APA ITU PSORIASIS?

Kenali apa itu psoriasis
Hai.. Salam petang buat semua, tadi masa nak godeh2 FB, teman ternampak satu info tentang Psoriasis .. Rasa tergerak hati lak nak simpan dalam entri teman ni.. bukan untuk siapa tapi untuk diri teman sendiri.. 2 tahun lepas teman pernah jugak hadapi simpstom2 macam dalam artikel ni, tapi x seteruk mereka.. dan apa yang pasti teman sendiri confiuse yang teman ni sakit kulit ke apa.. bila jumpa doktor, doktor kata Psiorisis, dan bila jumpa doktor lain lak dia kata Ekzema.. teman pun xtau mana satu.. malas nak fikir sebab gejala kulit kering tu x berlaku selalu dan kini dah hilang sedikit demi sedikit.. maybe start makan vit C kot.. 
wallahualam.. apa2 pun teman nak jugak buat entri ni just untuk korang Kenali apa itu psoriasis. Supaya korang dapat menilai dan tahu punca2 serta cara untuk elakkan.. entri ini juga teman buatkan untuk seorang blogger ( x ingat nama blog dia) yang juga menghadapi masalah yang sama yang berlaku pada anaknya.. moga blogger tersebut jumpa jalan penyelesaian dan ubat yang sesuai untuk anaknya.. sama2 kita doakan yea.. hemm.. tak mau citer panjang.. jom baca ni.. BACA SAMPAI HABIS YEA.. ILMU nii..
Kenali apa itu psoriasis
Seseorang yang mempunyai penyakit psoriasis biasanya akan mengalami keadaan di mana terdapat di bahagian-bahagian tertentu pada kulit mereka yang bertompok-tompok dan bersisik.
Ia biasanya terdapat pada siku, lutut, kulit kepala, dada dan bahagian bawah belakang badan. Walau bagaimanapun, ianya boleh timbul di mana-mana permukaan kulit termasuk di bahagian sulit. Psoriasis juga boleh melibatkan kuku yang menjadi rapuh dan kekuningan dan ada juga yang mengalami masalah sendi-sendi (arthiritis).
Psoriasis sering disalah anggap sebagai penyakit kulit yang berjangkit seperti kurap tetapi ia sebenarnya tidak berjangkit. Anda tidak akan menghidap penyakit ini walaupun bersentuhan dengan pesakit psoriasis. Walau bagaimanapun, ramai beranggapan begitu oleh kerana keadaan fizikalnya yang mencacatkan rupa bentuk kulit seseorang pesakit itu.
Contoh keadaan kulit psoriasis yang jelas dipermukaan kulit
Pesakit yang mengalami Psoriasis memerlukan rawatan berpanjangan untuk mengawal penyakitnya itu tetapi mereka juga memerlukan pemahaman yang baik tentang penyakit tersebut agar tidak menjejaskan keyakinan diri mereka.
Penyelidikan terhadap penyakit ini hanya menunjukkan bahawa ianya ada kaitan dengan faktor genetik. Namun apa yang menyebabkan ianya datang, pergi dan kembali semula mungkin disebabkan oleh faktor-faktor lain seperti:
*Infeksi
*Reaksi terhadap sesetengah ubat-ubatan
*Kecederaan pada kulit
*Tekanan
*Cuaca
*Lain-lain faktor seperti merokok dan pengambilan alkohol

Faktor-faktor di atas juga boleh mempengaruhi kondisi psoriasis seseorang pesakit itu menjadi semakin teruk jika tidak mendapat rawatan.

Di Malaysia, lebih kurang 2% penduduk mengalami penyakit ini dan kebanyakannya muncul di peringkat dewasa walaupun terdapat kes-kes yang melibatkan kanak-kanak dan bayi.

Psoriasis sebenarnya adalah kondisi di mana sel-sel kulit mengalami proses matang yang lebih cepat dari biasa. Jika sel-sel biasa mengambil proses kitaran selama 28 sehingga 30 hari, sel-sel kulit psoriasis pula mengambil masa 3 sehingga 6 hari sahaja.

Akibatnya sel-sel ini bergerak ke atas menuju ke permukaan dengan cepat lalu menghasilkan sisik-sisik tebal yang jelas kelihatan. ianya juga mengakibatkan saluran darah di bawah kulit menjadi lebih lebar dan meningkatkan aliran darah.

Peningkatan bekalan darah ini menjelaskan kehadiran tompok-tompok bersisik ini dan menjadi merah apabila digaru dan mudah berdarah.

Pesakit psoriasis dan kehidupan seharian
Psoriasis boleh terdapat di mana-mana permukaan kulit
Tidak seperti penyakit kronik yang lain, pemakanan pesakit yang mengalami psoriasis tidak berkait antara satu sama lain. Psoriasis dialami oleh semua kaum di Malaysia, contohnya, walaupun juadah makan setiap kaum amat berbeza.
Ianya juga tidak sepatutnya menjejaskan perhubungan seks sekiranya pasangan itu memahami penyakit ini.
Psoriasis juga tidak akan menjejaskan kehamilan dan proses kehamilan. Kadangkala, keadaan Psoriasis mungkin akan bertambah baik sewaktu kehamilan atau sebaliknya bertambah buruk.
Walaupun terdapat kaitan genetik di dalam penyakit ini, adalah sukar untuk membuat ramalan samada anak yang dilahirkan itu akan menghidap Psoriasis atau tidak. Terdapat keadaan di mana beberapa ahli keluarga menghidapi Psoriasis pada masa yang sama tetapi ada juga pesakit-pesakit yang tidak mempunyai sejarah keluarga seperti itu.
Rawatan dan Sokongan
Walaupun tidak ada rawatan yang boleh menyembuhkan Psoriasis namun ada banyak cara untuk meredakan penyakit ini. Pelbagai ubat-ubatan seperti krim dan salap boleh didapati untuk mengawal tanda-tanda penyakit ini. Rujuklah kepada pakar kulit jika mengalami tanda-tanda Psoriasis.
Jangan mengambil ubat-ubatan tanpa pengawasan doktor kerana ia boleh menyebabkan kesan sampingan yang buruk seperti kerosakan hati, buah pinggang dan sum-sum tulang.
Persatuan Dermatologi Malaysia baru-baru ini melancarkan KULIT – Kempen PDM 2007 Hidup bersama Psoriasis bagi memberi penerangan dan informasi tentang penyakit ini kepada orang ramai.
KULIT membawa makna yang lebih mendalam iaitu:
K - knowledge ataupun pengetahuan yang amat penting tentang penyakit ini
U - singkatan you atau anda yang mengalami psoriasis
L - living atau hidup dengan penyakit ini dan menghadapi cabaran seharian
I - Interaction atau interaksi dengan orang lain 
T - treatment atau rawatan adalah perlu.

Pesakit-pesakit psoriasis juga boleh mendapat bantuan sokongan daripada Persatuan Psoriasis Selangor dan Wilayah Persekutuan. Hubungi Eugene Cross di 03 - 8948 4335 untuk keterangan lanjut.
Rujukan:  

28 Ulasan

  1. Ok kakak suka info / N3 begini. Terima kasih. Kakak ada teman yg anak dia mengalami begini. Tapi sekejap baik dia akan berulang kembali. Pemakanan tapi banyak dipantangkan terutama seafood kesian tengok sebab kalau sampai rekah kena air masa mandi jadi pedih... bibik dia pulak tu main sental semacam aje dgn sabun...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Allah.. yeke? sakitnya kalau kena sental kat bahagian tu kak.. teman pernah kena dulu, teman tau camne rasa dia.. gatal n pedih.. teman bersyukur teman x seteruk yang lain.. sebab tu teman nak diorang yang hadapi Psiorisis ni temui penawar untuk sakit ni.. kesian kan..

      Padam
    2. Assalamualaikum….selain dr injection, supplement or alternatif lain…sy ada cara rawatan & ikhtiar utk eczema,psoriasis,kurap,panau dan sakit kulit yg lain, iaitu produk medicserum by renoskin…In shaa Allah, atas kehendak-Nya sakit2 tu dpt dikurangkn & memulihkn…sy x dpt nk reply msg anda tp anda boleh follow fb sy rossa lieza or boleh pm sy 016-9755657 utk lebih detail...
      -agen sah produk renoskin_medicserum…tq

      Padam
  2. bagus n3 ni..dpt memahamkan lagi tentang penyakit ni....akak memang kesian bila tengok orang yg kena psoriasis ni..(tahap dah teruk)..:)..kena ikhtiar cara lain selain ubat doctor..amik supplement lebih..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul.. ya Allah.. teman tengok gambo kat atas ni pun dah macam dapat rasa kesakitan dan derita yang diorang alami..moga cepatlah temuai penwar untuk sakit ni..

      Padam
  3. hai , saya adalah penghidap psoriasis . sume ni memang betul . eczema dgn psoriasis ni ada beza tapi kalau org tak tau dorg anggap benda sama .. kurap ... saya pun penghidap dari kecik lagi . tapi alhamdulillah lepas ada try 1 produk ni dia berkesan dalam meredakan psoriasis ni sbb benda ni berulang dan merebak... kalau ada yang nak tau boleh ke blog saya ohdanee.blogspot.com atau email je saya kat ffany.xi@gmail.com .

    BalasPadam
    Balasan
    1. o yeke.. Danee pun penghidap psioriasis gak? tahap mana tu? teman masih konfius ekzema dan psiorisis.. nanti nak kena rajin2 google perbezaan ekzema n psiorisis.. sebab teman pernah kena dulu.. tapi dekat kulit kepala jea.. kat badan xde.. tu yg confiused

      Padam
    2. assalamualaikum tengku :)
      macam yang tengku minta , ni post briefing pasal psoriasis
      http://ohdanee.blogspot.com/2013/02/cure-untuk-penghidap-psoriasis-apa-itu.html

      ni pula cerita saya pasal menghidap psoriasis and ada recommend ubat untuk pesakit psoriasis
      http://ohdanee.blogspot.com/2013/02/hidupku-dilemma-psoriasis-sobs.html

      untuk perbezaan antara eczema dan psoriasis tu insyaAllah saya akan buat pada masa akan datang :)

      Padam
  4. Wah. Bahaya ni. Saya pun ada berlaku macam ni, Tapi 1 tempat je. Hilang dlm semggu lepas tu kembali. Susah nak kawal benda ni... =(

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau pernah kena jangan garu yea zack, sebab kalau digaru kat kawasan yang kena tu, pastu pegang lak kat anggota badan yang lain (badan sendiri) ia akan merebak.. kalau terkena kat org lain xde apa2..

      Padam
    2. Assalamualaikum….selain dr injection, supplement or alternatif lain…sy ada cara rawatan & ikhtiar utk eczema,psoriasis,kurap,panau dan sakit kulit yg lain, iaitu produk medicserum by renoskin…In shaa Allah, atas kehendak-Nya sakit2 tu dpt dikurangkn & memulihkn…sy x dpt nk reply msg anda tp anda boleh follow fb sy rossa lieza or boleh pm sy 016-9755657 utk lebih detail...
      -agen sah produk renoskin_medicserum…tq

      Padam
  5. Salam Tenku butang,

    Terima kasih atas info yang cukup bermanfaat. Mak Aji ada dengar org kata, penyakit kulit ni ada juga kaitan dengan usia, semakin tua, semakin tinggi risiko untuk mendapat penyakit kulit, sebab tembok pertahanan semakin runtuh!

    BalasPadam
  6. Bagus info ni.. mmg pernah kena kegatalan kulit, tetapi bukan yg serius suatu waktu dahulu. Sewaktu dirawat, sy pernah berjumpa beberapa org yg gatalnya spt gambar di atas.. org2 tu mmg kena dtg ke huspital diatas jadual yg ditetapkan utk rawatan. Sy rasa, mereka itu mengidap penyakit spt itulah.. sbb masa tu sy bersekolah lagi & tak tahu ttg penyakit2 mcm ni. Thanks sharing ye :)

    BalasPadam
  7. Bagus jugak beri info ni, at least senang paham

    BalasPadam
  8. Info yg sangat berguna bagi saya yg menjual suplement...tq tenku butang

    BalasPadam
  9. Info yg sangat berguna bagi saya yg menjual suplement...tq tenku butang

    BalasPadam
  10. Thanks for this great article…

    BalasPadam
  11. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  12. Hai..saya pun penghidap psoriasis, jemput singgah blog saya. Terima kasih

    BalasPadam
  13. Sesiapa yg ade penyakit macam gini boleh hubungi saya untuk rawatan.InsyaAllah saya boleh membantu.
    Layari www.momstoreretail.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Klik link ini untuk testimoni penyakit psoriasis

      http://momstoreretail.blogspot.com/2016/05/pengedar-shaklee-johor-bahru-testimoni.html

      Padam
  14. Terima kasih untuk maklumat. Kami dari wong medical centre ada menyediakan ubat herba tradisional untuk penyakit kulit psoriasis. Jika anda inigin mengetahui lebih lanjut tentang ubat atau ada sebarang pertanyaan sila hubungi kami di talian +6012452007

    BalasPadam
  15. Saya penghidapnya.. and im sick of this thing :-(
    Mcm chipsmore.. dah baik mari lg :-(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum….selain dr injection, supplement or alternatif lain…sy ada cara rawatan & ikhtiar utk eczema,psoriasis,kurap,panau dan sakit kulit yg lain, iaitu produk medicserum by renoskin…atas kehendak-Nya sakit2 tu dpt dikurangkn & memulihkn…sy x dpt nk reply msg anda tp anda boleh follow fb sy rossa lieza or boleh pm sy 016-9755657 utk lebih detail...
      -agen sah produk renoskin_medicserum…tq

      Padam
  16. tenku butang..boleh tak saya copy info pasal PSORIASIS ni dalam blog saya?

    BalasPadam
  17. boleh ihktiar dengan cellmaxx. cellmaxx akan menghasilkan sel-sel baru utk pulih sel-sel yg rosak sperti penyakit psoraisis ini. Setiap penyakit ada ubatnya insyAllah...kita cuma perlu ihktiar. sy minum dan sy jual CELLMAXX 0135000566

    BalasPadam
  18. Hey tony! Nama saya Julia, terima kasih atas ketenangan maklumat yang anda bagikan mengenai Dr. Iyabiye mengenai penyembuhan hepatitis, dia dalam keberkahan saya menghubungi dia dan saya sembuh selepas memohon rawatannya. Beliau menghantar saya ubat melalui khidmat kurier DHL yang mudah untuk saya dapatkan dan mengambil ubat selama 4 minggu dan saya pergi ke hospital selepas itu untuk ujian dan negatif. Saya datang ke sini untuk memberitahu anda bahawa anda betul-betul di mana-mana ubatnya, semuanya baik dengan saya sekarang. Terima kasih banyak - banyak. Hanya sekiranya ada sesiapa di luar sana yang ingin menghubunginya, di sini adalah kenalannya: iyabiyehealinghome@gmail.com Panggilan / Whatsapp: +2348072229413

    BalasPadam
  19. Åšwietna sprawa. Pozdrawiam serdecznie.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama