Langkau ke kandungan utama

New Year Giveaway with Eversoft Skinz Youth Recall by AJ

"New Year Giveaway with Eversoft Skinz Youth Recall by AJ"
Tiba-tiba hari ni terasa nak join Giveaway le pulak..  Nak pulak ternampak hadiah yang OH WOW.. Kebetulan teman pun sedang FREE sikit sekarang, bolehlah join.. Hadiah yang ditawarkan pulak sangat-sangat membuat teman teruja.. Merah Menyala Pakackgingnya yang buat teman tertarik sangat-sangat nak mencuba.. 

Ho2.. Nak Mencuba untuk memenangi Produk tersebut.. Opsss.. nak menang? kenalah join Giveaway ni dulu kan AJ?

Haaa.. korang rasa teman ada rezeki tak jadi salah seorang pemenang? ho2.. berangan terlebih pulak teman ni kan! Ha2.. itu semua terpulang kepada Rezeki dari Allah SWT la kan.. Kalau tertulis teman menang.. syukur Alhamdulillah.. Kalau tertulis sebaliknya (gagal) teman redha aje..
ho2.. 

Yang penting sekarang korang kena tahu Mengapa Teman Harus Memenangi hadiah produk ini? haaaa.. kalau korang nak tahu.. jom baca kenapa teman iye-iye beno nak menang hadiah ni? TETAPI baca ni dulu ye!
Kandungan yang terdapat pada 
Eversoft Skinz Youth Recall :

Menggunakan ramuan tradisional semula jadi yang dapat mengatasi antipenuaan. Digunakan oleh wanita-wanita Jepun. Antara bahan yang digunakan adalah seperti...

Rumpai Laut Wakame - kaya dengan Kolagen-Pyhto, membantu meningkatkan tahap kolagen dan membantu mengurangkan kedutan wajah serta mengembalikan keanjalan kulit.

UME - dikenali sebagai aprikot Jepun. Mengandungi bahan antiglisasi yang melindungi kulit dengan menyekat AGE ( Advance Glycation End ) yang mengakibatkan kulit menjadi kusam. Ia digunakan secara tradisional dalam ubat-ubatan Jepun untuk mencerahkan dan menyamakan tona kulit.

Hiarurin San ( Asid Hialuronik Luar Biasa ) - dikenali sebagai "pancuran keremajaan". Ia mengunci kelembapan untuk hodrasi berpanjangan bagi memelihara kelembutan, kelicinan dan kecerahan kulit.

Rasanya hampir sebulan jugak teman tidak menjaga penampilan wajah kerana disebabkan penyakit gatal-gatal di badan dan muka sejak sebulan lalu kerana alahan pada kutu/hama kucing.. Namun, Alhamdulillah kini kulit wajah dan badan semakin OK dan hampir pulih sepenuhnya.. So, "Teman harus memenangi Rangkaian Product Eversoft Skinz Youth Recall ini kerana teman memang sedang tercari-cari produk terbaru untuk wajah teman ini.. Niat hati memang hendak mencantikkan kembali kulit wajah dengan sesuatu produk yang terbukti berkesan dan telah diakui ramai seperti Rangkaian Product Eversoft Skinz Youth Recall. Semoga teman dapat kembali wajah yang teman ingini seperti sebelum ini dengan bantuan Eversoft Skinz Youth Recall." 

Tambah sikitttt... Sekiranya teman memenangi hadiah ini, temanlah orang paling gembira (ecececeh... serius laaa.)

"Eversoft Skinz menjadi pilihan untuk kekal cantik di Tahun Baru 2015 kerana ramai yang mengakui bahawa produk EVERSOFT Skinz benar-benar berkualiti dan terbukti berkesan yang mencantikkan penampilan mereka agar tampak lebih muda dari usia sebenar dimana seperti yang kita tahu ia telah diilhamkan oleh keindahan dunia khayalan dan abadi wanita Jepun. Dengan menggabungkan bahan-bahan semulajadi yang terdapat dalam produk penjagaan kulit Jepun dan inovasi terkini dalam penjagaan kulit, Eversoft Skinz mampu mewujudkan rasa keyakinan pada diri si pemakai hingga memukau mata seluruh dunia.. kerana ianya telah terbukti berkualiti dan berkesan!

Okeylah itu saja dapat teman kongsikan.. jangan biar teman menaip.. kalau dah menaip.. macam ni lah jadinya... tak mahu stop.. ha2.. Apa-apa pun.. kalau dapat Hadiah Eversoft Skinz Youth Recall  ni dapatlah teman memulakan rejim mencantikkan wajah kembali.. agar hubby terpesona melihatnya.. hehehehehe (gelak gatai..)

Note : Buat AJ.. heee.. awok memang makin lawo selepas guna produk  Eversoft Skinz Youth Recall! (ni ikhlas tau bukan bodek) .. K bye... ha2...  

Jom Singgah dan kenali lebih dekat produk Eversoft Skinz

Klik---> Facebook Page Skinz 



Ulasan

  1. good luck ye...cik dila pun nak join kalau sempat..huhu

    BalasPadam
  2. hehe kalo belum tarikh tutup on sunday baru join.. gud luck ^^

    BalasPadam
  3. salam..singgah cn
    http://mummysupplementshop.blogspot.com/2015/01/new-year-giveaway-with-eversoft-skinz.html

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI

  RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI Bahan (Sos): - 3 biji bawang merah - 5 ulas bawang putih - Cili padi merah & hijau - 1/2 inci halia muda - 3 batang akar ketumbar - 3 sudu Palm sugar/brown sugar - 1/2 kiub ayam - 3 sudu sos ikan - 1 sudu serbuk limau nipis - 3 biji limau nipis (ambik jus) - Daun ketumbar (hiris) Bahan (Sotong & inti): - Sotong (perap dengan 1/2 biji lemon & 1 sudu olive oil selama sejam - 2 biji kentang (lenyek & rebus) - 1 mangkuk kecil ayam kisar - 1 biji bawang besar (dadukan) - 3 ulas bawang putih (cincang) - 3 sudu sos tiram - 1/2 kiub ayam - Lada hitam - Daun bawang (hiris halus) Cara penyediaan: 1. Blend bawang merah, bawang putih, cili padi, halia & akar ketumbar. 2. Masukkan bahan blend tadi & masukkan air, palm sugar/brown sugar, sos ikan & kiub ayam. 3. Rebus sehingga likat. Tutup api & masukkan serbuk limau nipis, limau nipis & daun ketumbar. Siap sos. 4. Tumis bawang merah, bawang putih. 5. Masukkan ayam kis...

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR Haaaa.. Entri kali ni TB buat khas buat sahabat teman si 3 suku tu.. Kasih namanya.. anaknya yang hensem bernama Fahri tu suka sangat dengan Dinosaur ni.. Fahri suka panggil "Dino" nama pendek haiwan ni.. Hehehe..  Dah banyak koleksi Dino Fahri kumpul.. Dari Dino saiz kecik hinggalah ke saiz besar, dari yang jenis keras hinggalah ke jenis lembut, siap boleh bergerak-gerak, dan ada bunyi-bunyi lagi..  So, kali ni TB nak tujukan entri ni untuk Kasih dan Fahri.. haha.. korang tengok dan baca tau! hahahaha..  Nama Dinosaur Beserta Gambar  Haaa.. Korang pernah tengok Dinosaur kan? Maksud TB tengok kat Movie la, bukan yang real.. haha.. TB suka tengok Filem kisah Dinosaur ni, macam Jurassic Park tu ke kan.. kartun Dinosaur pun TB sukaaa.. haha.. Antara kartun yang TB suka The Good Dinosaur.. Si Arlo yang bertengkuk panjang tu.. hehehe.. Comel sangat... Jenis ni dipanggil  Brontosaurus tau.. Tapi sebenarnya ...
  Resepi Ketam Masak Pedas Ala Thai Bahan-bahan :- -Ketam -1 Batang Serai (saya blend sekali dgn bwg) -10 keping Daun limau purut -Daun Ketumbar -Cili api (saya tak guna pun) -Bawang Merah blend -Bawang Putih blend -Halia blend -Asam Keping -2 Sudu Serbuk Kari -3 Sudu Cili Giling -2 Sudu Cili Thai (saya guna kiub tomyam maggi) -Gula & Garam sedikit Cara Memasak :- -Rebus ketam -Air rebusan ketam jangan buang, sebab nak diguna sebagai kuah nanti -Panaskan minyak -Masukkan bahan blend dan serai hingga naik bau -Masukkan cili giling dan kari hingga pecah minyak, kemudian Paste cili thai. -Dah pecah minyak masukkan Air rebusan ketam tadi ikut suka byk mana -Masukkan asam keping, gula dan garam. -Masukkan ketam, daun ketumbar dan daun limau purut. -Dah mendidih, tutup api dan tutup periuk, biar bau dan rasa masakan tadi sebati -Enjoyyy Kredit Resepi : mahfuzah ami n