Langkau ke kandungan utama

Novel Encik Separuh Nyawa by Cyda Yusof

"Salam.. teman menang Novel+autograf [karya sendiri] by Noor Rasyidah 

Haaaaa.. ni cerita tahun lepas punyaa.. ayat diatas tu adalah petikan dari mesej yang teman pm di FB Blogger Cyda Yusof semasa menuntut hadiah bertarikh 22/11/2014.. haa.. kann.. tahun lepas punya citer.. hu3.. tapi saja nak share betapa bertuahnya teman sebab ketiga-tiga blog teman menang hadiah dari Giveaway yang sama.. (Blogger Area Mega Giveaway) Syukur.. 

Tapi paling syok la Blog Kucen teman iaitu (Kucen Kucen Belog) menang Novel dari Cyda Yusof ni.. dah lama tak baca Novel.. dan pernah teringin nak beli Novel.. tiba-tiba dapat pulak hadiah Novel.. aiyooo.. hepi gilak teman tauu.. 

Memang dari hari tu cadang bila dah terima Novel tu, nak baca cepat2 sampai habis.. pastu nak buat review.. tapi.. adoiii.. teman busy sangat sampai terlupa sekali nak buat entri ucap terima kasih kepada Penganjur dan sponsor Blogger Area Mega Giveaway hadiah yang teman dapat ni.. 

So, bila teringat hari ni, tu yang cepat-cepat buat entri ni.. heee.. Sebenarnya entri ni pun bukan review lagi pun.. sebab teman masih tak sempat nak habiskan baca Novel yang best tu.. aduh.. serius.. memang busy sangat-sangat.. tak tahu bilalah masa yang sesuai untuk habiskannya.. 

Kalau nak buat review, haruslah baca sampai habis kan.. so.. tunggulah teman habiskan dulu ye.. setakat ni.. teman memang suka baca Novel ni.. ada bahagian-bahagian yang kelakar dan ada bahagian-bahagian yang teman rasa macam diri teman pun yea.. huhuhuhu.. Kalau korang nak tau apa kisahnya.. jom baca Sinopsis dia kat bawah ni.. buat Cyda Yusof.. tQ so much yea hadiah ni, Buat Tuan Blogger Area.. tQ jadi penganjur.. heee..
Penulis: Cyda Yusof.
Penerbit: Karystos Creative
Harga: RM 25

Sinopsis:
Blurb

Apa salah aku??? Kenapa kau buat macam ni, Rizal? Kenapa kau tinggalkan aku di hari pertunangan kita yang semakin hampir?
Dan kenapa sekarang kau menagih cinta aku kembali? Kenapa kau muncul semula di saat cinta aku dah beralih arah???
Aku cintakan Amir…hati aku milik Amir…tapi Amir dah jadi tunangan orang…. kenapa bukan Amir yang menjadi tunangan aku?
Kenapa??? Andainya Amir yang menjadi Encik Separuh Jiwaku, alangkah indahnya dunia ini aku yang punya…. - NAMIRA RASYIFAH

Nami….aku juga cintakan kau….aku sayangkan kau….tapi aku tak tahu sama ada cinta aku ini benar-benar teguh ataupun tidak untuk kau….aku tak pasti adakah aku layak untuk bergandingan dengan kau….andai kau jodohku, aku terima…tapi jika kau bukan untukku, aku redha…aku pasrah… - AMIRUL NAZMI


Amir, kau tak layak bergandingan dengan Nami…kau siapa, aku siapa? Aku ni kerabat diraja…akulah yang paling layak berganding dengan Nami…. aku yang lebih sayangkan dia dari kau… akulah yang sepatutnya jadi pilihan Nami… kau jangan perasanlah Amir!!! – LUTFI


Aku mohon maaf Nami…kembalilah kepadaku…aku tersilap langkah…dia bukanlah yang layak denganku…hanya kau yang layak Nami…aku cintakan kau…aku sayangkan kau…jomlah kita kahwin…aku akan jaga kau…tak kira walau apapun,aku akan miliki kau…tak ada yang layak selain aku!!! – RIZAL


Kau jangan perasanlah Nami…tak ada yang layak pun untuk kau! Dahlah kolot, dress up macam makcik-makcik…kau ingat diorang betul-betul ke nak kat kau? Jangan nak poyolah dengan aku…aku lagi cantik… dahlah up to date lagi…Amir dan Lutfi tu milik akulah!!! - ELIA
BAB 1-25 ENCIK SEPARUH JIWA Boleh di baca di sini:

