Langkau ke kandungan utama

HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 2013

SELAMAT HARI MALAYSIA!!
HAPPY MALAYSIA DAY!! (IN ENGLISH)
जन्मदिन मुबारक मलेशिया (IN HINDI)
HAPPY BIRTHDAY马来西亚 (IN CHINESE)
HAPPY BIRTHDAY 말레이시아 (IN KOREAN)
( haa.. apa sebab ada wish in Korean? 
sebab ramai blogger kita minat artist Korea.. kikiki..)
klik banner ni klu nak gi blog kartunis ubi..
Haiii.. Selamat Hari Malaysia buat semuaaaa... saja wish awal2.. buat entri awal2..takot terlupa.. haaa.. pada 16 September ni, semua yang bekerja dapat lea coti kannn.. heh3.. ada yang kena koje ke? ha2.. x ngapelah kalau gitu.. at least duik masyukkk.. gaji triplet lea kannn.. =P
ok lah... jom citer pasal hari Malaysia nak? teman x gheti nak citer tapi kalau korang rajin, moh lea baca story pasal Hari Malaysia ni.. mungkin ada antara kita tau sambut jea.. tapi xtau apa citer disebalik tanggal 16 September 1963 tu kan.. (termasuklea teman, ni baru nak baca lik.. teman paling lemah Sejarah, Okeh!)
Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.
Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia.  Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.
Mencari Nilai Hari Malaysia
TANGGAL 16 September tahun ini, usia Malaysia sebenarnya baharu mencecah 46 tahun. Tarikh ini pada tahun 1963, Persekutuan Malaysia dirasmikan penubuhannya serta diisytiharkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia ketika itu.
Perisytiharan dibuat di Stadium Merdeka disaksikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu, Gabenor-Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Sarawak dan Sabah serta 30 ribu rakyat jelata.Penubuhan Persekutuan Malaysia ditentang hebat oleh Indonesia dan Filipina. Indonesia tidak senang dengan penubuhan Persekutuan Malaysia lantas, melancarkan konfrantasi ketenteraan di bawah slogan "Ganyang Malaysia" yang berlanjutan sehingga tahun 1966.
Filipina pula menuntut haknya ke atas Sabah atas hujahan perjanjian yang dimeterai antara Kesultanan Sulu dengan pihak British. Brunei yang turut termasuk dalam rancangan penubuhan Persekutuan Malaysia membatalkan penyertaannya setelah berdepan dengan pemberontakan besar-besaran di Brunei oleh Sheikh Azhari pada penghujung 1962.
Sekalipun begitu, akhirnya pada 9 Julai 1963, Perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia dimeterai di London hanya setelah Laporan Suruhanjaya Cobbold yang dikeluarkan menyatakan, lebih 80 peratus rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju dengan cadangan kemerdekaan melalui penggabungan bersama Persekutuan Tanah Melayu.
Tarikh perasmian pengisytiharan Persekutuan Malaysia telah ditangguhkan daripada 1 Jun 1963 ke 31 Ogos 1963 kerana menunggu Laporan Suruhanjaya Cobbold. Namun tarikh tersebut pula ditangguhkan setelah Indonesia dan Filipina emperhebatkan tentangan mereka terhadap penubuhan Persekutuan Malaysia.  Dan akhirnya 16 September 1963 menjadi hari secara rasminya Persekutuan Malaysia ditubuhkan.

Ulasan

  1. Perayaan ini Zue lebih hargai bila berada di bumi kenyalang ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. ho2.. kalau tak sebelum ni camne rasanya yea? heee..

      Padam
  2. Selamat Menyambut Hari Malaysia ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tQ.. same to u gak.. selamat Hari Malaysia n selamat bercuti yea..

      Padam
  3. selamat menyambut Hari Malaysia kepada semua rakyat ...

    BalasPadam
  4. Salam Hari Malaysia untuk awak jugak!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. yea.. terima kasih yea.. hee.. selamat bercoti yea pada tarikh ni nanti...

      Padam
  5. udah kunjungbalas buat semua yg dh komen sini

    BalasPadam
  6. I am genuinely grateful to the owner of this site who
    has shared this enormous piece of writing at at this time.


    Also visit my homepage ... choroby autoimmunologincze

    BalasPadam
  7. I always used to read article in news papers
    but now as I am a user of net therefore from now I am using net for content, thanks to web.


    Feel free to surf to my web-site :: http://biorezmeztez.pl/badanie_na_pasozyty.php

    BalasPadam
  8. hee.. selamat hari malaysia jugak ayie.. moga negara kita sentiasa aman sentosa kann..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI

  RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI Bahan (Sos): - 3 biji bawang merah - 5 ulas bawang putih - Cili padi merah & hijau - 1/2 inci halia muda - 3 batang akar ketumbar - 3 sudu Palm sugar/brown sugar - 1/2 kiub ayam - 3 sudu sos ikan - 1 sudu serbuk limau nipis - 3 biji limau nipis (ambik jus) - Daun ketumbar (hiris) Bahan (Sotong & inti): - Sotong (perap dengan 1/2 biji lemon & 1 sudu olive oil selama sejam - 2 biji kentang (lenyek & rebus) - 1 mangkuk kecil ayam kisar - 1 biji bawang besar (dadukan) - 3 ulas bawang putih (cincang) - 3 sudu sos tiram - 1/2 kiub ayam - Lada hitam - Daun bawang (hiris halus) Cara penyediaan: 1. Blend bawang merah, bawang putih, cili padi, halia & akar ketumbar. 2. Masukkan bahan blend tadi & masukkan air, palm sugar/brown sugar, sos ikan & kiub ayam. 3. Rebus sehingga likat. Tutup api & masukkan serbuk limau nipis, limau nipis & daun ketumbar. Siap sos. 4. Tumis bawang merah, bawang putih. 5. Masukkan ayam kis...

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR Haaaa.. Entri kali ni TB buat khas buat sahabat teman si 3 suku tu.. Kasih namanya.. anaknya yang hensem bernama Fahri tu suka sangat dengan Dinosaur ni.. Fahri suka panggil "Dino" nama pendek haiwan ni.. Hehehe..  Dah banyak koleksi Dino Fahri kumpul.. Dari Dino saiz kecik hinggalah ke saiz besar, dari yang jenis keras hinggalah ke jenis lembut, siap boleh bergerak-gerak, dan ada bunyi-bunyi lagi..  So, kali ni TB nak tujukan entri ni untuk Kasih dan Fahri.. haha.. korang tengok dan baca tau! hahahaha..  Nama Dinosaur Beserta Gambar  Haaa.. Korang pernah tengok Dinosaur kan? Maksud TB tengok kat Movie la, bukan yang real.. haha.. TB suka tengok Filem kisah Dinosaur ni, macam Jurassic Park tu ke kan.. kartun Dinosaur pun TB sukaaa.. haha.. Antara kartun yang TB suka The Good Dinosaur.. Si Arlo yang bertengkuk panjang tu.. hehehe.. Comel sangat... Jenis ni dipanggil  Brontosaurus tau.. Tapi sebenarnya ...
  Resepi Ketam Masak Pedas Ala Thai Bahan-bahan :- -Ketam -1 Batang Serai (saya blend sekali dgn bwg) -10 keping Daun limau purut -Daun Ketumbar -Cili api (saya tak guna pun) -Bawang Merah blend -Bawang Putih blend -Halia blend -Asam Keping -2 Sudu Serbuk Kari -3 Sudu Cili Giling -2 Sudu Cili Thai (saya guna kiub tomyam maggi) -Gula & Garam sedikit Cara Memasak :- -Rebus ketam -Air rebusan ketam jangan buang, sebab nak diguna sebagai kuah nanti -Panaskan minyak -Masukkan bahan blend dan serai hingga naik bau -Masukkan cili giling dan kari hingga pecah minyak, kemudian Paste cili thai. -Dah pecah minyak masukkan Air rebusan ketam tadi ikut suka byk mana -Masukkan asam keping, gula dan garam. -Masukkan ketam, daun ketumbar dan daun limau purut. -Dah mendidih, tutup api dan tutup periuk, biar bau dan rasa masakan tadi sebati -Enjoyyy Kredit Resepi : mahfuzah ami n