Nuff

29 Januari 2016

EAR MITES BUAT ADIK PERGI SELAMA-LAMANYA

EAR MITES BUAT ADIK PERGI SELAMA-LAMANYA |
Assalammualaikum.. Hari ni teman gagahkan juga nak bercerita tentang adik..Pada mulanya teman dah tak boleh nak menaip dah.. jari jemari jadi kaku dan airmata berjuraian membasahi keyboard, Setiap masa teringatkan adik.. Banyak sangat memori indah bersama adik dekat rumah kami.
Gambar : Adik, dua hari sebelum kena ear mites

Namun, kerana teman dan hubby sedang cuba hilangkan kesedihan ini, teman akan menulis untuk jadikan kenangan khas untuk adik.. kucing yang sangat-sangat kami sayang selain 3 yang lain.. Moga Allah kuatkan hati kami.. 

Petang 26.1.2016 (Selasa) , teman perasan adik macam murung semacam.. menyendiri dan suka menyorok bawah katil..
Camni muka adik kalau teman panggil makan.. 

Selalunya bila panggil makan (sambil ketuk2 tin wetfood) dia akan datang.. sebab dia suka wetfood tu, pasti dia akan datang dan ngiau2 manja.. Tapi teman pelik bila kali ni.. teman ketuk tin dia tak datang.. panggil banyak kali pun tak datang.. teman cari bawah katil.. sua satu sudu wetfood kat dia.. dia lansung takde respon.. macam tak sihat.. then teman pun beritahu hubby.. adik macam ada masalah .. macam tak sihat..

Kami ambil adik dah tengok kot ada apa-apa yang tak kena dengan adik.. masa check tu takde apa yang tak kena.. tapi tiba-tiba masa usap kepala adik.. adik mengibas-ngibas kepala dia kiri kanan.. macam tak selesa.. kami pun tengok telinga dia.. berair dan ada bau busuk dari cecair dalam telinga adik.. telinga adik kotor dengan air yang kecoklatan..

Kami yang sememangnya tidak tahu menahu tentang apa masalah dan bagaimana cara nak rawat adik, cuba google cari info tentang telinga berair/bernanah ni.. lastly terjumpa tentang penyakit ear mites (hama/kutu telinga).. 

Antara tanda-tanda ear mites ni ialah dalam telinga kucen terdapat kerak/tahi telinga yang agak tebal berwarna coklat gelap, lembap dan berbau busuk.. Kadangkala ia juga berair dan bernanah (sekiranya kucen terlalu menggaru).

Bila tengok dan bandingkan keadaan telinga adik dengan gambar dalam website tu, memang serupa.. Kami tak pasti bila adik start kena benda tu.. Tapi memang telinga adik dah penuh dengan tahi telinga kecoklatan..
Inilah rupa Ear Mite kalau dilihat melalui Mikroskop

Mites (hama/kutu telinga) ni, kita takkan nampak dengan mata kasar.. tetapi kalau bagi yang belum tahu, apa yang teman baca dalam website tu, Mites ni hanya boleh dilihat menggunakan Mikroskop sahaja.. sebab Mites ni halus sangat, tak nampak dengan mata kasar..

Teman tengok jugak video yang hubby tunjuk pasal Mites tu.. seorang doktor mengambil sampel tahi telinga dari dalam telinga seekor kucing, then dia check menggunakan Mikroskop.. 

Ya Allah.. memang kelihatan Mites tu berkumpul satu tempat.. banyak sangat.. Terkejut teman melihatnya.. pandang kat adik, Ya Allah.. kesiannya adik.. menderita dia selama ni bila garu-garu telinga.. banyak sangat tanda2 yang serupa yang adik alami...

Tanda-tanda kucing diserang ear mite
>> Menggoyang-goyangkan / menggeleng-gelengkan kepala.
>> Mencakar / menggaru telinga sehingga terlihat adanya luka atau kemerahan di sekitar telinga.
>> Tahi telinga berwarna coklat tua kehitaman, kering menyerupai serbuk kopi. Kadang-kadang terihat kerak-kerak kering di sekitar telinga bahagian dalam.

Kami cuba nak cuci telinga adik.. tapi adik meronta-ronta marah dan macam sakit sangat.. maybe dah bengkak telinga dia.. kami pun bercadang nak bawa adik gi Veterinar (klinik Haiwan).. Dan nak cari yang paling dekat dan OK maka kami pilih KLINIK VETERINAR MUEZZA sebab senang, dekat dan doktornya pun sangat baik.. teman suka cara diorang layan Butang masa Butang dirawat di sana tahun lepas..

Hari Rabu pagi (27.1.2015) tu teman berusaha cari cage untuk bawa adik ke vet , cuba pinjam dengan orang.. Tapi tak berhasil kerana cage memang diorang pun tak guna lama dah.. 

So, teman dah mati kutu dan stress sangat-sangat... sampai dah tak boleh nak fikir apa dah.. Taktahu macam mana nak bawa adik ke klinik..  taktahu nak cari mana cage tu.. dan paling stress bila dalam masa yang sama teman terpaksa buka kedai sekejap sebab nak tunggu barang poslaju sampai.. kena jugak pergi kedai sebab barang poslaju tu barang kawan, dan kebetulan itu adalah serahan kedua yang teman request pada Jumaat minggu sebelumnya.. Kalau teman tak dapat barang tu hari tu, memang tiada serahan ketiga dah.. 

Maka terkejar-kejar teman ke kedai.. Memandangkan tengok keadaan adik ok lagi masa tu.. dia masih boleh bergerak ke dapur dan ke tengah.. dia masih boleh minum sendiri (walaupun sedikit).. namun makan dia tak sentuh lansung.. dan bila teman lihat mata adik masih bersinar seolah-olah macam sihat sangat2.. teman tak terfikir lansung adik sedang tenat.. memang teman tak nampak dia tenat.. cuma nampak dia murung je.. jadi teman berniat nak beli cage tu petang nanti.. dan memang kami  berniat akan bawa adik ke klinik keesokannya..

Apa Yang Teman Kesalkan.. Teman Tak Tahu Yang Ear Mites Ni Sangat-Sangat Merbahaya Sampai Boleh Bawa Mati, sebab kalau tengok pada review dan info di website tiada lagi pengalaman atau cerita tentang kucing mati kerana ear mites.. 

Teman pun tak pernah terfikir adik akan pergi buat selamanya.. hanya kerana lewat sehari.. sedihnya.. kalaulah masa boleh berputar balik.. teman akan jaga adik elok-elok.. berada disisi dia sentiasa untuk pantau perkembangan kesihatan dia.. tapi.. teman tak buat apa yang sepatutnya..

Nasihat teman buat yang ada bela kucing tu, korang jangan la ambil ringan pasal ni.. walaupun hanya sakit telinga.. sebenarnya ia boleh memudaratkan kalau dibiarkan .. walau lewat sehari je pun dah boleh buat kita kehilangan kucing tersayang..
Teman menyesal tak balik awal.. kalau tak mesti sempat singgah beli cage dan bawak terus adik ke klinik.. tapi teman pelik.. nape teman boleh lagi balik rumah macam waktu biasa.. kalaulah teman balik awal.. Ya Allah.. terlalu banyak KALAU dan teman rasa amat bersalah!!!
Macam biasa petang tu teman tutup kedai.. dan terus balik rumah nak tengok adik.. sampai je rumah terus tengok adik dalam sangkar tu, Ya Allah.. nampak air liur adik dah meleleh.. masa tu teman dah kelam kabut nak bawak juga adik gi klinik, tapi masa tu dah lewat.. dah pukul 6 lebih.. Klinik Muezza pun dah tutup.. Kami jadi semakin risau.. Tapi Muka adik still nampak OK.. dan mata dia still jernih.. maksud teman.. selalunya kalau kucen sakit atau tenat.. mata dia dah bertukar kelabu.. tapi mata adik nampak cerah dan segar lagi.. Air liur meleleh tu kami ingatkan sebab dia takut atau sebab dia tak makan .. Rupa-rupanya adik demam jugak.. 
Petang tu jugak keluar cari Cage kucing dan cari ubat anti mites untuk cegah kucen-kucen lain dari berjangkit.. setelah selesai semua kami balik rumah dah tengok adik.. nampak adik tak melelh air liur lagi bila dah di lap tadi.. kami rasa lega sikit.. tapi kami pelik kenapa bahagian dahi adik, bahagian alis mata adik macam merah-merah jambu? dekat perut pun sama.. adakah kuman dalam telinga adik dah merebak ke salur darah?? teman dah rasa tak sedap hati.. tapi cuba jugak buang jauh-jauh perasaan tu.. sebab apa yang teman tahu.. kami nak bawak adik esok pagi ke klinik untuk buat rawatan..

Malam tu kami tidur awal sebab esok nak bawak adik gi vet, dan sebelum tidur kami pesan kat adik.. "esok kita gi klinik yea adik, adik bertahan yea" .. 
Ini gambar masa teman jenguk adik pagi tu.. cadang nak tengok keadaan adik sebab nak siapkan barang nak bawa dia ke klinik.. 

Malam tu sempat juga teman suapkan Nestum untuk adik.. Adik makan bila disuap.. dapatlah dalam 8 sudu kecik macam tu.. Harapan teman, jadilah sikit sebagai lapik perut adik sebelum nak ke klinik esok.. teman bagi dia minum.. dan tak perlu disuap.. dia minum sendiri.. bahagia tengok dia minum bila teman suruh minum.. dengar cakap..

Tapi.. keesokannya (Khamis-28.1.2016) bila bangun dari tidur.. teman check adik dah tiada.. Allahuakbar.. adik dah tak bergerak.. adik dah keras.. maknanya dalam pukul 1-2 pagi tu dia dah tak ada.. 
Ya Allah.. kami takde disisi dia masa dia dihujung nyawa.. ya Allah.. macam telah diaturkan.. kami yang selalu tidur lewat, boleh pulak tidur awal hari tu.. ya Allah.. teman dan hubby menangis meratapi adik yang dah pergi selama-lamanya.. kami tanya dia "adik.. nape tak tunggu kami bawak pi klinik" .. nape pergi dulu?? Baru nak bawak adik gi klinik pagi ni..Cage pun kami dah beli nak bawak adik pagi ni.." Berjuraian airmata kami melihat sekujur tubuh adik yang dah kaku.. keras.. dan dibasahi dengan air muntah dan air kencing.. Ya Allah.. kesiannya adik..
Kami menangis dan menangis.. tak tahu nak cerita macam mana perasaan kami ketika itu.. hanya orang yang ada kucen yang akan faham apa kami rasa.. kami dah anggap adik macam anak kami sendiri.. dia dah menceriakan kami selama setahun lebih.. dia yang sambut kami bila kami pulang dari kerja.. dia yang akan bising malam-malam bila kami tidur lewat.. bila kami tutup lampu, dia pun tidur sekali.. adik sangat special bagi teman dan hubby.. dia ada perwatakan sendiri yang kucen lain takde.. dia sangat manja.. sangat comel.. dan unik.. adik.. mama rindu adik..
Melihatkan adik pun dah tiada lagi.. risau kalau adik dah berbau dan dihurung lalat, Hubby pun segera keluar mencari cangkul untuk korek lubang untuk semadikan adik.. kami terpaksa cari tanah di kawasan lain yang tak jauh dari rumah kerana kawasan yang dekat apartment kami tiada tanah kosong.. kami pun tanam adik disitu.. 
Sewaktu nak nak tanam tu.. kami tak boleh menahan air mata.. umpama empangan yang telah pecah.. Air mata mengalir deras selaju yang boleh.. kami menangis dan menangis... Kerana itulah kali terakhir kami dapat tengok rupa adik.. walaupun jasadnya dah tiada.. ya Allah.. hancur luluh hati saat adik mula ditimbus dengan tanah.. 
Gambar : adik yang dah siap untuk ditanam..  sayu.. sedih

Kesal dan Menyesal Menghantui Diri 
Air mata masih tak kering dari pipi kami tetapi apakan daya.. adik bukan boleh kembali semula.. adik dah pergi ke syurga.. adik.. maafkan kami sebab terlambat bawak adik ke klinik.. maafkan mama.. ini semua salah mama.. mama yang tak pandai jaga adik.. kalau mama tahu sakit telinga adik dah serius dan boleh bawa mati.. mama dah bawak adik gi klinik segera tanpa lengah-lengah dah, tak kira apa cara.. mama akan usaha jugak bawak adik.. tapi semuanya dah terlambat.. mama bodoh.. mama tak ada disamping adik ketika adik memerlukan.. mama sepatutnya tak pergi kedai hari tu.. mama patutnya duduk rumah jaga adik.. sekurang-kurangnya mama tahu keadaan adik macam mana bila siang hari.. maafkan mama adik.. Mama tak tahu sakit adik boleh bawa mati.. sebab adik nampak masih boleh bergerak ke dapur dan ke depan.. mama tak dapat baca keadaan adik macam mana sebenarnya.. maafkan mama adik..
Nyiau-Nyiau tiada lagi teman bermain.. 
Ya Allah.. saat menaip ayat ini air mata berjujuran teringat keletah adik.. teringat kelincahan adik.. suara manja dan mendayu-dayu.. tak ada pada kucen lain .. adik lain dari yang lain.. mama rindu adik.. adik.. sedihnya hati..
Namun.. kami tetap doakan adik bersemadi dengan tenang disana.. di Syurga.. itulah tempat kucen sebaik adik.. Mama rindu adik.. datanglah dalam mimpi mama.. mama nak tengok adik.. walaupun adik datang dalam mimpi hanya sekali.. mama dah puas hati.. Adikk.. Mama rindu adik.. 


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Entri akan datang teman akan share tentang ubat ni.. ubat ni khas untuk kucen teman yang lain.. satu pengajaran buat teman apabila dah kehilangan adik ni.. teman lebih berhati-hati .. dan ilmu baru ni teman patut sebarkan sekali untuk semua yang belum tahu atau memang tak tahu lansung tentang bahaya Ear Mites ni.. INGAT! Ear Mites ini boleh buat kucing mati! Jangan ambil ringan!

Ear mites ni kalau dapat tau awal  tak bahaya tapi kalau dibiarkan boleh jadi serius dan kucen leh demam panas kalau dia tahan sakit tu lama.. Itu yg sebabkan kucen teman "adik" pergi.. Kuman dah merebak dalam darah.. Masa tu kalau hantar klinik pun belum tentu dapat diselamatkan.. Eloklah cegah awal.. Cuci telinga kucen selalu.. Mcm teman.. Dah terlambat baru tahu..  =(


 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page




Related Posts

6 ulasan:

  1. TB!!!!!!saya pon menangis baca..tersedu2..tgk muka adik lagi lah sedih..sy phm perasaan TB..saya yg xde kena mengena pon sedih sgt, apetah lg TB..semoga TB kuat.....adik tak slhkan TB..sbr byk2 ye

    BalasPadam
  2. singgah petang ~ http://jmbelog.blogspot.my/

    BalasPadam
  3. Kesiannya...akak harap TB tabah hadapi kehilangan...

    BalasPadam
  4. Sabar byk2 ina.... sedih sgt baca...berjujuran airmata..... teringat semua kenangan ngan adek....'shiro' aduiii laptop lak x leh bukak kalau tak ada gambar dia masa montel zaman kecik dia..... kak eida harap ina n amad tabah.....kalian berdua dh jaga adek dgn terbaik....adek menanti kalian di syurga.....

    BalasPadam
  5. ssya pelik awak vaksun kucin x..klu vaksin mesti doc perasan ada earmite dan alasan xde cage utk bawa pg hospital jucin..menyesal x guns pun..next time better be alert..itu nyawa bukn ank patung

    BalasPadam

٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥
adik2, kakak2, abg2, ibu2, bapak2, pakcik2, dato2, tan sri2, maceh sebab sudi singgah n follow, meh lea komen sekali yea.. u olz mmg da gajus eh silap da gojes in da world lah! thanxxxx.. muah3 100000000000X buat u olz...!
٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ ٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥

GA New

Innity Mobile

nuffy2

BV2019 - 2