Untuk Pra - Order, boleh singgah ke sini:



Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 




Ulasan

  1. Hehehe..Terima kasih sangat-sangat dekat tengkubutang sebab sudi tepek entry ni.. Macehhhhh :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama-sama cyda.. nanti teman review klu dah baca abis

      Padam
  2. wah..cerita kala best memang takkan berenti baca

    BalasPadam
    Balasan
    1. tau takpe nad.. ni pun menggelupur nak smabung baca.. masa je tak mengizinkan

      Padam
  3. hehehe nanti iols bace review sajalah.. :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha2.. review memang terbaik lah, cuma tak sempat nak abiskan helaian nya.. jom jom beli sebijik

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI

  RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI Bahan (Sos): - 3 biji bawang merah - 5 ulas bawang putih - Cili padi merah & hijau - 1/2 inci halia muda - 3 batang akar ketumbar - 3 sudu Palm sugar/brown sugar - 1/2 kiub ayam - 3 sudu sos ikan - 1 sudu serbuk limau nipis - 3 biji limau nipis (ambik jus) - Daun ketumbar (hiris) Bahan (Sotong & inti): - Sotong (perap dengan 1/2 biji lemon & 1 sudu olive oil selama sejam - 2 biji kentang (lenyek & rebus) - 1 mangkuk kecil ayam kisar - 1 biji bawang besar (dadukan) - 3 ulas bawang putih (cincang) - 3 sudu sos tiram - 1/2 kiub ayam - Lada hitam - Daun bawang (hiris halus) Cara penyediaan: 1. Blend bawang merah, bawang putih, cili padi, halia & akar ketumbar. 2. Masukkan bahan blend tadi & masukkan air, palm sugar/brown sugar, sos ikan & kiub ayam. 3. Rebus sehingga likat. Tutup api & masukkan serbuk limau nipis, limau nipis & daun ketumbar. Siap sos. 4. Tumis bawang merah, bawang putih. 5. Masukkan ayam kis...

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR Haaaa.. Entri kali ni TB buat khas buat sahabat teman si 3 suku tu.. Kasih namanya.. anaknya yang hensem bernama Fahri tu suka sangat dengan Dinosaur ni.. Fahri suka panggil "Dino" nama pendek haiwan ni.. Hehehe..  Dah banyak koleksi Dino Fahri kumpul.. Dari Dino saiz kecik hinggalah ke saiz besar, dari yang jenis keras hinggalah ke jenis lembut, siap boleh bergerak-gerak, dan ada bunyi-bunyi lagi..  So, kali ni TB nak tujukan entri ni untuk Kasih dan Fahri.. haha.. korang tengok dan baca tau! hahahaha..  Nama Dinosaur Beserta Gambar  Haaa.. Korang pernah tengok Dinosaur kan? Maksud TB tengok kat Movie la, bukan yang real.. haha.. TB suka tengok Filem kisah Dinosaur ni, macam Jurassic Park tu ke kan.. kartun Dinosaur pun TB sukaaa.. haha.. Antara kartun yang TB suka The Good Dinosaur.. Si Arlo yang bertengkuk panjang tu.. hehehe.. Comel sangat... Jenis ni dipanggil  Brontosaurus tau.. Tapi sebenarnya ...
  Resepi Ketam Masak Pedas Ala Thai Bahan-bahan :- -Ketam -1 Batang Serai (saya blend sekali dgn bwg) -10 keping Daun limau purut -Daun Ketumbar -Cili api (saya tak guna pun) -Bawang Merah blend -Bawang Putih blend -Halia blend -Asam Keping -2 Sudu Serbuk Kari -3 Sudu Cili Giling -2 Sudu Cili Thai (saya guna kiub tomyam maggi) -Gula & Garam sedikit Cara Memasak :- -Rebus ketam -Air rebusan ketam jangan buang, sebab nak diguna sebagai kuah nanti -Panaskan minyak -Masukkan bahan blend dan serai hingga naik bau -Masukkan cili giling dan kari hingga pecah minyak, kemudian Paste cili thai. -Dah pecah minyak masukkan Air rebusan ketam tadi ikut suka byk mana -Masukkan asam keping, gula dan garam. -Masukkan ketam, daun ketumbar dan daun limau purut. -Dah mendidih, tutup api dan tutup periuk, biar bau dan rasa masakan tadi sebati -Enjoyyy Kredit Resepi : mahfuzah ami n