Blogger Buat Duit Online

Waaaaa.. RM1,014.78 .. banyaknyaaaaa.. untunggg Cik Laili kita.. |
Blogger Buat Duit Online? Boleh ke? | Pasti ramai Blogger yang diajukan seoalan macam ni kan? dan pasti ramai juga yang sering diperlekehkan kononnya jadi Blogger ni sesuatu pekerjaan yang buang masa, 

Nak pulak orang yang tak bekerja dan semata-mata mengharapkan pendapatan melalui blog sahaja.. Persoalan kerap didengar, "Boleh hidup ke dengan pendapatan ber blog??" Haaa.. Pasti buat Blogger sepenuh masa yang kini menjana pendapatan sepenuhnya dengan Blog  pernah diajukan soalan sebegini, betul tak?

Pasti kita juga pernah di ejek masa mula-mula menceburi dunia Blogger, kononnya duduk depan komputer dan menaip entri adalah satu kerja yang sia-sia.. dan hanya menunggu rezeki datang bergolek.. 

Oh, tidak, kalau teman diajukan dengan kata-kata itu sekali lagi, pasti teman akan menyangkal sama sekali pendapat tersebut.. kerana teman sendiri sudah merasa/memperolehi pendapatan melalui duduk depan komputer sahaja.. itulah namanya rezeki.. tetapi, perlu ingat.. duduk depan komputer bukanlah semata-mata menghadap blog tanpa tujuan/arah.. Tetap memerlukan usaha untuk mencari rezeki, bukan duduk diam membatu tanpa apa-apa usaha..

Sebab teman kata macam tu? kerana apabila kita yakin dengan sesuatu, kita perlu cuba realisasikannya.. teman pernah dicabar oleh seseorang untuk buktikan dengan Blog bolehkah peroleh pendapatan? haaa.. sekarang teman dah buktikan.. jom tengok bawah ni.. cuci mata dulu, kalau berminat.. daftar terus.. mugnkin lepas ni korang pulak bakal jana pendapatan melalui online seperti kami.. walaupun sedikit.. ia cukup untuk menampung keperluan peribadi.. Alhamdulillah..
 Daftar Ashadee sini --> KLIK
Daftar Advertorial : KLIK!!
 Daftar Nuffnang : klik SINI
Pada tahun lepas, merasa lah teman dapat cek Nuffnang yang pertama.. Allahuakbar.. macam tak percaya je dapat duit hanya melalui blog sahaja? memang rasa sangat2 terkejut.. Rezeki ber blog dapat juga dirasai walaupun ramai yang menyangkal dan kurang percaya tentang income yang dijana melalui online ini..

Termasuklah hubby teman sendiri.. hee.. masa teman tunjuk cek tu, hubby macam terkejut.. macam tak percaya yang teman bole jana wang melalui Blog.. hahahaha.. siap dia kata lagi, Cek betul ke tu? entah2 cek kosong.. cek tendang.. aishhh.. teman masa tu mula curiga pulak.. risau manalah tau betul kata hubby teman tu kan.. hee.. tawakal je dalam hati masa tu.. gi bank dan tunggu cek clear.. Alhamdulillah.. tengok2 dalam bank udah masuk duit.. RM 1xxxx.. perghh.. rezeki tak ku sangkaa.. Alhamdulillah.. syukur..nak tau berapa jumlahnya? heee.. baca sini --> Cek Pertama Nuffnang


Daftar H12 : Klik SINI
Haa.. yang ni pulak income PALING CEPAT teman dapat.. memang nak cashout cepat giler.. tak perlu tunggu sebulan.. tapi ada la caj lebih dikenakan kalau nak duit cepat kan.. haaa.. dalam masa sehari duit dah di transfer ke Paypal.. wah.. memang mudah dengan H12 ni.. dulu ramai yang reject iklan dari H12 sebab terdapat iklan CEKCI (seksi) tapi sekarang teman dah tak nampak iklan seksi tu, sebab tu teman letak balik iklan H12 ni.. masuk ni dah 2x teman cashout tau.. kena tunggu 5 USD baru leh cashout.. tapi 5 USD tu kiralah berapa duit Malaysia kan.. hee.. boleh je tunggu banyak2.. dah banyak baru cashout.. teman je risau takut duit tu hilang, tu pasal cashout cepat2.. 

Haa.. ada lagi satu pendapatan sampingan melalui Online..8share namanya..  kerjanya sangat mudah.. hanya share iklan sahaja.. dan duit semakin hari semakin bertambah bila iklan kita di klik, teman dah pernah cashout dua kali.. Alhamdulillah.. klik untuk daftar-->8share .. oh, tak faham?  nak tau caranya?? haaa.. meh meh.. awak awak awak semua ..

boleh klik sini---> Buat Duit Dengan 8share

Haa.. selain dari tu.. Blogger juga bole jana pendapatan online melalui Blog Review.. haa.. nak tahu macam mana caranya? haa.. pertama sekali kita kenalah daftar dengan Advertorial, selepas itu kita akan dapat job review, dan pastinya pendapatan melalui Job review akan buat kita tersenyum lebar.. nak cuba? sila klik banner dibawah ini.. dan daftar.. =)

Hoho.. Rasanya cukuplah setakat ini teman share tentang pengalaman teman sebagai Blogger yang turut serta menjana pendapatan sampingan melalui Online..

Dan Entri ini dibuat khas untuk Contest Cabaran Terakhir iPhone 5s Impian Setiap Blogger, Setelah terpilih dalam senarai Tugasan Kedua,

Untuk Tugasan Terakhir ini Peserta haruslah membuat entri tentang Blogger Buat Duit Online.. masing-masing punya karisma tersendiri dalam menyampaikan pendapat serta perkongsian pengalaman mereka dalam menjana pendapatan online.. Teman berasa agak kagum..

Berikut adalah senarai penaja untuk cabaran iPhone 5S kali ini.
Penaja Utama
  1. http://amariman.com
Penaja Individu
  1. http://www.ombakcreatives.com
  2. http://ejamothman.com
  3. http://www.eridy.com
  4. http://www.hilalazmi.com
  5. http://www.eizil.com
  6. http://www.asamboi.my
  7. http://www.diarymama.com
  8. http://pendekarberkuda.org
  9. http://www.saji.my
  10. http://abangensem.com
  11. http://www.enveeus.com
  12. http://www.pakarniaga.com
  13. http://anarm.net
  14. http://www.daddydee.net
  15. http://www.sunshinekelly.com
  16. http://sweetkurma.com
  17. http://awn.my
  18. http://mawarmerah2008.com
  19. http://www.blogieta.com
  20. http://www.broframestone.com
  21. http://www.akmaomar.com
  22. http://khairilmazri.com
  23. http://wowberita.org/
  24. Japan Budget Trip
Ramai yang telah submit kan entri mereka, dan ada antara entri-entri yang teman suka baca ialah entri dari blog Blogger Kamil Salleh--> KLIK.. 


Kenapa teman kata begitu? kerana teman rasa begitu padat dan mantap sekali penerangan beliau dalam entri tersebut.. membuatkan teman terasa nak habiskan membaca dari mula hingga akhir..Serta jujur teman katakan, beliau layak untuk diiktiraf sebagai pemenang.. memandangkan dari segi Pengomen Terbanyak Blog Denaihati pun beliau tetap berada paling atas.. Dan, agak berbaloi sekiranya iPhone 5s jadi milik beliau kan?.. hu2.. kedengaran seperti bodek kan?? hahahaha.. nak bodek pun bukan dapat apa .. ye tak?


Apa-apa pun, kita hanya berusaha.. Kalah Menang semua Allah yang aturkan.. Dalam Hati memang sangat-sangat teruja kalau menang iphone 5S Impian Setiap Blogger tu.. walaupun teman dah ada henfon baru.. (Sony C3) namun teman tetap mengidamkan hadiah iPhone 5s tersebut.. Kalau menang, hajat hati nak hadiahkan kepada Kesayangan teman iaitu hubby teman sempena birthday nya nanti (Dis 2014).. Moga ada terselit rezeki teman dalam ke 5 pemenang iPhone 5s tu harapanya.. 



Terima kasih buat Tuan Denaihati Ilhamku kerana menganjurkan Contest seperti ini, ia sedikit sebanyak dapat memberi kemeriahan dalam dunia Blogger kita.. tQ Tuan Denaihati.. TQ jugak buat para sponsor yang menaja hadiah-hadiah untuk contest ini..

Jom singgah Blog : Denaihati.com
Jom LIKE Page Denaihati Network

Walaupun entri teman tak seberapa, tetapi semata-mata kerana ayat Tuan Denaihati "Jangan sesekali putus asa sebelum berusaha sehingga saat terakhir … tatap gambar iPhone 5s di atas untuk menaikan semangat. Sifat orang dahagakan kejayaan tidak akan pernah putus asa atau takut untuk mencuba. Tuah ayam nampak di kaki tapi tuah manusia siapa yang tahu" .
Teman tetap terus berusaha untuk Cabaran terakhir ini.. hu3.. sebenarnya.. ini 1st time teman join Contest yang melalui Cabaran demi Cabaran ini.. Agak mencabar mental dan fizikal rasanya.. memerlukan pengorbanan masa dan idea.. serta semangat juang yang tinggi untuk meneruskan hingga ke akhir garisan.. cewahhh! itu saja buat masa ni..Berdoa banyak2 moga kita semua dimurahkan rezeki..Aamiinn..


5 Ulasan

  1. subhanallah..murah rezeki...mintak tunjuk ajar =)

    BalasPadam
  2. Mmng berblog blh jana pndptn.. Tp skrng dh terhad nk buat tu semua..
    Gudluck ye kak..

    BalasPadam
  3. billion terima kasih sudi meneruskan cabaran terakhir iPhone 5s gajet impian setiap blogger dan semuga sukses.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama