Nity

Nuff

12 Mei 2014

RESEPI CHICKEN GRILL VERSI TENGKUBUTANG N MIAW

RESEPI CHICKEN GRILL | Ok, kali ni teman nak share Resepi Chicken grill yang selalu teman dan hubby miaw2 masak tu.. heee.. kita mulakan dengan sediakan bahan2 sampingan dulu.. Ayam kita grill kemudian (tapi kena perap dulu tau, lagi lama perap lagi sodapp.. heeee.. ) jom tengok!

BAHAN-BAHANNYA
= Untuk Perapan/Marinade Ayam =
Bawang Besar 3 biji (untuk 8 legs ayam)
Bawang Putih (4 ulas)
Mix Herbs (3 sudu besar)
Rosemary (3 sudu besar)
Kicap Manis Kipas Udang (4 sudu atau lebih)
Sos Tiram (4 sudu atau lebih)
Serbuk Lada Hitam Kasar (4 sudu atau lebih)
=  Cara-Cara = 
Blend kan semua bahan diatas dan kemudian perap ayam yang telah dicuci bersih 
dengan bahan2 yang telah diblend tadi.. 

pastikan bahan2 yang di blend tadi disalut rata2 pada ayam tadi..

pastu boh dalam peti ais, kalau hubby teman dia akn buat mcm dalam gambo ni.. 
nak bagi bahan2 blend tadi sebati dengan ayam tu.. heeee.. 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

= Bahan2 dan Cara Buat Kentang Putar =
Rebus UBI KENTANG hingga lembut dan sejukkan, buang kulit..
lenyek2 kan kasi hancur tanpa tinggal ketul2 yea..
letak MARJERIN sikit
letak SUSU UHT sikit
letak LADA HITAM sikit
letak MAYONIS sikit
SIAP!
Update!! Yang kentang putar ni.. Sekarang teman buat cara mudah je.. Kupas kulit siap siap.. Pastu potong kecik kecik dan rebus.. Senang empuk.. Cepat sikit masak.. Pastu buang air rebusan dia then panas panas tu lenyek2 dgn senduk beso.. Pastu dah lenyek bagi tak berketul, masukkan sikit2 susu yang dibancuh dengan mentega,gula,garam(agak2 je boh, nak bagi rasa je).. Kalau nak kentang mcm kfc tu.. Lebihkan susu tu.. Kacau kacau.. Jgn terlebih lak kang cair sgt
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

= Bahan2 dan Cara Buat Coleslaw =
Kobis putih / merah (kalau ada dua2 lagi best!) - hiris nipis
Carrot - hiris nipis
Jagung frozen tu.. (takde takpe..) - rebus kejap
mayonisSos Coleslaw Ladys Choice
Susu UHT sikit
Serbuk Lada Hitam sikit
Campurkan semua bahan2 diatas dalam satu mangkuk, 
pastu letaklea mayonis Ladys choice tadi, kasi kacau sampai sebati.. 
pastu letak dalam peti sejuk yea.. 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

= Bahan2 dan Cara Buat Sos Blackpaper =
Cream Of Mushroom Soup x 8 sudu (untuk 8 legs ayam)
Susu tepung/UHT
serbuk lada hitam
kicap kipas udang
sos tiram
marjerin
Caranya, bancuh sup mushroom tu dulu dengan sedikit air suam.. 
kacau sampai tak berketul, campur susu UHT/susu tepung, 
letak dalam periuk dan panaskan dengan api perlahan, 
masukkan serbuk lada hitam, kicap dan sos tiram, 
jangan lupa marjerin sikit.. pastu bila dah sebati.. tutup api.. 
kalau pekat sangat tambah air.. 
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Okey,  Sos Blackpepper, Kentang Putar dan Coleslaw dah siap, sekarang tibalah masanya untuk bakar/grill ayam tadi.. haa.. teman grill dalam pemanggang Ajaib je.. heee.. grill macam biasa aje.. tak susah mana pun.. lepas dah sure Ayam masak sepenuhnya (hiris sikit tengok ada darah ke tak), baru leh angkat dan letak dalam pinggan yang telah sedia ada Kentang Putar dan Coleslaw tadi.. pastu apa lagi.. tuangkan sos blackpepper tadi atas ayam dan kentang putar tadi.. pastu.. apa lagi.. MAKANLAH! nyum2... heee.. gambo bawah ni rupaChicken Grill tu.. hehehehehe..

Chicken Grill Versi Tengkubutang

Upgrade, Tengok sini---->DINNER LAMB CHOPE HOMEMADE  .. hehehehehe.. 



Related Posts

30 ulasan:

  1. Huishhhhh lama ena tak buat chicken grill ni. Nak ambil tips mashed potato tu. dulu buat tak menjadi. Huaaaaaaaaaaaaaaa sedih!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang mesti ena dah pandai buat kan? Cayalah..

      Padam
    2. Sekarang mesti ena dah pandai buat kan? Cayalah..

      Padam
  2. Balasan
    1. Memang sedap dah mudah je. Try la awak..

      Padam
    2. Memang sedap dah mudah je. Try la awak..

      Padam
  3. sos blackpapper tu nampk mengancam pulak..
    pekat molek tue..
    slurrpppp~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhuhu.. Pekat tu yg sedap shark.. Try la buat.

      Padam
    2. Huhuhu.. Pekat tu yg sedap shark.. Try la buat.

      Padam
  4. wow...macam sedap jer ni..lama dah x buat bbq ke apa ke kat rumah....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeke. Kami pun sekarang dah jarang buat. Dulu.. Hari2.. Hahaha.. Jemu kot tu yg sekarang dah sliw sikit.

      Padam
    2. Yeke. Kami pun sekarang dah jarang buat. Dulu.. Hari2.. Hahaha.. Jemu kot tu yg sekarang dah sliw sikit.

      Padam
  5. Alah sedapnya ! tapi malas nye nak buat ! haha tggu lah aku dah kawen nanti, akan ku jejak semula resepi ini, bila baca sambil buat baru lah rasa semangat sikit, hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Havq.. Samala kita.. Dulu teman pun nacam tu.. Malas nk baca resepi tp sejak dah kawen.. Kena cari resepi best2 lak kena cuba.. Kenaaa.. Hahahaha

      Padam
  6. sedap tuh kak.... hidangan sampingan pun sedap... rupe yg dh siap bakar tarak ka?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha.. Baru ketak gambo nya ritu.. Hehehe

      Padam
    2. Haha.. Baru ketak gambo nya ritu.. Hehehe

      Padam
  7. alamak silap... terpanggil awak akak lak dik oi... maklum kepala tgh senoneng

    BalasPadam
  8. time-time pose ni jugak la dia tayang makanan hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha.. Sebab time pose je rajin nak masak2 camni.. Kih3

      Padam
    2. Hahaha.. Sebab time pose je rajin nak masak2 camni.. Kih3

      Padam

٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥
adik2, kakak2, abg2, ibu2, bapak2, pakcik2, dato2, tan sri2, maceh sebab sudi singgah n follow, meh lea komen sekali yea.. u olz mmg da gajus eh silap da gojes in da world lah! thanxxxx.. muah3 100000000000X buat u olz...!
٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ ٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥

GA New

Innity Mobile

nuffy2

BV2019 - 2

nity 2