Nuff

18 Februari 2013

MANGSA SEPAK TERAJANG.. (aduh.. kalau teman.. mintak maaf lea nak terima balik)


Nampak x Gamba kat atas ni? if suami atau BF korang rupa macam ni korang nak tak? eee.. seram kan.. klu udah garang mcm ni.. aish.. baik tinggai kan aje.. coz takut kita dijadikan tmpt dipukoi.. oh tidak..

Memang lea bila dh buat salah dia akan mintak maaf n xkan ulangi balik.. sambil tunjuk muka comel (comel sgt lea.. ) yg dia dh berubah.. betui ke dia berubah? huuu.. risau kalau org2 terdekat teman or kawan2 teman dpt laki mcm ni.. mintak dijauhkan lea.. pandai2 lea korang pilih calon suami yea.. hope selamat semua.. pepe pun jom baca artikel yg teman dapat dari HM ni.. seram klu suami kita mcm ni kan.. ! kesian popuan 2.. jadi mangsa dera.. hope laki 2 mndapat blsn sepatutnya! #bencikan kekejaman..

Kuala Lumpur: Hampir 20 peratus badannya terbakar akibat dibakar suaminya sendiri pada hujung tahun lalu. Namun, mangsa masih memaafkan suaminya itu dan menerimanya kembali selepas lelaki terbabit berjanji untuk bertaubat.
Namun, harapan suri rumah berusia 28 tahun itu untuk melihat suaminya berubah lebur apabila suspek terus menderanya dipercayai disebabkan cemburu.
Malah, dalam kejadian terbaru kira-kira jam 10.30 malam di rumah mereka di Kepong, di sini, Jumaat lalu, mangsa mendakwa dilibas dengan paip getah selain disepak terajang suspek berusia lingkungan 30-an itu menyebabkannya cedera di badan dan kepala.
Menyedari suaminya itu tidak akan berubah selain tidak tahan dijadikan mangsa belasahan, suri rumah terbabit akhirnya melarikan diri daripada rumahnya kira-kira jam 3 pagi kelmarin, sebelum tampil membuat laporan di Balai Polis Kepong, di sini.
Menurut sumber, lelaki berusia 30-an itu sudah diberkas pihak berkuasa di rumahnya selepas mereka menerima laporan berhubung kejadian itu.
Menceritakan lanjut mengenai kejadian berkenaan, sumber itu berkata, pasangan yang mendirikan rumah tangga sejak enam tahun lalu itu dianugerahkan seorang anak perempuan yang kini berusia empat tahun.
“Suspek dilaporkan sering mendera mangsa selepas usia perkahwinan mereka masuk ke tahun ketiga,” katanya.
Diminta mengulas jenis penderaan yang dilakukan suspek terhadap mangsa, sumber itu berkata, pada hujung tahun lalu, wanita malang itu bukan saja dipukul sebaliknya disimbah dengan petrol dan dibakar hidup-hidup.
“Hampir 20 peratus anggota badannya terbakar namun dia (mangsa) masih tidak membuat laporan polis kerana berharap suaminya itu akan berubah. Apatah lagi, selepas suaminya berjanji akan bertaubat,” katanya.
Menurutnya, mangsa bagaimanapun tampil membuat laporan di Balai Polis Kepong, di sini, selepas tidak tahan dibelasah dalam kejadian terbaru Jumaat lalu.
“Dalam kejadian itu, mangsa disepak terajang, kepalanya dipijak selain dilibas dengan paip getah di rumah mereka dipercayai disebabkan cemburu buta,” katanya.
Katanya, dalam laporan dibuatnya itu, selain mendakwa dirinya pernah dibakar dan dipukul, mangsa turut melaporkan bahawa anak perempuan mereka juga sering dipukul suspek biarpun tidak melakukan kesalahan.
“Mangsa kini melarikan diri dan berlindung di rumah keluarganya,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
Sumber Artikel HM--> disiarkan pada : 2013/02/1

Related Posts

7 ulasan:

  1. Dah kena bakar pun nak terima lagi..
    Sayang tak beragak....
    Kalau AJ pun, kau naik tangan sikit pun, AJ say byebye...

    BalasPadam
  2. erk.. kalau deno sori nak terima balik

    BalasPadam
  3. ish3..nauzubillah!

    mmg Islam soh is3 taati suami, tapi Islam tetapkan hak2 is3 aw...suami pkul skit kat muka pon xleh!

    aummmmmmmmmmmm.....

    BalasPadam
  4. AJ-->entah, nape lea bole sabar lg dgn suami mcm 2? eee.. seram kan..

    BalasPadam
  5. Deno-->sama lea kita.. mintak mahap leaa.. luka lama masih terasa wlupun luka dh kering sekalipun kan.. adoi.. nape lea popuan 2 baik hati sgt trima balik.. kesian dia..

    BalasPadam
  6. unimeow-->klu nk pukul ada caranya, pukul dgn kain.. itupun xleh kuat.. klu mrh sgt asingkan tmpt tido.. tp ini x.. diberi mkn kaki dia lak.. cian popuan 2.. hrp2 kita semua d jauhkan dari suami yg mcm ni.. kan..

    BalasPadam
  7. mak aii!walaupun dah kena simbah dengan minyak petrol pun still nk maafkan suami dy..

    BalasPadam

٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥
adik2, kakak2, abg2, ibu2, bapak2, pakcik2, dato2, tan sri2, maceh sebab sudi singgah n follow, meh lea komen sekali yea.. u olz mmg da gajus eh silap da gojes in da world lah! thanxxxx.. muah3 100000000000X buat u olz...!
٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ ٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥

GA New

Innity Mobile

nuffy2

BV2019 - 2