saya..
    Nasib baik la.. tak pernah pukul..mmg ada 5 kesannya kat badan..
    Baru tahu namanya semut Charlie馃槮馃槮
    Sakitnya mmg berdenyut2 馃槫馃槫

    BalasPadam
  15. Mmg pernah jumpa beberapa kali dlm bilik saya..
    Nasib baik la.. tak pernah pukul..mmg ada 5 kesannya kat badan..
    Baru tahu namanya semut Charlie馃槮馃槮
    Sakitnya mmg berdenyut2 馃槫馃槫

    BalasPadam
  16. Mmg pernah jumpa beberapa kali dlm bilik saya..
    Nasib baik la.. tak pernah pukul..mmg ada 5 kesannya kat badan..
    Baru tahu namanya semut Charlie馃槮馃槮
    Sakitnya mmg berdenyut2 馃槫馃槫

    BalasPadam
  17. Akak pun rasanya terkena.. Xtahu bila terkena tapi kulit jadi mcm tkena air panas gitu.. Heran juga mula2.. Then terjumpa Charlie.. Hmmm sah terkena charlie Tp xtahu bila.. Heeee

    BalasPadam
  18. Akak pun rasanya terkena.. Xtahu bila terkena tapi kulit jadi mcm tkena air panas gitu.. Heran juga mula2.. Then terjumpa Charlie.. Hmmm sah terkena charlie Tp xtahu bila.. Heeee

    BalasPadam
  19. Akak pun rasanya terkena.. Xtahu bila terkena tapi kulit jadi mcm tkena air panas gitu.. Heran juga mula2.. Then terjumpa Charlie.. Hmmm sah terkena charlie Tp xtahu bila.. Heeee

    BalasPadam
  20. Charlie ni binatang paling gampang dlm dunia ni, babi bgus lgi 馃槀

    BalasPadam
  21. Last sy kena bln mac..smpi masuk hspitl 6hari..melecur kat mulut,dlm mulut xleh mkn..kat 2,2tgn pun kena..smpi skng kesan lebam xhilang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya sapu pada anak butter cocoa oil + vit E shaklee. boleh baca di SINI. http://azlinahamdanstory.blogspot.my/2014/11/tak-sanggup-tengok-muka-di-cermin-gara.html

      Padam
  22. Last sy kena bln mac..smpi masuk hspitl 6hari..melecur kat mulut,dlm mulut xleh mkn..kat 2,2tgn pun kena..smpi skng kesan lebam xhilang..

    BalasPadam
  23. Ni dua hari berulang ke klinik kesihatan pasal charlie.. doktor bagi ubat berdasarkan simptom je

    BalasPadam
  24. Tq sesangat sbb share pasal si charlie ni huihhh seram mo

    BalasPadam
  25. Tq sesangat sbb share pasal si charlie ni huihhh seram mo

    BalasPadam
  26. charlie bru je hinggap di atas tangan sya lantas sya trus menghembus charlie itu...lpas saya baca blog ni .. sye trus mengikut langkah pencegahan charlie.tq sangat sbb share pasal charlie ini.

    BalasPadam
  27. charlie bru je hinggap di atas tangan sya lantas sya trus menghembus charlie itu...lpas saya baca blog ni .. sye trus mengikut langkah pencegahan charlie.tq sangat sbb share pasal charlie ini.

    BalasPadam
  28. Saya terkena gigitan chali di paha habis bengkak dan ada kembungan air bisa nak tanya boleh ka ia menanah dan macam mana nak hilangkan air bisa

    BalasPadam
  29. Sy dh bnyk kali kena,,asyik trkena jew,tido jew mlm mesti bgn pagi esk dh merah,,dlm umh nie asyik sy jew kna,kwn satu bilik xkena plk...pelik jgk dy...

    BalasPadam
  30. Nak tanya saya duduk condo tingkat 13 kenapa saya terjumpa 2 semut charlie. Dimana semut charlie suka membiak. Nak cari tempat dia membiak tapi tak jumpa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau umah saya tempat yg paling byk jumpa kat bilik air. Rasanya charlie suka tempat2 lembab

      Padam
  31. baru2 ni kena , selepas 2hari dia jd mcm nanah. dah tu sakit lg , nasib ade ubat beli dri farmasi

    BalasPadam
  32. Baru kena 2 hari lepas...sakit weiii...berdenyut...kat mata plok tu..hampeh punya charlie..tak perasan bila kena..rasanya masa tidoq mesti tertindih dia...huhuhuhu

    BalasPadam
  33. Bagus penulisan ni untuk alert kepada org awam cuma nak betulkan sedikit gambar yang mula2 tu bukan kumbang Charlie tetapi serangga dalam order Dermaptera atau earwig yang tak berbahaya seperti Charlie ;)

    BalasPadam
  34. Saya sarankn terus ke klinik. Dr akan bagi suntikan piriton/betamethasone untuk neutral kn kesan bisa dia. Dan cream vitamin E juga utk sapuan bg menghilangkan parut.

    BalasPadam
  35. Nampak macam harmless tapi bahaya betul semut charlie ni.

    BalasPadam

贍•●♥ 聘̵̡訙̵̨̄品 ♥●•贍·˙˜”*°•.·贍•●♥ 聘̵̡訙̵̨̄品 ♥●•贍·˙贍•●♥ 聘̵̡訙̵̨̄品 ♥●•贍·˙˜”*°•.·贍•●♥
adik2, kakak2, abg2, ibu2, bapak2, pakcik2, dato2, tan sri2, maceh sebab sudi singgah n follow, meh lea komen sekali yea.. u olz mmg da gajus eh silap da gojes in da world lah! thanxxxx.. muah3 100000000000X buat u olz...!
贍•●♥ 聘̵̡訙̵̨̄品 ♥●•贍·˙˜”*°•.·贍•●♥ 聘̵̡訙̵̨̄品 ♥●•贍·˙ 贍•●♥ 聘̵̡訙̵̨̄品 ♥●•贍·˙˜”*°•.·贍•●♥

GA New

Innity Mobile

nuffy2

BV2019 - 2