Langkau ke kandungan utama

Wanita didakwa hina Agong dalam Facebook ditahan

Wanita didakwa hina Agong dalam Facebook ditahan
KUALA LUMPUR [4 JUN 2013]- Seorang suspek wanita yang dikatakan menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di laman Facebooknya, ditahan polis hari ini.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata wanita berumur 32 tahun itu ditahan di Taman Nirwana, Ampang di sini pada 9.30 pagi.

Tangkapan dilakukan bersabit dengan siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, katanya dalam satu kenyataan.

Polis turut meminta individu bernama Weennee Tan, Shuh Chien Loo, Hun Keat Wong dan Carol Tay untuk tampil membantu siasatan.

Terdahulu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam kenyataan berasingan berkata wanita berkenaan ditahan hasil kerjasama suruhanjaya itu dengan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia.

"Dia dipercayai menyembunyikan diri setelah beberapa laman blog menyebarkan identitinya," kata suruhanjaya itu yang turut meminta rakan-rakan suspek tampil membantu siasatan.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan suspek juga boleh didakwa menurut Akta Hasutan 1948, kata SKMM.

SKMM menegaskan suruhanjaya itu memandang serius penyalahgunaan media sosial untuk memuat naik kandungan serta komen berunsur menghina terutama melibatkan institusi diraja Malaysia.

Beberapa laporan polis dibuat selepas komen yang dilihat menghina Tuanku Abdul Halim tersiar di laman Facebook dan Twitter susulan titah Seri Paduka melalui televisyen sempena hari keputeraan ketua negara itu pada Sabtu. - Bernama

Ulasan

  1. dah xde kerja agaknya sampai nak menghina orang lain..hebat sangat ke dia..

    BalasPadam
  2. tu lea.. masalahnya hina Agong tu.. klu hina org biasa tu boleh dimaafkan lagi.. aduii.. nape lea sekarang macam2 y.. semua agak berani sgt..?

    BalasPadam
  3. haisshhh semalam bru baca kat blog mazidul..harap dia dapat pengajaran yang sepatutnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. 2 lea.. bahaya.. lagipun jangan main2 dgn Agong..

      Padam
  4. itu die le ...bile buat satu bende tu tak fikir dulu akibatnye.......

    BalasPadam
  5. Sbb mulut badan binasa...adoii kesian

    BalasPadam
    Balasan
    1. betull.. lain kali hati2 dulu sebeblum berkata2/text

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI

  RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI Bahan (Sos): - 3 biji bawang merah - 5 ulas bawang putih - Cili padi merah & hijau - 1/2 inci halia muda - 3 batang akar ketumbar - 3 sudu Palm sugar/brown sugar - 1/2 kiub ayam - 3 sudu sos ikan - 1 sudu serbuk limau nipis - 3 biji limau nipis (ambik jus) - Daun ketumbar (hiris) Bahan (Sotong & inti): - Sotong (perap dengan 1/2 biji lemon & 1 sudu olive oil selama sejam - 2 biji kentang (lenyek & rebus) - 1 mangkuk kecil ayam kisar - 1 biji bawang besar (dadukan) - 3 ulas bawang putih (cincang) - 3 sudu sos tiram - 1/2 kiub ayam - Lada hitam - Daun bawang (hiris halus) Cara penyediaan: 1. Blend bawang merah, bawang putih, cili padi, halia & akar ketumbar. 2. Masukkan bahan blend tadi & masukkan air, palm sugar/brown sugar, sos ikan & kiub ayam. 3. Rebus sehingga likat. Tutup api & masukkan serbuk limau nipis, limau nipis & daun ketumbar. Siap sos. 4. Tumis bawang merah, bawang putih. 5. Masukkan ayam kis...

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR Haaaa.. Entri kali ni TB buat khas buat sahabat teman si 3 suku tu.. Kasih namanya.. anaknya yang hensem bernama Fahri tu suka sangat dengan Dinosaur ni.. Fahri suka panggil "Dino" nama pendek haiwan ni.. Hehehe..  Dah banyak koleksi Dino Fahri kumpul.. Dari Dino saiz kecik hinggalah ke saiz besar, dari yang jenis keras hinggalah ke jenis lembut, siap boleh bergerak-gerak, dan ada bunyi-bunyi lagi..  So, kali ni TB nak tujukan entri ni untuk Kasih dan Fahri.. haha.. korang tengok dan baca tau! hahahaha..  Nama Dinosaur Beserta Gambar  Haaa.. Korang pernah tengok Dinosaur kan? Maksud TB tengok kat Movie la, bukan yang real.. haha.. TB suka tengok Filem kisah Dinosaur ni, macam Jurassic Park tu ke kan.. kartun Dinosaur pun TB sukaaa.. haha.. Antara kartun yang TB suka The Good Dinosaur.. Si Arlo yang bertengkuk panjang tu.. hehehe.. Comel sangat... Jenis ni dipanggil  Brontosaurus tau.. Tapi sebenarnya ...
  Resepi Ketam Masak Pedas Ala Thai Bahan-bahan :- -Ketam -1 Batang Serai (saya blend sekali dgn bwg) -10 keping Daun limau purut -Daun Ketumbar -Cili api (saya tak guna pun) -Bawang Merah blend -Bawang Putih blend -Halia blend -Asam Keping -2 Sudu Serbuk Kari -3 Sudu Cili Giling -2 Sudu Cili Thai (saya guna kiub tomyam maggi) -Gula & Garam sedikit Cara Memasak :- -Rebus ketam -Air rebusan ketam jangan buang, sebab nak diguna sebagai kuah nanti -Panaskan minyak -Masukkan bahan blend dan serai hingga naik bau -Masukkan cili giling dan kari hingga pecah minyak, kemudian Paste cili thai. -Dah pecah minyak masukkan Air rebusan ketam tadi ikut suka byk mana -Masukkan asam keping, gula dan garam. -Masukkan ketam, daun ketumbar dan daun limau purut. -Dah mendidih, tutup api dan tutup periuk, biar bau dan rasa masakan tadi sebati -Enjoyyy Kredit Resepi : mahfuzah ami n