Langkau ke kandungan utama

NENAS DAN KEGUNAANNYA

Options for this story 
NENAS BOLEH MENYEBABKAN KEGUGURAN!

Hari ni teman nak share tentang info yg teman terbaca dekat FB lagi tadi.. iaitu Khasiat dan kegunaan Nenas kepada kesihatan kita.. korang semua tau kan, nenas tu sedap tapi tajam..? hu3.. x dpt nk bayangkan tajamnya tu..opsss. ekceli tajam yg teman maksudkan ni adalah rasa dia n kandungan cecairnya tu yg tajam yang memang tak sesuai untuk org yg mengandung.. apa2 pun..jom baca! moga yg mana kita x tahu leh kita tahu melalui pembacaan entri yg ni.. 

Buah nenas biasa ditanam di tanah gambut di Malaysia. Nenas yang ranum mengandungi sumber manganese dan vitamin C yang banyak. Pada batang buah nenas mengandungi enzim proteolytic, bromelain, yang boleh menghuraikan rantaian protein. Ia juga mampu mengurangkan bengkakan.

ANTARA KEGUNAAN NENAS IALAH :
1. Jus nenas digunakan untuk melembutkan daging dengan memerapkannya sebagai marinade. (Waaaah.. teman paling suka yg ni... sebab mmg selalu msk daging)

2. Buah nenas boleh mengurangkan radang dan bengkakan pada tubuh dengan cara meminum jus nenas atau meletakkan pada bahagian tubuh yang bengkak.

3. Jus nenas digunakan sebagai diuretic bagi melancarkan pembuangan air kencing.

4. Jus nenas diberikan kepada wanita yang hamil pada usia kehamilan lebih 38 minggu bagi memudahkan proses kelahiran (wahhh.. betul ke nii??? )

5. Jus nenas boleh dikumur pada tekak untuk mengurangkan sakit tekak dan lendir.

6. Jus nenas juga dikatakan dapat mengurangkan mabuk laut (seasickness).

7. Jus nenas bertindak sebagai antihelminthic yang mampu mengeluarkan cacing dari usus. (Errrr.. yg ni pun teman rasa mcm sesuaiii.. klu bg kucen leh x? Kucen teman kecacingan.. hari tu lea.. sekali.. pastu x nmpk dh.. jumpa kat biskut u uk dia.. yekkk..
(rujuk: Monzon, R. B.; Adebiyi, Adebowale (1995). "Traditional medicine in the treatment of parasitic diseases in the Philippines". Southeast Asian journal of tropical medicine and public health 26 (3): 421–428.)

8. Dalam kajian saintis, enzim bromelain yang diekstrakkan dari batang buah nenas dan diberikan selama enam bulan telah Berjaya mengurangkan radang pada usus yang bengkak.
(rujuk: Hale LP, Chichlowski M, Trinh CT, Greer PK (2010). "Dietary Supplementation with Fresh Pineapple Juice Decreases Inflammation and Colonic Neoplasia in IL-10-deficient Mice with Colitis". Inflamm Bowel Dis 16 (12): 2012–21).

9. Enzime bromelain dari nenas mempunyai potensi untuk mengelakkan penyakit kanser.(rujuk: Bhui K, Tyagi S, Prakash B, Shukla Y (2010). "Pineapple bromelain induces autophagy, facilitating apoptotic response in mammary carcinoma cells.". Biofactors 36 (6): 478–82).

Walau bagaimana pun, bagi wanita yang hamil di awal kehamilan, dinasihatkan agar tidak memakan nenas atau meminumnya kerana ia boleh menjadi punca keguguran.(Morton, Julia F, 1987).


-- info from FB Dr Zubaidi Hj Ahmad --

Ulasan

  1. Assalamualaikum kak tengku! sheila memang tak suka nenas dari kecik. tapi masa naik boat g Krabi tu. terpaksa makan sebab nak elak muntah. heeeeeee. baru tahu ada banyak kegunaanya kan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ho2.. sekuarang2nya Sheila tahu nenas elak untuk mabuk laut yea.. baguss.. heee.. teman suka nenas.. tapi sekarang xleh nk makan.. tgh TTC kan..

      Padam
    2. Salam tuan blog,
      Singgah nak promote sikit Alat buang Duri Nenas

      Padam
  2. nice sharing dear...teman sejak preggy ni memang tak sentuh nenas langsung... tapi kalau biasa2 pun memang tak berapa gemar nak makan nenas ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ho2.. ok lea kalau x suka nenas Farah.. macam ni teman ni memang suka sgt.. tambah2 cicah kicap, pastu kalau buat pajeri nenas memang teman laju je makan nenas tu.. sedapp..

      Padam
  3. oooo so now mmg betullah yer kalau minum/mkn nenas boleh gugur yer?dulu dgr juga mcm tu tp xbaper cayer sgt.ehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha a.. betul tu harith.. memang kajian sains pun menatakan kebenaran tentang tu..

      Padam
  4. kirenyer betul lah nasihat org tua2 jgn mkn nenas time awal2 peknen... udah akhir2 peknen blh mkn... tak sangka banyak betul kelebihan n kebaikan nenas nih... akak ni mmg peminat nenas sbb dr kecik mmg umah dikelilingi pokok nenas... maklum tanah gambut... abah lak ada ladang nenas...

