Resepi Kuih Kasturi
Inti Kacang Hijau:
Bahan bahan:
250 gm kacang hijau - rendam
1 keping gula Melaka
1/2 cawan gula pasir - ikut manis disukai
Sedikit tepung gandum
Sedikit garam
Bahan Salut:
1/2 cawan tepung gandum
1/3 sudu besar marjerin
1 sudu kecil garam
Secubit gula
1/2 cawan air
Sedikit pewarna kuning telur
Cara buat inti:
1.Masak kacang hijau bersama air secukupnya hingga kembang, biarkan sehingga airnya hampir kering dan kacang hancur.
2.Masukkan gula melaka, garam dan gula dan tepung gandum,kacau rata dan biarkan hingga kering.
3.Angkat dan sejukkan. Bila sudah sejuk kepal inti bulat bulat sebesar ping pong dan kemudian dileperkan
Cara cara salutan:
1.Dalam bekas, campurkan tepung, marjerin, garam, gula. Masukkan air dan kacau menggunakan hand whisk supaya adunan cepat sebati. Tambahkan sedikit pewarna kuning.
2.Panaskan minyak dalam kuali sehingga benar benar panas, celupkan inti yang sudah dibentuk tadi ke dalam adunan tepung dan goreng sehingga keemasan.
3.Goreng sehingga rangup.Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Nota;
Boleh masukkan kelapa parut jika suka
0 ulasan:
Catat Ulasan