Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

30 September 2014

Tips Atasi Mata Letih

Tips Atasi Mata Letih |
Terlalu banyak menghabiskan masa di hadapan televisyen ataupun komputer mampu membuatkan mata kita penat dan lemah. Lebih teruk hingga ia menyebabkan mata kemerahan. Ini kerana, cahaya yang di pantulkan di skrin mampu membuatkan mata \ ‘terlebih fungsi’ dan akhirnya menyebabkan ia keletihan.
                        
Dibawah ni adalah beberapa cara dan trik yang boleh kita lakukan di saat berada di dalam situasi ini.

#1 – Sebaiknya, setiap 15 minit, rehatkan mata sekejap dengan kerdipkan mata beberapa kali atau alihkan pandangan buat seketika melihat sesuatu yang lebih luas dan kehijauan. Teknik ini akan membuatkan urat dan otot mata kita berehat dan mengelakkan dari kekejangan.

#2 – Pastikan skrin yang kita lihat itu mempunyai ketinggian ‘eye level’ atau rendah sedikit dari pandangan biasa kita. Elakkan daripada melihat skrin yang terlalu tinggi kerana ia boleh menyebabkan ketegangan saraf pada bahagian mata serta leher.

#3 – Pejamkan mata seketika, urut lembut di kelopak mata dengan gerakan memutar selama 1-2 menit. Tekan bonjolan kelopak mata dengan perlahan menggunakan tiga jari dan tahan selama 2 saat. Ulangi teknik ini sekurang-kurangnya 5 kali. Tetapi harus di ingat, jangan buka mata secara mengejut ya! Kerana ia pasti akan memeningkan kepala kita dan besar kemungkinan menyakitkan bola mata. Sebaiknya, selepas lakukan urutan ini tunggu selama 3 saat atau rasa selesa kemudian baru buka mata.

#4 – Gosok kedua belah tapak tangan hingga terasa hangat. Kemudian tekapkan ia di kawasan kelopak mata yang terpejam. Hati-hati, jangan sehingga menekan bola mata pula ya. Setelah melihat kegelapan, geselkan semula tapak tangan dan tekapkan ia semula hingga beberapa minit.

#5 – Putarkan bola mata mengikut putaran jam kemudian lakukan arah sebaliknya. Lakukan putaran ini sebanyak 5 kali dan kedipkan mata setiap kali mengakhiri gerakan.

7 ulasan:

  1. Balasan
    1. kalau mata berair, tips dia lap dengan tisu la kot.. kekekeke

      Padam
  2. nice sharing awak..selalu gak mata ni letih sbb tgk skrin komputer dari pagi hingga petang. but in between tu, take a rest for a while sbb dah terlalu letih sampai mengantok dibuatnya..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. ho.. tak boleh tu awak.. jangan paksa sangat mata tu.. dia pun nak rehat macam kita.. ehehehehe..

      Padam
  3. thanks for sharing...kalau mata ciksiti ni letih, tutup ja mata selama 7 jam...terus jadi fresh...hee

    BalasPadam

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers