Langkau ke kandungan utama

KISAH RASULULLAH S.A.W DAN BUAH LIMAU


::KISAH RASULULLAH S.A.W DAN BUAH LIMAU::

"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. 

Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. 

Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." 

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

* Kita hendaklah menghargai pemberian orang lain walaupun pemberian tersebut bukan kesukaan kita. Ucaplah terima kasih dan terimalah dengan hati yang ikhlas dan terbuka kerana setiap pemberian adalah rezeki daripada Allah *

he2.. ekceli, teman memang dah kecur liur baca ayat "limau masam" tu.. yelea.. terbayang masam macam mana yang Rasullah S.A.W. rasa.. kalau teman yg makan limau masam tu.. srpppppp (tgh citer pun air liur kecur2 nii.. masammm..) tak cover2 dah.. memang tersepet2 mata teman..heee... 

Ulasan

  1. Subhanallah. Indahnya akhlak Rasulullah kan. KIta ni, kalau tak berkenan cepat je buat muka..kadang tu muka takde feeling je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha a kan.. kita ni kadang x pandai nak control.. hu3

      Padam
  2. Thanks for the share...btul tu...hargailah pemberian org...

    BalasPadam
    Balasan
    1. welcome dear.. klu x suka amik jea untuk jaga hati org tu.. jgn depan2 dia kita tolak kan? jatuh lea air muka dia..

      Padam
  3. Assalamualaikum kak tenku. allahuakbar! baik sungguh pekerti Rasullullah. semoga menjadi ikhtibar buat kita semua >____________<

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalalikumsalam sheila.. =)

      mudaha-mudahan jd ikhtibar utk kita semua.. amin..

      Padam
  4. thanks for sharing. betul tu, kita hargai apa saja pemberian dari org lain. barulah bersyukur namanya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup.. apa pun yg kita terima kita kena hargai tand akita bersyukur..

      Padam
  5. nice sharing dan farah suka maksud hidden dari situ... *_^

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum...Akhlak rasulullah penuh hikmah! Salam ziarah ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam.. akhlak Rasullah memang patut dicontohi kita semua ..

      Padam
  7. betul tu.... terimalah setiap pemberian dgn ikhlas... :')

    BalasPadam
  8. betullah . senyum dan ucap terima kasih walaupun dalam hati , alamak !

    BalasPadam
    Balasan
    1. heee.. teman teringat temsn ni.. pernah gak ada member kasi limau, teman makan depan dia.. adoii.. disebabkan teman n dia dh biasa ckp lepas.. teman pun sebut masyaamaammmmm! sambil muka kerut2.. heee..

      Padam
  9. itulah..dah dapat tu pun kira bersyukur..moga diri saya ni terkesan dengan cerita ini..hehe..

    BalasPadam
  10. hehe. nanti nak test calon suami dengan bagi limau masam lah. voleyyy? ahaha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahahahaha.. idea yg bagus tuuu.. hooo.. noti yea dia nii.. hik3

      Padam
  11. selalu baca kisah ni untuk peringatan diri sendiri.. terima kasih sebab sudi ingatkan teman lg sekali.. :)

    BalasPadam
  12. susah nak jumpa org yg boleh praktikkan semua yg Rasullah tunjukkan kan.. heee

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI

  RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI Bahan (Sos): - 3 biji bawang merah - 5 ulas bawang putih - Cili padi merah & hijau - 1/2 inci halia muda - 3 batang akar ketumbar - 3 sudu Palm sugar/brown sugar - 1/2 kiub ayam - 3 sudu sos ikan - 1 sudu serbuk limau nipis - 3 biji limau nipis (ambik jus) - Daun ketumbar (hiris) Bahan (Sotong & inti): - Sotong (perap dengan 1/2 biji lemon & 1 sudu olive oil selama sejam - 2 biji kentang (lenyek & rebus) - 1 mangkuk kecil ayam kisar - 1 biji bawang besar (dadukan) - 3 ulas bawang putih (cincang) - 3 sudu sos tiram - 1/2 kiub ayam - Lada hitam - Daun bawang (hiris halus) Cara penyediaan: 1. Blend bawang merah, bawang putih, cili padi, halia & akar ketumbar. 2. Masukkan bahan blend tadi & masukkan air, palm sugar/brown sugar, sos ikan & kiub ayam. 3. Rebus sehingga likat. Tutup api & masukkan serbuk limau nipis, limau nipis & daun ketumbar. Siap sos. 4. Tumis bawang merah, bawang putih. 5. Masukkan ayam kis...

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR Haaaa.. Entri kali ni TB buat khas buat sahabat teman si 3 suku tu.. Kasih namanya.. anaknya yang hensem bernama Fahri tu suka sangat dengan Dinosaur ni.. Fahri suka panggil "Dino" nama pendek haiwan ni.. Hehehe..  Dah banyak koleksi Dino Fahri kumpul.. Dari Dino saiz kecik hinggalah ke saiz besar, dari yang jenis keras hinggalah ke jenis lembut, siap boleh bergerak-gerak, dan ada bunyi-bunyi lagi..  So, kali ni TB nak tujukan entri ni untuk Kasih dan Fahri.. haha.. korang tengok dan baca tau! hahahaha..  Nama Dinosaur Beserta Gambar  Haaa.. Korang pernah tengok Dinosaur kan? Maksud TB tengok kat Movie la, bukan yang real.. haha.. TB suka tengok Filem kisah Dinosaur ni, macam Jurassic Park tu ke kan.. kartun Dinosaur pun TB sukaaa.. haha.. Antara kartun yang TB suka The Good Dinosaur.. Si Arlo yang bertengkuk panjang tu.. hehehe.. Comel sangat... Jenis ni dipanggil  Brontosaurus tau.. Tapi sebenarnya ...
  Resepi Ketam Masak Pedas Ala Thai Bahan-bahan :- -Ketam -1 Batang Serai (saya blend sekali dgn bwg) -10 keping Daun limau purut -Daun Ketumbar -Cili api (saya tak guna pun) -Bawang Merah blend -Bawang Putih blend -Halia blend -Asam Keping -2 Sudu Serbuk Kari -3 Sudu Cili Giling -2 Sudu Cili Thai (saya guna kiub tomyam maggi) -Gula & Garam sedikit Cara Memasak :- -Rebus ketam -Air rebusan ketam jangan buang, sebab nak diguna sebagai kuah nanti -Panaskan minyak -Masukkan bahan blend dan serai hingga naik bau -Masukkan cili giling dan kari hingga pecah minyak, kemudian Paste cili thai. -Dah pecah minyak masukkan Air rebusan ketam tadi ikut suka byk mana -Masukkan asam keping, gula dan garam. -Masukkan ketam, daun ketumbar dan daun limau purut. -Dah mendidih, tutup api dan tutup periuk, biar bau dan rasa masakan tadi sebati -Enjoyyy Kredit Resepi : mahfuzah ami n