Langkau ke kandungan utama

KENA KENCING LAGI!!!

Teka Teki Terjawap sudah!
Haiii.. salam Khamis semua.. hemmm.. pagi tadi bangun2 jea tido rasa nak mengamok pun ada, tau kenapa? Apa tidaknya... bangun2 jea terasa basah.. sejukkkk jea kat kaki teman tu.. hemmm.. memang tak fikir lain dah.... kena kencing lagi la ni.. tau sape punya koje??? 

hemm.. sape lagi kalau bukan si Oyen tu.. adeh.. bila lea nak pandai kencing kat tempat sepatutnya ha? memang dah mati kutu nak ngajo dia ni.. masa mula2 dulu ingatkan Butang lea punya koje, sebab dia yang tido ngan kami tiap2 malam.. Butang memang suka tido kat kaki teman, dia suka letak dagu dia kat kaki teman, konon jadi bantal dia laa.. hu3.. 

Sebelum ni xdelea dia kencing atas katil kami, tapi baru2 ni termasuk lea pagi tadi, udah 5 kali teman terpaksa cuci cadar.. dah penat dah rasanya.. lebih2 lagi bila dah kering dan nak pasnag cadar balik, esoknya kena basuh balik sebab dikencing oleh kucen misteri.. 

hemm.. teman asyik2 kata Butang punya koje, tapi my hubby kata Butang takkan buat perangai camtu.. teman still tak percaya gak, sebab Oyen tak tido dengan kami, camne lak Oyen yang kencing kat katil kami kan? 
hu3.. last2 terbongkar misteri sape kencing bila suatu hari teman sibuk cuci n kemas bilik, dah siap pasang cadar semua, tiba2 ternampak oyen turun dari katil.. haaa.. dan ternampak lea setompok air kencing.. aduiiiiii.. 

Cepat2 teman tariik comforter tu takut terserap sampai ke tilam, hemmm.. memang menguji kesabaran betul si Oyen ni.. bila teman marah dia, dia buat suara manja dan gesel2 kat kaki teman.. 

alahai.. hancur luluh hati yang sedang marah tadi.. terus jadi cair ibarat ais yang terletak bawah panas matahari.. hu3.. ayatttt.. maka.. sekarang dah tau yang Oyen lah kucen misteri yang buat perangai tu.. 

so, maknanya Oyen dilarang masuk bilik dah pasni.. Butang pun terpaksa diletakkan luar bilik sebab kalau tutup pintu camne butang nak kencing/berry nanti?  so, Butang n Oyen.. kome duduklea luar bilik yea.. sorry.. no kompromi lagi..  ini adalah final decision!

Ulasan

  1. hehe ada2 sja gelagat kucing teman tue...nakal sungguh

    BalasPadam
  2. org penyabar jer yg boleh bela kucing nie.... hehe....

    BalasPadam
  3. heheh tengku kne bg oyen tuh tdo kt toilet nnnti die tau camne nk kncing kt nee

    BalasPadam
  4. Kena duduk luar rumahlah nampak gayanya Oyen ni...

    BalasPadam
  5. totoi saya kalo nak kencing dia akan jerit dengan suara yang kuat sampai semua orang terjaga dari tdo.. hehhehe ^_^

    BalasPadam
  6. itulah part yg paling tak best kalau bela kucing ni.. huhu..

    BalasPadam
  7. he3 bertabah la dpt kucing gitu ;)

    BalasPadam
  8. haha... kelakar jer oyen dengan butang

    BalasPadam
  9. Salam...

    Kucing akak kencing dn berak dlm bilik air..bole ajar diorg tu..sekali ajar d ok dah..masa tgk diorg lain mcm je..kira mcm nk melepas la kan..terus kurung dlm bilik air..lps tu diorg akan ke situ je..x pergi tmpt lain dh tp pintu bilik air x blh berkunci dn tutup rpt sgt la...kena bg buka sikit....

    BalasPadam
  10. biasanya kucing tuq slalu cmtu merata2 dia pancut air kencing dia..

    BalasPadam
  11. kesian oyen. tapi dia degil. piappp sekali bagi.

    BalasPadam
  12. pehh.. mmg menguji kesabaran betol klu hari2 camni

    BalasPadam
  13. hihi...kesian butang sebab kena tuduh!! semua gara2 oyen!! butang tak bersalah!!!! opss! terlebih drama pulak..hihi..kak! jempot join ya...http://mardiyanhani.blogspot.com/2013/12/segmen-sahabat-selamanya-ii-by.html

    BalasPadam
  14. sebab tu MET tak bela kucing dalam rumah, lagipun anak MET ada put-put

    BalasPadam
  15. grrrrr..hehehe..kena cari tips ni mcm mana nak bg dia kencing kat tandas..

    BalasPadam
  16. aduhai.. sakit jiwa kak oiii hari2 nak mencuci..hehe.. macam kita, si ceplos tu alhmdulillah.. setakat ni belum lagi dia kencing kat bilik. katil ke memana. sebab dia tahu, nti dia tak dapat tido atas katil sekali kalau buat perangai camtu..hehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI

  RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI Bahan (Sos): - 3 biji bawang merah - 5 ulas bawang putih - Cili padi merah & hijau - 1/2 inci halia muda - 3 batang akar ketumbar - 3 sudu Palm sugar/brown sugar - 1/2 kiub ayam - 3 sudu sos ikan - 1 sudu serbuk limau nipis - 3 biji limau nipis (ambik jus) - Daun ketumbar (hiris) Bahan (Sotong & inti): - Sotong (perap dengan 1/2 biji lemon & 1 sudu olive oil selama sejam - 2 biji kentang (lenyek & rebus) - 1 mangkuk kecil ayam kisar - 1 biji bawang besar (dadukan) - 3 ulas bawang putih (cincang) - 3 sudu sos tiram - 1/2 kiub ayam - Lada hitam - Daun bawang (hiris halus) Cara penyediaan: 1. Blend bawang merah, bawang putih, cili padi, halia & akar ketumbar. 2. Masukkan bahan blend tadi & masukkan air, palm sugar/brown sugar, sos ikan & kiub ayam. 3. Rebus sehingga likat. Tutup api & masukkan serbuk limau nipis, limau nipis & daun ketumbar. Siap sos. 4. Tumis bawang merah, bawang putih. 5. Masukkan ayam kis...

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR Haaaa.. Entri kali ni TB buat khas buat sahabat teman si 3 suku tu.. Kasih namanya.. anaknya yang hensem bernama Fahri tu suka sangat dengan Dinosaur ni.. Fahri suka panggil "Dino" nama pendek haiwan ni.. Hehehe..  Dah banyak koleksi Dino Fahri kumpul.. Dari Dino saiz kecik hinggalah ke saiz besar, dari yang jenis keras hinggalah ke jenis lembut, siap boleh bergerak-gerak, dan ada bunyi-bunyi lagi..  So, kali ni TB nak tujukan entri ni untuk Kasih dan Fahri.. haha.. korang tengok dan baca tau! hahahaha..  Nama Dinosaur Beserta Gambar  Haaa.. Korang pernah tengok Dinosaur kan? Maksud TB tengok kat Movie la, bukan yang real.. haha.. TB suka tengok Filem kisah Dinosaur ni, macam Jurassic Park tu ke kan.. kartun Dinosaur pun TB sukaaa.. haha.. Antara kartun yang TB suka The Good Dinosaur.. Si Arlo yang bertengkuk panjang tu.. hehehe.. Comel sangat... Jenis ni dipanggil  Brontosaurus tau.. Tapi sebenarnya ...
  Resepi Ketam Masak Pedas Ala Thai Bahan-bahan :- -Ketam -1 Batang Serai (saya blend sekali dgn bwg) -10 keping Daun limau purut -Daun Ketumbar -Cili api (saya tak guna pun) -Bawang Merah blend -Bawang Putih blend -Halia blend -Asam Keping -2 Sudu Serbuk Kari -3 Sudu Cili Giling -2 Sudu Cili Thai (saya guna kiub tomyam maggi) -Gula & Garam sedikit Cara Memasak :- -Rebus ketam -Air rebusan ketam jangan buang, sebab nak diguna sebagai kuah nanti -Panaskan minyak -Masukkan bahan blend dan serai hingga naik bau -Masukkan cili giling dan kari hingga pecah minyak, kemudian Paste cili thai. -Dah pecah minyak masukkan Air rebusan ketam tadi ikut suka byk mana -Masukkan asam keping, gula dan garam. -Masukkan ketam, daun ketumbar dan daun limau purut. -Dah mendidih, tutup api dan tutup periuk, biar bau dan rasa masakan tadi sebati -Enjoyyy Kredit Resepi : mahfuzah ami n