Nuff

05 Mac 2019

REVIEW SELEPAS SEBULAN PAKAI HANSAEGEE NATURE S+ RECOVER GOLD NANO CC CREAM


REVIEW SELEPAS SEBULAN PAKAI HANSAEGEE NATURE S+ RECOVER GOLD NANO CC CREAM


Yeah! Disebabkan TB dah memang jatuh cinta dengan Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream ni.. So, TB up lagi satu entri tentang produk dari Hansaegee Nature yang sangat HOT ni.. Haha.. Ini bukan TB saja-saja nak bodek ke apa ye.. Tapi secara jujurnya TB memang suka sangat cc cream ni.. dan InsyaAllah.. akan terus guna CC Cream ni kot sebab dia memang serasi dengan kulit TB. Yang penting.. Mudah sangat nak guna, mudah sangat kulit glowing, mudah sangat cantikkan wajah.. tak perlu nak ber makeup lebih-lebih nak cover itu ini dah.. hanya sapu cc cream ni je dah nampak awesome! 

Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream  

Oklah.. sebelum TB share pengalaman selepas sebulan TB menggunakan Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream ni, meh TB perkenalkan dulu serba sedikit tentang Hansaegee Nature ni.. Hansaegee Nature ni adalah skincare brand, product originally made in Korea yang telah bertapak di Malaysia sejak tahun 2011 ,

dan kalau korang nak tahu Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream merupakan salah satu produk mereka yang HOT sangat dimana ramai memberikan feedback dan review positif.. Sampailah TB pun teruja sangat nak cuba tau! Produk ni sudah berada di pasaran lebih dari 5 tahun tau! 


Oh ya.. Dalam entri yang lepas iaitu YANG INI TB ada cerita pasal Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream ni dah tukar packaging baru sempena 2019 kan? haaa.. ni TB share lak gambar-gambar cc cream packaging baru tu.. Nampak wow kan! Packaging tetap Gold tetapi dah upgrade isi kandungannya dari 30ml kepada 50ml, manakala SPF 30 PA ++ dah di upgrade jadi SPF 50 + PA+++ .. wahh.. cayalah kan! Tekstur dia pulak masih sama dengan yang sebelumnya.. Aduh! TB geram tengok tau.. 


New Packaging yang Nampak Mahal Gituuu.. 


Tema Gold tu masih tetap ada.. hehehe


Didatangkan dengan Penutup Jenis Twist Lock untuk memastikan cc cream tidak mudah bocor atau tumpah.. 


Mudah sangat nak guna, just pulas 
penutup botol ni dan picit ikut penggunaan ..


Nampak beza kan.. 
Tu Baru sapu, Nanti lama2 dia akan ikut tona warna kulit kita.. 



Teruja .. Lepas guna sebulan, muka nampak glowing je.. 


Kulit nampak rata, 
wrinkle berkurangan.. best sangat!


Memang teruja kot tengok sebab tekstur Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream  dari Hansaegee Nature ni bewarna putih tetapi bila disapu pada wajah, nampak rata yang amat sangat.. kulit nampak gebu dan glowing. Ada pulak tu yang jenis suka makeup simple macam TB ni, hanya pakai Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream  tanpa bedak-bedak lain dah.. muka nampak macam berseri je tau.. Inilah yang paling TB suka tau!

Haa.. sebelum tu meh tengok Video TB unboxing hari tu.. heee..



Yang lama dah hampir nak habis, so.. cepat-cepat order untuk standby..
Kali ni order-order terus dapat packaging baru tu.. hehe.. 


Haaa.. yang ni packaging lama.. gold jugak gitu.. 


REVIEW SELEPAS SEBULAN PAKAI HANSAEGEE NATURE S+ RECOVER GOLD NANO CC CREAM

TB ada parut jerawat dan ada tanda jeragat di pipi ni tapi TB rasa lega sebab Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream boleh cover tanda-tanda yang kurang menyenangkan tu.. Walaupun tekstur cream ni nampak warna putih tapi sebenarnya bila pakai elok je rata dan tak bercapuk, sebab ia mampu blend dengan warna kulit TB dan buat wajah TB segar, glowing dan berseri..  senang meresap dalam kulit, tak berminyak.. 

Untuk TB yang sejenis yang tak suka makeup tebal bila keluar.. haaa.. Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream sangat sesuai dengan TB, calit-calit.. ratakan, dah siap.. Selain nampak kulit cantik semulajadi, kulit TB juga dilindungi dari Sinaran UV yang berlebihan sebab Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream ni mengandungi spf 50+ PA+++ tauu.. So, kalau korang pun teruja nak cuba Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ni, bolehlah layari  Website Hansaegee Nature . 


Klik Video atas ni kalau nak tengok cara TB guna dan hasilnya.. 

So, Berminat nak order? boleh lah ke link-link dibawah ni ye.. 


Hansaegee Nature 

Website:

IG page: 

FB page: 

Youtube page: 








Related Posts

12 ulasan:

  1. untuk orang yang tak suka makeup tebak sesuai la pakai ni..Akak pun nak cuba nanti.

    BalasPadam
  2. Kan terus jadi glowing muka.. Nad sejak pakai gold nano cc cream hansaegee ni memang tak pakai foundation bila keluar.. Dah cantik muka dengan gold nano ni

    BalasPadam
  3. betul lah, ramai lebih memilih utk pakai cc cream sebab tekstur dia lebih ringan dan bersahaja. tak ada nampak sangat pakai make up tebal2. lagipun ia lebih senang nak tanggalkan.

    BalasPadam
  4. Bagus produk ni ya. Boleh nampak perbezaan tu. Btw ramai juga kawan kawan pakai produk ni

    BalasPadam
  5. CC Cream lagi nipis dan coverage sesuai untuk cuaca di Malaysia. Akak yang tangan ada garisan hitam tu kenapa? Yang bahagian cc cream tak nampak sangat dia punya effect. Akak dah pakai mekap ni jangan lupa pakai makeup remover tau. Hehee.

    BalasPadam
  6. Packaging dia yg baru ni nmpk lagi cun. Glowing muka TB. Nice product to try..

    BalasPadam
  7. Ramai juga review produk ni. Menarik untuk dicuba

    BalasPadam
  8. Bestnya cc cream ni nampak natural & light..sesuai utk org2 yg suka mekap neutral..nanti nak cuba laa

    BalasPadam
  9. Ramai jugak orang kongsi pasal produk ni. Nampak macam best dan onie tengok awak pakai macam full coverage :D

    BalasPadam
  10. The product must have been really effective for you as your skin is glowing and full of youthfulness. :D

    BalasPadam
  11. kalau tak silap hansaegee ni brand popular kat korea kan ...sebab masa pergi korea bulan lepas nampak building jenama ni kat myeongdong...ruginya sebab dah balik malaysia baru tahu , kalau tak borong dah produk ni kat sana...huhuhu

    BalasPadam

٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥
adik2, kakak2, abg2, ibu2, bapak2, pakcik2, dato2, tan sri2, maceh sebab sudi singgah n follow, meh lea komen sekali yea.. u olz mmg da gajus eh silap da gojes in da world lah! thanxxxx.. muah3 100000000000X buat u olz...!
٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ ٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥

nuffy2

GA New