Nuff

07 Mac 2019

RESEPI AYAM MASAK HIJAU MUDAH DAN SEDAP



RESEPI AYAM MASAK HIJAU
MUDAH DAN SEDAP

RESEPI 1 : RESEPI DARI FB

Ayam Masak Hijau
  1. Hidangan Untuk 2 Orang.
  2. Bahan – bahannya :
  3. 10 Biji cili hijau – dibuang biji dan dikisar
  4. 2 Ketul paha ayam – cuci dan digaul garam kunyit..kemudian digoreng ..
  5. 1/2 Labu kecil bawang besar – dikisar
  6. 2 Ulas bawang putih – dikisar
  7. 1Inci halia – dikisar
  8. 2 Batang serai – diketuk
  9. 2 Biji cili padi – dihiris halus
  10. 1 Keping asam gelugur
  11. Garam dan gula secukuprasa
  12. Sedikit minyak
Cara Penyediaan :
  1. Panaskan minyak dalam kuali..tuangkan bahan kisar kedalamnya..bersama serai dan asam keping…masak sehingga pecah minyak..
  2. Kemudian masukkan garam dan gula secukuprasa..kacau rata..
  3. Tambahkan air sedikit jikalau..kuah terlalu pekat..biarkan mendidih seketika..
  4. Akhir sekali masukkan ayam dan cili padi..kacau rata..dan biarkan sedikit kering…
  5. Tutup api..dan sedia untuk dihidangkan…
  6. Ayam Masak Hijau..mudah dan sedap..
  7. Selamat mencuba..



AYAM MASAK HIJAU

BAHAN-BAHAN
1 ekor ayam potong dan cuci bersih
Lumurkan ayam dengan kunyit dan garam kemudian di goreng hingga keemasan atau 1/2 masak
Rempah tumis ~ kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang dan biji pelaga
Daun pandan ~ di simpul
1 batang serai ~ di titik
Garam dan gula secukup rasa 

BAHAN KISAR
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inc halia
10 tangkai cili padi hijau
10 tangkai cili hijau

CARA-CARA
Panaskan minyak di dalam kuali
Tumiskan bahan tumisan, daun pandan dan serai hingga harum
Masukkan bahan yang di kisar dan masak hingga harum dan terbit minyak
Kemudian perasakan dengan garam, gula dan juga maggi cukup rasa jika suka atau boleh juga jika nak tambahkan kiub ayam
Merenihkan sebentar
Masukkan ayam goreng tadi
Gaul rata
Jika kuahnya terlalu kering tambahkan sedikit air
Masak hingga kuahnya pekat dan ayam masak sepenuhnya
Sedia di hidangkan


Related Posts

3 ulasan:

٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥
adik2, kakak2, abg2, ibu2, bapak2, pakcik2, dato2, tan sri2, maceh sebab sudi singgah n follow, meh lea komen sekali yea.. u olz mmg da gajus eh silap da gojes in da world lah! thanxxxx.. muah3 100000000000X buat u olz...!
٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ ٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥

Innity Mobile

adseng

GA New