Nuff

03 Oktober 2013

KERANA KES AYAM MASAK MERAH, TAKUT NAK BERHADAPAN ORANG RAMAI


Keluarga pengantin minta masyarakat tidak pandang serong 

SUNGAI PETANI - Keluarga yang mengadakan kenduri kahwin di di Kampung Huma, Tanjung Dawai dekat sini yang berlaku kes keracunan makanan sehingga empat orang maut dan lebih 270 lagi menerima rawatan di hospital, berharap masyarakat tidak memandang serong kepada mereka berikutan kejadian itu.
Ibu pengantin perempuan, Fazliyaton Nawawi, 46, berkata peristiwa itu menyebabkan dia tidak berani keluar rumah walaupun jiran-jiran di sekeliling dilihat tidak menyalahkan mereka dalam kejadian itu. 

Katanya apa yang berlaku ketika ini, banyak pihak di media sosial, Facebook yang menyalahkan mereka berikutan kejadian itu sedangkan dia sendiri, serta anak sulung dan anak ketiganya turut keracunan makanan, dan menerima rawatan di Hospital Yan sejak Ahad hingga petang semalam.

"Takut nak berhadapan dengan orang ramai. Walaupun masa di wad saya lihat orang boleh terima apa yang berlaku, tapi rasa takut masih ada kerana rasa bersalah. Kepada tetamu saya mintak maaf banyak-banyak. 

"Apatah lagi yang meninggal tu adalah kawan-kawan dan anak saudara saya sendiri. Mintak tolong hentikan yang mengata di Facebook. Orang yang datang kenduri Sabtu lepas tak kata apa," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Katanya kesan kejadian itu, dia sendiri masih merasa takut untuk berkunjung ke rumah keluarga mangsa yang meninggal itu tetapi beliau tetap akan pergi mengunjungi keluarga mangsa.

Bapa pengantin perempuan, Yusof Ahmad, 52, berkata niatnya mengadakan kenduri itu hanya untuk meraikan majlis perkahwinan anak keduanya daripada tiga beradik, Hasliyana, 22, dengan pasangannya, Mohd Fauzan Zakaria, 26, 

"Tak sangka macam ni jadinya. Panggil kenduri ni untuk meriahkan majlis Ada juga yang dok kata bubuh racun. Takde niat macam tu," katanya. 

Katanya kerana fobia dengan kejadian itu, dia merancang untuk tidak mengadakan sebarang kenduri pada majlis perkahwinan anak sulungnya yang dijangka pada Mei tahun depan. 

Hasliyana pula berkata dia sendiri mahu majlis itu diadakan dan mengeluarkan belanjanya kerana ini kenduri kahwin yang pertama dalam keluarganya. 

Sumber
Bernama

Related Posts

17 ulasan:

  1. hadoi mesti trauma kan.. kesian jugak kat depa..

    BalasPadam
  2. Aah, tak tahu macam mana nak berhadapan dgn masyarakat lepas ke jadikan ni

    BalasPadam
  3. sudah tentu keluarga ni rasa bersalah sangat2...ini melibatkan nyawa orang...kita yg tak tahu cerita lebih baik jgn duk cakap benda2 yang kita tak tahu

    BalasPadam
  4. Kesian juga kan.. nak kahwin boleh terjadi mcm tu. Pasti seumur hidup x kan lupa...

    BalasPadam
  5. Anggaplah ini adalah dugaan dan ujian Allah untuk mereka. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya

    BalasPadam
  6. pd ayie la..tanggungjawab tuan rumah utk menyediakan mknan yg bersih kpd tetamu nya. sbb memenuhi jemputan mmg wajib dlm islam.

    bila bahan maknan sudah berbau busuk jgn lah di masak lagi..ganti la dgn yg baru dan elok wlu terpaksa keluar modal lain..

    BalasPadam
  7. simpati sgt ngan family nie.. mereka xsalah benda nk jd kan.. Buat yg mengata tu berentikan lah kiter xtau ujung pangkal nnt susah nk minta maaf kan.. Semoga Allah beri ketenangan buat family nie n bg yg mengata tu fikirkan lah jika ini berlaku dekat anda pula, kita xtahu ape akan jd dimasa akan dtg kan.. Ada masa nyer kita boleh kawal keadaan ader masa nyer kiter terlepas pandang jd kan lah pengajaran buat semua..

    BalasPadam
  8. trauma habis dah mereka ni agaknya..takut dah nak buat kenduri..org lain sekeliling pun mgkin ada jgk yg takut nak buat atau hadiri kenduri..lg2 yg dah kena sakit perut tu.. Apapun ini semua dugaan Allah belaka..yang meninggal tu pun dah ajal dia macam tu.

    BalasPadam
  9. kesiannya mereka.. trauma sampai sudah..

    nnt bg alamat kat akak yer untuk teka gambar..tinggal di kotak komen je...tahniah yew

    BalasPadam
  10. Tula..imahpun terkejut pasal benda ni. selalu kalau makanan xbersih, sakit perut ja. Tapi yg ni sampai meninggal. ajal mereka sama. kisah ni pun boleh wat pengajaran utk kita semua. kesian dkt keluarga tuan rumah. mesti trauma. keluarga mangsa pun mesti trauma juga. Mintak2 semua selesai cara baiklah..

    BalasPadam
  11. Tu la masyarakat..cepat sgt nak menuding jari tanpa memikirkan perasaan mereka yang terlibat. Yang pastinya tuan rumah sendiri ingin share kegembiraan meraikan perkahwinan anak mereka dgn org kg n sdra mara, apa yg berlaku tiada siap menduga..anggaplah semua itu ujian dr Dia Yg Maha Esa..jgnlah kita beri tekanan pada keluarga tuan rumah. Sama2 kita doakan mangsa yg masih mendpt rawatan supaya cepat sembuh. Kpd keluarga mangsa yg meninggal takziah buat mereka..semoga mangsa yg meninggal ditempatkan diklgn mereka yg beriman..al fatihah..

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum kak tengku. kesian juga mereka. bukan mereka letak racun. takkan punya sampai hati nak racun tetamu dan saudara sendiri kan. semoga mereka sabar menghadapi dugaan ni. pihak luar, jangan buat spekulasi melampau. ini dugaan dan takdir yang Allah dah beri. kita kena terima.... insyallah..

    BalasPadam
  13. kesian jgak tuan rumah, tapi benda dah nak jadi, nak buat macamna..Bersabar jelah..

    BalasPadam
  14. mmm itu lah.nk kate aper lg.maut tu dtg je xkira masa.takziah utk semua keluarga mangsa :/

    BalasPadam
  15. Sebagai pengajaran untuk kita, menitik berat kebersihan sangat penting dalam penyediaan makanan, biaq pilah orang kata cerewet ka pa... yang penting hadirin puas hati dan selamat

    BalasPadam
  16. lepaih nie nk bt knduri amik ja catering puas hati,biaq bayaq mahai xpa jnji sedap,..kalau jd apa2 tu tggungjwb pihak catering..tup2 pihak catering mstilah mnjaga terutamanya sbb mkanan berbayar tu...

    BalasPadam

٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥
adik2, kakak2, abg2, ibu2, bapak2, pakcik2, dato2, tan sri2, maceh sebab sudi singgah n follow, meh lea komen sekali yea.. u olz mmg da gajus eh silap da gojes in da world lah! thanxxxx.. muah3 100000000000X buat u olz...!
٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ ٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥

nuffy2

GA New