    BalasPadam
    Balasan
    1. waaa.. untung lea makan enans free aje.. dulu masa kat kg teman abah teman pun tanam sendiri jea nenas.. puas makan.. nak pulak yg jenis manis tu.. fuhhhh.. cicah kicappp.. sedappp

      Padam
  5. owh mabuk laut pun boleh..fizi baru tahu pasal nie :) vice sharing kak^^

    BalasPadam
  6. betol ke kalau kite period mkn nenas lagi byk kuaq drh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ho2..yg tu pun teman ada dengo.. kalau tgh piyed mmg kuo banyak tapi klu tgh pntg mkn nenas jadi tumpah darah/bleeding.. aaaaaa.. serammm

      Padam
  7. banyak info baru ni..nice sharing ye :)

    BalasPadam
  8. Balasan
    1. ho2.. rugiiii.. sedap wooo.. cich kicappp.. nyum2.. (lagi sekali teman ulang ayat ni.. aishh..)

      Padam
  9. nenas mmg feveret anis!tapi sejak2 org ckp nk kawen xelok mkn nenas mcm errr takot plak nk mkn..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. ho2.. betui tu anis.. janganlea makan nenas buat masa ni.. luapakan sementara okeh.. nanti dah tiba time bole makan baru lea makan yea.. tahan kan aje rasa nak mkn tu..hu2

      Padam
  10. semua yang komen sini teman udah kunjungbalas yea..thanx sebab sudi singgah, baca n komen sini.. love semua..

    BalasPadam
  11. Balasan
    1. boleh makan tapi kena tau bila yg sesuai untuk makan nenas..heee

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI

  RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI Bahan (Sos): - 3 biji bawang merah - 5 ulas bawang putih - Cili padi merah & hijau - 1/2 inci halia muda - 3 batang akar ketumbar - 3 sudu Palm sugar/brown sugar - 1/2 kiub ayam - 3 sudu sos ikan - 1 sudu serbuk limau nipis - 3 biji limau nipis (ambik jus) - Daun ketumbar (hiris) Bahan (Sotong & inti): - Sotong (perap dengan 1/2 biji lemon & 1 sudu olive oil selama sejam - 2 biji kentang (lenyek & rebus) - 1 mangkuk kecil ayam kisar - 1 biji bawang besar (dadukan) - 3 ulas bawang putih (cincang) - 3 sudu sos tiram - 1/2 kiub ayam - Lada hitam - Daun bawang (hiris halus) Cara penyediaan: 1. Blend bawang merah, bawang putih, cili padi, halia & akar ketumbar. 2. Masukkan bahan blend tadi & masukkan air, palm sugar/brown sugar, sos ikan & kiub ayam. 3. Rebus sehingga likat. Tutup api & masukkan serbuk limau nipis, limau nipis & daun ketumbar. Siap sos. 4. Tumis bawang merah, bawang putih. 5. Masukkan ayam kis...

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR Haaaa.. Entri kali ni TB buat khas buat sahabat teman si 3 suku tu.. Kasih namanya.. anaknya yang hensem bernama Fahri tu suka sangat dengan Dinosaur ni.. Fahri suka panggil "Dino" nama pendek haiwan ni.. Hehehe..  Dah banyak koleksi Dino Fahri kumpul.. Dari Dino saiz kecik hinggalah ke saiz besar, dari yang jenis keras hinggalah ke jenis lembut, siap boleh bergerak-gerak, dan ada bunyi-bunyi lagi..  So, kali ni TB nak tujukan entri ni untuk Kasih dan Fahri.. haha.. korang tengok dan baca tau! hahahaha..  Nama Dinosaur Beserta Gambar  Haaa.. Korang pernah tengok Dinosaur kan? Maksud TB tengok kat Movie la, bukan yang real.. haha.. TB suka tengok Filem kisah Dinosaur ni, macam Jurassic Park tu ke kan.. kartun Dinosaur pun TB sukaaa.. haha.. Antara kartun yang TB suka The Good Dinosaur.. Si Arlo yang bertengkuk panjang tu.. hehehe.. Comel sangat... Jenis ni dipanggil  Brontosaurus tau.. Tapi sebenarnya ...
  Resepi Ketam Masak Pedas Ala Thai Bahan-bahan :- -Ketam -1 Batang Serai (saya blend sekali dgn bwg) -10 keping Daun limau purut -Daun Ketumbar -Cili api (saya tak guna pun) -Bawang Merah blend -Bawang Putih blend -Halia blend -Asam Keping -2 Sudu Serbuk Kari -3 Sudu Cili Giling -2 Sudu Cili Thai (saya guna kiub tomyam maggi) -Gula & Garam sedikit Cara Memasak :- -Rebus ketam -Air rebusan ketam jangan buang, sebab nak diguna sebagai kuah nanti -Panaskan minyak -Masukkan bahan blend dan serai hingga naik bau -Masukkan cili giling dan kari hingga pecah minyak, kemudian Paste cili thai. -Dah pecah minyak masukkan Air rebusan ketam tadi ikut suka byk mana -Masukkan asam keping, gula dan garam. -Masukkan ketam, daun ketumbar dan daun limau purut. -Dah mendidih, tutup api dan tutup periuk, biar bau dan rasa masakan tadi sebati -Enjoyyy Kredit Resepi : mahfuzah ami n